Saya Ingin Bicara Sesuatu.
Saya sayang Uum dan kepada yang menyelar Uum secara MENYELURUH
dengan bermacam-macam panggilan. Ada beberapa perkara saya ingin nasihatkan ;
1- Kamu semua berhak untuk merasa marah apabila
"insiden" tersebut berlaku, cukup berhak, tetapi bukan membelakangi
rasional. Wajarkah cuma 2000 peserta di dalam dewan (tidak semuanya bertepuk
gempita) daripada keseluruhan 20000 pelajar Uum dijadikan penanda aras kepada
mentaliti semua student Uum sehingga digelar Universiti ini "Universiti
Untuk Macai"
2- Jika begitu cara dan etika kamu meminta kami untuk
berubah kamu telah menyukarkan kami untuk berubah bukan meminta kami untuk cuba
berubah.
3- Sila fahami perasaan kami, apabila dilabel Universiti
kami Universiti Untuk Macai, Universiti Pembodohan, Student Low Class, jika
kamu semua berada di tempat "pejuang-pejuang" di sini, bagaimana
rasa? Ya kami terima hakikat bahawa ada di antara pihak kami melakukan
kesilapan, tetapi menghukum kami secara menyeluruh bukan tindakan yang
sewajarnya.
4- Singkap kembali kaedah dakwah sirah Rasulullah S.A.W di
saat Baginda di duga dengan bermacam dugaan oleh kafir quraisy, adakah Baginda
menghukum keseluruhan mereka yang belum beriman ketika itu? Jika ini soal
non-muslim, lihat pula ketika Sahabat Baginda melakukan kesilapan, bagaimana
Baginda menyelesaikan, di kesempatan lain saya akan utarakan contoh.
Dan kepada pihak kami yang berada disini, nasihat saya
kepada kami ;
1- Usaha mesti dilakukan untuk membersihkan nama baik
Universiti.
2- Tidak terlalu cepat emosi sehingga tidak meletakkan hujah
ilmiah dan rasional sebagai asas perjuangan dalam memastikan isu ini ada
penyelesaiannya.
3- Kami harus fahami apa yang sahabat, masyarakat pimpinan
sekitar inginkan daripada kami, dan kami perlu cepat berusaha.
4- Melihat perkara yang besar itu besar dan melihat perkara
kecil itu kecil, dan besar atau kecil satu perkara perlu kami lihat terhadap
pandangan masyarakat sekitar, dan untuk isu ini saya rasakan kita perlu melihat
isu ini isu yang besar.
5- Pemegang kuasa dan berpengaruh di Uum perlu cepat dan
menjadi front yang melihatkan beberapa usaha untuk memastikan nama Uum tetap
dipandang sebagai The Eminent University.
Wallahua'lam...
Ini pandangan peribadi seorang insan yang menyayangi bumi
sintok ini dari terus dihina.
MOHAMAD SYUBHANA MUFI BIN MOHAMAD NOORDIN
Timbalan Presiden
Kelab Perkim UUM