Sahabat PERKIM

Thursday, April 17, 2014

KELEBIHAN HARI JUMAAT


1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? 
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.


 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

SAFF KEPIMPINAN KELAB PERKIM UUM 2013/2014




 SAFF KEPIMPINAN KELAB PERKIM UUM 2013/2014

MAJLIS TERTINGGI








BARISAN EXCO-EXCO 




















Wednesday, April 16, 2014

PROGRAMME TRAINING OF TRAINER



Training Of Trainer
Sintok, Universiti Utara Malaysia ( UUM ) - "Training of Trainer" adalah program generasi Kelab Perkim UUM  untuk setiap saff kepimpinan yang baharu dilantintik dan dipilih bagi sesi 2013/2014. Program ini berlangsung selama 2 hari satu malam iaitu dari 27-28 Februari 2014 di Pusat Islam, UUM. Selain itu,  saff kepimpinan yang baharu turut diberi pendedahan dalam usaha membangunkan pengurusan yang sistematik dan berkesan dalam sesebuah organisasi khasnya Kelab Perkim UUM. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber tinggi, amanah, berketrampilan serta beraklak dan berperibadi tinggi. 

"Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya".[1]
(HR Bukhari)

Selain daripada itu, saff kepimpinan yang baharu sesi 2013/2014 didedahkan dengan aktiviti fizikal yang menguji mental dan ketahanan di kawasan Pelapes UUM.


  






Ceramah Motivasi Akademik


 
Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika ini.




Alhamdulillah, pada 26 Februari yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Ceramah Motivasi Akademik, INSPIRASI MINDA CEMERLANG. Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Program ini disertai oleh mahasiswa-mahasiswi kampus UUM seramai lebih daripada 174 orang. Program ini sangat menarik dan mendapat sambutan kerana telah menjemput saudara Farid Aswan yang merupakan pemegang PINGAT EMAS Canselor pada Konvokesyen UUM yang ke 26. Perkara ini sangat memberi motivasi yang tinggi kepada peserta kerana penceramah telah berkongsi rahsia kejayaannya secara langsung kepada peserta.



            Selain itu. program ini dijalankan sebagai panduan untuk mahasiswa menjadikan akademik mereka sebagai sesuatu yang penting dan bermotivasi untuk menstabilkan keputusan mereka. Selain untuk mencapai pointer yang memuaskan , mahasiswa juga mesti menetapkan niat belajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam diri mereka sendiri. Di samping itu, program ini juga berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara pelajar sendiri dengan rakan yang lain dalam mencapai kecemerlangan akademik. Semua ini adalah matlamat Exco Akademik dan Kebajikan Kelab PERKIM UUM dengan pelaksanaan program ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan membuka minda pelajar tentang penting pendidikan dalam kehidupan mereka.





 
Antara objektif program ini adalah :
1. Memperbaiki kelemahan dan kekurangan di kalangan mahasiswa.  
2. Membincangkan kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
3. Menerima sebarang keputusan sebagai pengajaran dan bekerja keras dalam peperiksaan yang akan datang
Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini.












pesanan penaja : Jangan jadikan akademik fitnah kepada Islam. Wallahua'lam.

Tuesday, April 15, 2014

ANNUAL GRAND MEETING KE 25

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah kepada semua. Moga sentiasa sihat dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Pada 10 Disember 2014 di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia diadakan ANNUAL GRAND MEETING KE 25”. Program “Annual Grand Meeting ke 25” adalah program generasi kelab PERKIM UUM yang wajib dilaksanakan disetiap akhir  sesi kepimpinan  yang sedia ada  untuk melantik kepimpinan baru pada sesi akan datang. Selain itu, program ini bertepatan dengan penyamarataan pelarasan bagi penutupan aktiviti kelab, akaun kelab, dan pembubaran dan perlatikan jawatan.


annual grand meeting ke 25
SAFF KEPIMPINAN KELAB PERKIM UUM SESI 2013/2014


Allah S.W.T bersabda :-
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela Agamanya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"
( Surah Saff - ayat 4 )

Saff Kepimpinan Perkim UUM 13/14

MAJLIS TERTINGGI



Pengerusi
Mohamad Syubhana Mufti Bin Mohamad Noordin

Timbalan Pengerusi
Ahmad Zulhakim Bin Zulkifli

Naib Pengerusi 
Siti Asiah binti Mohd Azlan 

S/U Agung
Nursam bin Mohammad 

Timbalan S/U Agung 
Nurul Aini binti Mohd Zain 

Bendahari 
 Nur Amira binti Adzudin 



 1) EXCO DAKWAH & TARBIYAH 

Ketua Exco
Mohd Shayyie Alif bin Md Lazim 

Timbalan Ketua Exco
Nur Siti Hidayah binti Muhammad 

Setiausaha 1
Mohammad Zamanhuri bin Shahtir 

Setiausaha 2
Nor Rabiatul Adawiyah binti Sahari 

2) EXCO AKADEMIK DAN KEBAJIKAN 

Ketua Exco 
Mohd Afiq Fahmi bin Ismail 

 Noor Shahirah binti Sa’ad 
Timbalan Ketua Exco 

 Tan Chin Khoon 
Setiausaha 1 

 Ainatun Najwa binti Ahmad Fadhli 
Setiausaha 2 


 3) EXCO RESEARCH DAN DEVELOPMENT 

Fadli bin Mohammad Ali 
Ketua Exco 

Norihan binti Mohd Norrizan 
Timbalan Ketua Exco 

Muhammad Fiqrie bin Mazelan 
Setiausaha 1

Shimah binti Mohamad Nor 
Setiausaha 2 


 4) EXCO MEDIA DAN KORPORAT 

Syahirah Aisyah binti Mohd Noor 
Ketua Exco 

Amira Nabila binti Abdul Malik 
Timbalan Ketua Exco 

Muhammad Syaffiq Hazari bin Zulkefli 
Setiausaha 1 

Ahmad Zulfakar bin Nordin 
Setiausaha 2 


 5) EXCO HELWANIS 

Nur Wahidah binti Asmadi 
Ketua Exco 

Siti Umairah binti Mohd Misdar 
Timbalan Ketua Exco 

Nur Fatihah binti Mohd Din 
Setiausaha 1 

Sharifah Nuramira binti Syed Ali 
Setiausaha 2 


 6) EXCO KEUSAHAWANAN 

Abdul Hafiz bin Mohd Sanusit 
Ketua Exco 

Nor Shahirah binti Mohd Zaki 
Timbalan Ketua Exco 

Muhammad Abdul Qayum bin Mohd Tarmizi
Setiausaha 1 

Nur Farzana binti Zulkifli 
Setiausaha 2 


 7) EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN 

Mohamad Aimaduddin bin Mohd Sanusi 
Ketua Exco 

Siti Nadhirah binti Osman 
Timbalan Ketua Exco 

Amirul Mukmin bin Mohd Ali Janah 
Setiausaha 1 

Nurul Syairah binti Alias 
Setiausaha 2