Sahabat PERKIM

Friday, April 15, 2011

Tepatkah waktunya??

Bismillahirrahmanirrahim
        Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah dan dengan Allah s.w.t.. Mereka yang enggan sujud kepadaNya di dunia, tidak akan bisa sujud kepadaNya di akhirat, kala Tuhan bertajalli dengan kerajaanNya. Percayalah, tiada yang lebih memalukan pada ketika itu melainkan tidak mampu bersujud kepadaNya.
Siapa yang dekat denganNya takkan pernah kecewa. Siapa yang dekat denganNya takkan pernah menderita. Dialah pelindung sebaik-baik yang melindungi. Dialah teman, sebaik-baik yang menemani. Apabila teralisasinya kebersamaan, tahulah si hamba bahawa dirinya bukan mendekati tetapi didekati. Hamba-hamba Allah yang terpilih itu bukan muqorribin (yang mendekati), tetapi muqorrobin (yang didekati).
Sahabat seperjuanganku,baca dan perhatikan betul-betul apa yang  hendak disampaikan dalam dialog  ini agar kita mendapat hikmahnya.Sesungguhnya solat yang paling afdhal adalah solat tepat waktu.Jika kita mahukan sesuatu dengan cepat dan tidak menunda-nunda,bersolatlah di awal waktu ye..sama-sama kita ambil iktibar.

Saufi::Assalamualaikum,Kamu kerja disini ye?”
Haikal:Waalaikumussalam.ya saudaraku.

Saufi: “Alhamdulillah ye, masih mampu ber kerja dan  diberi gaji. Sementara ada orang lain yang tidak  punya pekerjaan apalagi diberi gaji”

Haikal: “Iya saudaraku. Tapi, Saya bosan juga, sudah 7 tahun begini… jadi  kuli orang je. Gaji pun naik ala kadarnya.”

Saufi : “Ooo begituye. Oh ye, Kamu sudah solat zohor ke belum?”

Haikal: “Belum. Nanti kejap,tunggu pukul 4 petang sat agi...”

Saufi : “Wah, sekarang jam 2  kan?, waktunya zohor. Kalau kamu  solat jam 4 bererti menunda solat 2 jam. Kalau satu hari ada  5 waktu sholat, rata-rata kamu dah menunda 5 x 2 jam = 10 jam. ertinya Satu minggu kamu  menunda 7 x 10 jam = 70 jam. Satu bulan 4 x 70 jam = 280 jam. Satu tahun kamu menunda 12 x 280 jam = 3360 jam. Dan akhirnya selama 7 tahun kamu  telah menunda solat selama 7 x 3360 jam = 3520 jam atau sama dengan 3 tahun. Nah, jadi dari 7 tahun yang kamu merasa bosan itu, kamu  telah kehilangan 3 tahun menunda sholat.”

Haikal: “Wah,betul juga tu. Banyak betul ya.”

Saufi : “Iya saudaraku. Wajar kalau rezeki kamu  tertunda juga.Solatlah tepat waktu saudaraku. Kalau sudah biasa, solatlah berjama’ah, kalau sudah biasa, tambahkan dengan yang sunat, kalau sudah biasa, lengkapi dengan solat Dhuha dan Tahajud. Lalu sempurnakan dengan sedekah.”

Haikal: “Iya saudara, astaghfirullah. Jadi selama ini saya sendiri lah yang menjadi penyebab tertundanya rezeki Allah kepada saya.”

Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.sekaligus berkesan kepada kita yang selama ini masih sering melewatkan solat di awal waktu. Mungkin juga sebagian rezeki yang tertunda selama ini adalah buah dari ketidaktaatan kita pada perintah Sang Pemilik Kekayaan dan Pemberi rezeki. Astaghfirullahal’adziim. Yaa Robb ampuni dan kasihilah hamba-Mu ini.Sama-sama meng ambilnya sebagai peringatan dan amat berharap agar mahasiswa dan mahasiswi sekalian  beramal dengan apa yang telah anda semua faham dan tahu.SELAMAT BERAMAL..

Tuesday, April 12, 2011

Takziah kepada keluarga nahas pemandu helikopter

Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia(UUM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan sejurus selepas mendarat di Dataran Perbandaran Sibu petang semalam.

"Kematian dan kehidupan adalah ujian besar dari Allah, semoga keluarga beliau sentiasa dirahmati Allah dan bersabar di atas musibah tersebut," kata Setiausaha Agung Kelab Perkim UUM, Sdr Muhammad Zulfarid.

Lebih mengejutkan bilamana helikopter tersebut baru selesai menurunkan tiga orang anggota rombongan yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian helikopter yang membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri yang terhempas di Sibu petang semalam, sehingga juruterbangnya, Sahimi Ghazali meninggal dunia di Hospital Sibu, malam tadi.   


Allahyarham ditimpa nasib malang apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Menurut laporan Bernama Online, Ketua Polis Daerah Sibu, Shafie Ismail dipetik berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam tadi. 

Shafie dilaporkan berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei itu merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, katanya, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu, tetapi tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh. 

"Juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya. 4 orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu. Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan hari ini," katanya.

Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan itu, Hafiz Abdul Halim pula berkata, beliau sedang berjalan kaki menuju RH Hotel, kira-kira 100 meter dari padang itu ketika kejadian berlaku.
Kelab Perkim walaupun agak terlewat untuk mengulas dalam isu ini dengan nada optimis mengharapkan semua pihak agar berhati-hati dalam menggunakan pengangkutan sendiri mahupun awam agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.


Wednesday, April 6, 2011

HAMBA AL-KHALID



             
Penciptaan manusia merupakan satu fanomena yang menakjubkan serta merupakan penghasilan yang menakjubkan.Sesungguhnya dunia diciptakan untuk manusia tetapi manusia tidak diciptakan untuk dunia semata-mata kecuali untuk beribadat serta patuh kepada suruhan-Nya.Manusia perlu melaksanakan satu peranan yang tertentu dalam dunia ini dan bagi menyempurnakan fungsi  ini,ALLAH SWT telah melengkapkan dengan sempurnanya dari aspek anatomi,fisiologi dan kerohanian.Dengan perkataan “manusia”kita tidak bermaksud fizikal luarannya sahaja malah lebih daripada itu,Gabungan tubuh badan dan roh akan memberikan kita satu gambaran yang lebih bermakna tentang kewujudan manusia.



Proses kejadian manusia menurut perspektif Islam melibat beberapa peringkat bagi menjadikan penciptaan manusia ini sangat unik dan menakjubkan.Manusia bukanlah satu kewujudan yang langsung tidak dapat difahami asalkan kita berusaha mengenali pencipta kita dengan lebih dekat agar tidak timbul perasaan syak wasangka serta menafikan segala kebenaran.Kita harus sedar bahawasanya sains tentang penciptaan manusia merupakan sains yang tidak dapat dinafikan ketakjubannya kerana proses tersebut paling seni dan rumit di antara sains yang lain.



Bila kita membicarakan tentang manusia,kita hanya dapat melihat pada zahirnya sahaja misalnya bentuk muka,warna kulit dan sebagainya tetapi tidak menggambarkan  tentang apa yang ada disebaliknya.Kita juga tidak tahu mengenai fungsi-fungsi fisiologi dalaman pada organ-organnya seryta fungsi akal budinya yang bertanggungjawab ke atas kehidupan dan kewujudannya.






Gambaran lengkap manusia hanya akan dapat diperolehi apabila badan dan rohnya disatu padukan.Tuhan,manusia dan ciptaan adalah tiga elemen yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Mustahil sekiranya kita menafikan kewujudan Pencipta dengan adanya manusia dan makhluk-makhluk lain.

 Oleh itu,kita perlu memahami serta mempelajari ilmu tauhid bagi memantapkan akidah kita bagi menjawab sebarang soalan spontan dari pihak-pihak yang menafikan kewujudan Pencipta serta menguatkan iman yang ada dalam hati agar tidak terpesong dari akidah yang sebenar.



Jom jadi hamba yg soleh ye sahabat..(",)v

Tuesday, April 5, 2011

Sudah hampirkah ia??



Kabus tebal menutupi Jam Mekah sehingga menakutkan para jemaah umrah





Kabus tebal menutupi jam Mekah sehingga menakutkan para jemaah umrah dan pengunjung bandar suci Mekah, keadaan ini menyebabkan pihak bomba terpaksa membuat pemeriksaan ke atas tingkat atas pada bangunan jam tersebut. Hasil pemeriksaan tersebut pihak bomba arab saudi mengesahkan tiada kebakaran berlaku.








غزة – دنيا الوطن
انتاب زوار ومعتمرو بيت الله الحرام في الساعات الأولى لفجر يوم أمس الاثنين الخوف الهلع بعد أن اختفت معالم ساعة مكة العالمية والتي تتربع على أعلى برج سكني في وقف الملك عبدالعزيز يرحمه الله وسط سحابة عملاقة أحاطت بالساعة لأكثر من ساعتين واعتقد الكثير أن هناك حريقاً في الأدوار العلوية وأن ما شاهدوه هو سحابه ضبابية على اثر حريق في البرج.

وذكرت صحيفة “الرياض” السعودية أن المتحدث الرسمي للدفاع المدني بالعاصمة المقدسة المقدم علي المنتشري أكد على أن رجال الدفاع المدني على أهبة الاستعداد على مدار الساعة لخدمة زوار ومعتمري بيت الله الحرام وقال: إنه لم يكن هناك أي حريق يذكر في البرج أو ساعة مكة، وإنما صادف مرور سحابة ملونة من أمام البرج والساعة نظراً لارتفاعها الكبير ولم يتم تسجيل أي مكروه ولله الحمد ولم يتم رصد أي حريق أو ما شابه ذلك.

Dikirim dalam Hal Ehwal Umat Islam







Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.



Gempa bumi disusuli tsunami di jepun






Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.





Lalu Nabi saw. bersabda:



“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang 
Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim..






Sahabat seperjuangan sekalian,jom kita baca kat bawah ni..kepada yang meneruskan bacaan..terima kasih,semoga ini membawa kebaikan kepada antum semua..




10 tanda-tanda kiamat besar ini.

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat.
Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.

Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia dan kemudian di Jepun baru-baru ini.

Allah telah berfirman:

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)