Sahabat PERKIM

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Eidilfitri 1432 H








Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal. Didoakan Allah menerima ibadah kita dan memperkenankan keampuanan kepada kita seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa.

Friday, August 19, 2011

Keistimewaan 10 Terakhir Ramadhan & Lailatul Qadar


Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutup tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersamanya.


Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadhan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?


Di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari 
malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!



Itulah dikenali sebagai malam lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah SAW mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT sambil diikuti oleh para sahabat RA.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.
Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.



Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: maksudnya “ Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan beriktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (Hijrah) hingga ia meninggal dunia”
‘Aisyah R.’anha meriwayatkan:
كان النبي صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر من رمضان ، ما لا يجتهد في غيرها

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadhan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim)
Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah RA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم ” كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.”
“Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’.

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)
Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman:
“Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Yaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5)
Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).


Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:
يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ ” إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة ” وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى ” شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن


Maksudnya: “Allah taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)
Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”, membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya.
Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun.

Kelebihan malam al-Qadr
1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:
أنزل الله القرآن جملة واحدة من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصلاً بحسب الوقائع في ثلاث وعشرين سنة على رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)


2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)


3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3)


4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.


5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:
ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah berlakunya malam al-Qadr
1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)
2. Sepluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر
Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR 
al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Thursday, August 18, 2011

Kenali Masyarakat Peribumi


“serulah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan nasihat pengajaran yang baik, serta ajaklah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang  yang mendapat petunjuk”(surah al-Nahl , 16:125)

Sudahkah kita mengenali masyarakat orang asli atau kaum peribumi? Kaum peribumi ialah masyarakat orang asli yang telah mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sejak 5000 tahun yang lalu berketurunan Austronesian atau Malayo-Polynesia. Mereka berasal dari Yunan di Selatan China, Taiwan dan Macau.

Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara berkelompok dan berperingkat-peringkat menggunakan perahu batang kayu kuno dan rakit. Mereka mula mendarat di Filipina. Kemudian berkembang dari pulau ke pulau,seperti Pulau Sulawesi, Borneo, Irian Jaya , Papua New Guinea, Madura, Flores, Pulau Jawa, Sumatera, Sri Lanka, Pulau-pulau Lautan Hindia hingga ke Madagaskar di Timur Benua Afrika.

            Majoriti kaum peribumi dan kaum bumiputera yang menghuni kawasan Indo-Malaya ialah keturunan manusia Austronesian awal ini. Hasil daripada banci Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 2004, jumlah populasi kaum peribumi Malaysia ketika itu seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu: Melayu proto, Negrito dan Senoi ( berpecah membentuk 18 rumpun bangsa).

sekadar gambar hiasan

Perkembangan Islam:

Perkembangan Islam dalam kaum peribumi bermula pada 1890-an. Gerakan dakwah mula digiatkan ke kawasan pedalaman. Ia digerakkan oleh para pendakwah yang tidak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Mereka terdiri daripada pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan  Badan-badan bukan kerajaan (NGO-non governtmental organisation).


6 Langkah Dakwah Kaum Peribumi

Langkah 1
Ø  Wujudkan kemesraan dengan komunikasi yg efektif
Ø  Lawatan rumah ke rumah
Ø  Buat majlis jamuan dan beri hadiah
Ø  Tidak menyentuh soal agama

wujudkan kemesraan bersama penduduk kampung adalah langkah awal mendekati mereka secara efektif

Langkah 2
Ø  Buat intipan ke dalam hati sama ada punyai perasaan beragama atau tidak ketika mereka dalam keadaan relaks seperti bertanya “Apa akan terjadi jika tidak ada matahari?”.”Apa     jadi jika tanaman mogok tidak mahu men geluarkan buah?” dan sebagainya
Ø  Soalan ini akan mecetuskan rasa ingin tahu dan mencari jawapan sebenar

Langkah 3
Ø  Kenalkan Islam.
Ø  Buat perbandingan dengan agama lain
Ø  Tegaskan bahawa Islam untuk semua bangsa dan tidak berlawanan dengan fitrah
Ø  Kenalkan syahadah,solat,dan puasa

memberi pendedahan tentang solat

Langkah 4
Ø  Beri masa mereka untuk berfikir 3 hari hingga  seminggu
Ø  Tinjau pandangan dan komen mereka. Jika positif,pintu memujuk mereka kepada Islam mula terbuka
Ø  Kerap mendampingi individu berkenaan

Langkah 5
Ø  Memaklumkan kepada Majlis Agama Islam Negeri
Ø  Buat lawatan dan penerangan khas

Langkah 6
Ø  Laksanakan  program susulan dan pemantauan mempertahankan aqidah
Ø  Didik ,bimbing dan terapkan asas-asas Islam
Ø  Hantar mengikuti kursus asas.

seorang dai'e harus bijak mengambil langkah pendekatan dakwah yang terbaik (lakukan solat bersama peduduk peribumi)

      Perspektif negatif terhadap masyarakat orang asli seperti mereka sering dianggap kolot, ketinggalan zaman, miskin, pengotor, murtad, dan hidup di dalam hutan haruslah dikikis , sebaliknya kita jualah yang perlu mendekati mereka serta mengambil kesempatan dan ruang untuk menyampaikan seruan ke jalan yang benar iaitulah agama Islam yang terbuka luas. Seterusnya berjaya menutup ruang-ruang para  mubaligh agama kristian  yang sering bertungkus-lumus menyeru agama mereka. Semoga kita diberi kesempatan dan peluang untuk berdakwah secara berhikmah kepada masyarakat peribumi serta berbakti untuk kemajuan mereka sekaligus membawa mereka merasai nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah kepada Ummahnya.


Wallahu a’lam.


oleh: Timb.S/u kelab Perkim UUM 2011/2012
       
        

Wednesday, August 17, 2011

Iktibar Nuzul Al-Quran: Baca dan fahamilah Kitab Allah



 ‘Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan untuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil’ Al-Baqarah 2:185

 Salam 17 Ramadan
 Kepada semua Muslimin dan Muslimat......

Sedar tidak sedar kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadan di mana kita telah berada di fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah S.W.T. Namun di sebalik pertengahan Ramadan ini ada tersimpan sejarah agung bagi kita khususnya Umat Islam yang perlu mengingati serta mengambil peringatan di sebalik tarikh 17 Ramadan di mana dua peristiwa besar telah berlaku, peristiwa yang dimaksudkan ialah Nuzul Al-Quran yang berlaku pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M serta Ghazwah Badar Al-Kubra pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Ruangan kali ini akan lebih khusus kepada peristiwa Nuzul Al-Quran. Oleh itu sama-samalah kita mengambil peringatan penting ini secara teliti dengan mengetahui ada apa dengan Nuzul Al-Quran dan bagaimanakah Ianya diturunkan.



Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.
 


PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN  
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (
نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
 
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
 
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN  
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
 
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”
 
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN  
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.
 
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
 
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.  
Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
 
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
 
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
 
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.  
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
 
Allah SWT berfirman,
 
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
 
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
 
Firman Allah SWT,
 
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
 
Firman Allah SWT,
 
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
 
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘
الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
 
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
 
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
 
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
 
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.



* Khulasahnya, semoga kita lebih menghayati keagungan al Quran Ramadhan ini dengan memperbanyakkan mentadabbur dan mempraktikkan ajaran al-Qurann dan memahami isi kandungan al-Quran untuk dilestarikan dalam kehidupan kita, Insyaallah! Umat Islam yang cemerlang berpegang teguh kepada ajaran Quran dan sunnah. 





SALAM 17 RAMADAN 
Dari Kelab PERKIM UUM 2011/2012

Monday, August 15, 2011

Tahniah Buat Bakal Mahasiswa UUM



“Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu inginkan, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kamu inginkan”
“jika kamu hendakkan DUNIA perlukan ILMU, jika kamu hendakkan AKHIRAT perlukan ILMU, jika kamu hendak akan KEDUA-DUANYA sekali perlukan ILMU”
 “Tujulah matlamat yang anda corakkan selama ini, impian itulah membawa kepada kejayaan anda pada kehidupan masa hadapan. Letakkan niat sebagai tunggak cita-cita, Doa sebagai pendorong hati usaha bakal tunjang kehidupan’
Kami dari barisan kepimpinan PERKIM UUM mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa/i
bagi sesi 2011/2012
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma yang telah berjaya menempah nama di dalam IPTA khususnya di Universiti Utara Malaysia. Selamat datang ke alam pengajian yang diimpikan oleh setiap pelajar kerana dapat menjejakan kaki di universiti sekaligus berjaya mencipta nama demi menggengan sebuah kejayaan.

Yang Di-Pertua Kelab Perkim UUM, saudara Khalifah Omar bin Abdullah berkata; sesungguhnya kehadiran mereka disambut dengan jutaan tahniah dan berharap agar mahasisiwa/i baru kali ini dapat menempuh dunia kampus yang penuh dengan cabaran dan kejayaan dengan jayanya. Selain itu juga, kehadiran mereka amatlah diharapkan demi melahirkan ramai bijak pandai untuk mewarisi kepimpinan di alam kampus serta menjadi kebanggaan negara pada suatu masa nanti.

Sementara itu, Naib Yang Di-Pertua 1 saudara Nik Abdul Qayyum bin Mohd muhiden dalam responnya berharap agar ramai dalam kalangan muslim dapat bersama Kelab Perkim UUM dalam membangunkan suasana atau bi’ah yang solehah dalam varsiti.

Oleh itu, amatlah diharapkan agar mahasiswa/I baru dapat memanfaatkan peluang menjana ilmu dan sahsiah di kampus demi kepentingan sejagat.



Dengan ini, selamat melakukan persediaan ke kampus!





Wednesday, August 3, 2011

Nilai Sebuah Kebaikan


HIDUP ini harus dipenuhi dengan amal salih dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar kembara hidup seorang mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala.


          Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud:
“Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 148)


          Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah. Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain, mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman). – Hadis riwayat Muslim)
          Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat.


          Lihatlah, berapa banyak restoran yang laris jualannya dan memikat ramai pengunjung kerana keramahan dan senyuman pemilik serta pelayannya berbanding restoran yang memberi layanan tidak mesra.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)
          Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.


          Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.


          Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.


          Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.