Sahabat PERKIM

Sunday, October 14, 2012

Interaktif Dakwah Training


Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.

Exco RnD Kelab PERKIM UUM telah mengadakan program Interaktif Dakwah Training (IDT) pada 5 dan 6 Oktober 2012 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam UUM. Program ini julung kalinya diadakan dia Universiti Utara Malaysia dan kali pertama diadakan di Negeri Kedah dan Perlis. Program ini dikendalikan oleh empat orang speaker iaitu Brother Lim Jooi Soon, Firdaus Wong Wai Hung, Saudara Amin dan Brother Kamaruzzaman. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana hampir 100 orang peserta menyertai proram IDT ini. Program ini juga disertai oleh pelajar-pelajar dari IPT-IPT yang berhampiran seperti UNIMAP dan UITM Perlis.

5 Oktober 2012 (Jumaat)
Para peserta didedahkan dengan kepentingan perbandingan agama iaitu perbandingan agama Islam dengan agama-agama yang lain berdasarkan sumber ag
ama tersebut iaitu Kitab agama. Slot seterusnya, para peserta diberi pendedahan tentang pengenalan dan sejarah agama Kristian serta perbezaan mazhab iaitu Katolik dan Protestant dan kepercayaan serta perayaan yang disambut oleh masyarakat cina. Selepas itu, para peserta didedahkan dengan salah tanggapan terhadap agama Kristian oleh penganut agama Islam.
Slot penutup untuk hari tersebut diakhiri dengan bedah Bible iaitu ayat-ayat yang ada didalam kitab agama Kristian iaitu Bible.

6 Oktober 2012 2012 (Sabtu)
Para peserta didedahkan dengan lebih mendalam tentang agama Kristian dan persamaan agama Kristian dengan Islam. Selepas itu, Pada peserta didedahkan dengan pengenalan agama Hindu. Seterusnya, Slot Syiah mengambil tempat dimana para peserta diberi input-input tentang bahayanya ajaran Syiah serta apa pandangan para ulama tentang ajaran Syiah. Seterusnya, slot keaslian al-Quran disampaikan. Slot terakhir bagi program IDT yang disampaikan oleh para speaker adalah sesi soal jawab iaitu soalan-soalan yang sering ditanya oleh bukan Islam tentang agama Islam seperti kenapa lelaki boleh kahwin empat sedangkan perempuan tak boleh, kenapa tak boleh makan khinzir, kenapa perlu solat lima waktu?, Kenapa bukan Islam masuk ke neraka walaupun tidak pernah buat jahat sedangkan yang muslim buat jahat banyak kali tapi tetap masuk syurga? dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, program IDT dapat respond yang sangat positif dan para peserta meminta agar IDT pasa II diadakan pada masa akan datang.























Thursday, October 4, 2012

Ukhwah Islamiah



UKHUWAH ISLAMIAH 

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ



Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat : 10)





Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; "dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat." Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.                                                                               (Al-Hasyr : 9)

Bila saja menuturkan satu perkataan iaitu "ukhuwah" selalu sahaja dibayangi perkataan ini hanya sesuai untuk golongan-golongan masjid, golongan-golongan pak ustaz-ustazah, golongan-golongan yang dikatakan lebai , wara' dan sebagainya. Ini membuatkan kita kekal buta serta tuli akan maksud "ukhuwah"  yang sebenar, hanya disebabkan pemikiran sempit dan statik ini. Dan penyelasaian kepada permasaalahan ini adalah antaranya seperti berikut :


1-         Kaji maksud ukhuwah yang sebenar :

Ukhuwah  yang    biasa    diartikan    sebagai "persaudaraan",  terambil  dari  akar  kata  yang pada mulanya berarti "memperhatikan". Makna asal ini  memberi  kesan  bahawa persaudaraan  mengharuskan  adanya  perhatian kepada semua pihak yang merasa bersaudara.
 
dan Ukhuwah Islamiyyah ialah persaudaraan yang bersifat Islami atau yang mengikut ajaran Agama Islam.

  
2-         Lihat apa yang ada di dalam Ukhuwah Islamiah :

Terdapat tiga peringkat ukhuwah, jika berpegang dan aplikasikan dalam persahabatan, insyaAllah kebahagiaan dalam berukhuwah kerana Allah taala yang kita inginkan akan tercapai iaitu:

1.            Berlapang dada
2.            Sama-rata
3.            Ithar (Melebihkan Sahabat)

Berlapang dada

Dalam kita bersahabat, kita tidak boleh lari dari perasaan kurang senang dengannya atau mungkin juga terasa hati dengannya. Tetapi jika kita benar ingin menjaga ukhuwah antara kita dan sahabat, perlu bagi kita  untuk berlapang dada dengan bersangka baik terhadap sahabat kita. Su'uzon atau bersangka buruk  terhadap sahabat sendiri adalah virus yang sangat bahaya dalam sesuatu persahabatan. Andai ingin menegur gunalah medium yang sesuai mengikut sifat dan peribadi sahabat kita itu. Sekiranya peringkat pertama pun kita belum kuasai, hanya angan-angan untuk kita mencapai peringkat kedua.

Sama-rata

peringkat kedua dalam peringkat ukhuwwah ialah bersikap sama-rata dengan sahabat kita. Sebagai contoh apa yang kita ada, kita akan pastikan sahabat kita juga ada benda yang sama atau sama dari segi nilai. Dalam peringkat ini kita sudah mampu bertolak-ansur dengan sahabat kita. Kita sudah mampu bersikap adil dan tak berkira dengan sahabat kita. Sehingga sampai satu tahap apa yang kita ada, kita akan pastikan sahabat kita pun ada. Mampukah kita jadi sebegitu?

Ithar (Mengutamakan Sahabat)

Peringkat tinggi dalam kita berukhuwwah ialah ithar. bermaksud kita mengutamakan sahabat kita lebih dari diri sendiri. Contoh tentang ithar ni ialah pada sirah ketika dalam suatu peperangan yang mana ada tiga orang sahabat yang tercedera dalam peperangan tersebut. Kesemua mereka dahagakan air. Ketika sahabat yang pertama ini dahaga, dihulurkan air kepadanya dan apabila diberi minuman tersebut, dia terdengar sahabat kedua disebelahnya juga dalam keadaan dahaga, lalu sahabat pertama ni menolak minuman itu lalu meminta supaya air itu diberikan kepada sahabat di sebelahnya itu. Sama juga keadaannya dengan sahabat yang kedua memberi air tersebut kepada sahabat yang ketiga dan kerana itu ketiga-tiga mereka telah syahid dalam peperangan tersebut. Walaupun mereka dalam keadaan sungguh mencabar masih lagi mereka mengutamakan sahabat mereka. Inilah peringkat tertinggi dalam berukhuwwah. Dah sampai tahap ini kah kita dalam bersahabat? Tepuk dada tanya iman.
Jangan kita hanya mengucapkan tapi kita tak pernah berusaha untuk mencapainya. Ukhuwah yang berlandaskan syariat agama sangat indah bila kita dapat kecapi.

Al-Hadis

-Tidak beriman seseorang di antara mu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri-
(HR. Bukhari & Muslim)
MUTIARA KATA :
"Terikatnya hati-hati dengan ruh-ruh ini dengan ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah paling kuat dan mahal. ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih-sayang. Serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan             setinggi-tingginya adalah ithar (melebihkan kepentingan saudara lain) "
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna