Sahabat PERKIM

Thursday, May 15, 2014

Lepak Media



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada 21 Mac yang lalu, Exco Media dan Korporat Kelab Perkim UUM telah mengadakan sebuah program julung-julung kali diadakan iaitu Lepak Media. Pada sebelum ini Lepak Media hanya dilakukan tanpa paperwork dan kali ini dilakukan secara berpaperwork dan dijemput bersama pensyarah SMMTC, Encik Mohd Fitri Yusoff, yang bertauliah untuk diajar secara langsung kepada peserta.

Program ini berobjektif untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang penggunaan photoshop secara mudah untuk menghasilkan poster. Alhamdulillah semua peserta berjaya menghasilkan poster pada akhir program. 







Semoga para peserta tidaklah menyimpan bakat yang terpendam malah menjadikan 'skill' ini untuk menyebarkan dakwah Islam secara meluas kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Harapannya program ini akan diadakan lagi sebagai peningkatan kepada 'skill' peserta. Wallahua'lam.

SEMINAR ILMUAN ISLAM - Exco Dakwah dan Tarbiyah



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.w.b.t dan Alhamdulillah kita masih diberikan nafas  oleh Allah untuk meneruskan perjuangan di dunia ini sebagai khalifah Allah. Selawat dan salam untuk nabi junjungan kita, para sahabat,para tabi’ dan tabii’ kerana di atas usaha mereka ,kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.
Pada 27 dan 28 Mac 2014 yang lalu, Exco Dakwah dan Tarbiyah Kelab PERKIM Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan program “ SEMINAR ILMUAN ISLAM”  yang membentang elemen-elemen yang perlu wujud bagi merealisasikan  Islam secara syumul. Terdapat lima kertas kerja yang dibincangkan secara lebih mendalam oleh penceramah-penceramah jemputan iaitu Akhlak Islamiah, Akidah Islam dan Cabaran Semasa, Syariah Islamiah, Sistem Islam, dan ceramah motivasi.








Sedikit foto sepanjang program dijalankan.































Harapan kami agar seminar ini menyuburkan bumi UUM dengan majlis-majlis ilmu yang memberi penerangan dan penekanan mengenai Islam. InsyaAllah, melalui program ini, bumi UUM menjadi biah solehah yang diimpikan semua orang-orang mukmin. Ameen.

Tuesday, May 6, 2014

Muwasafat Tarbiyah



10 Muwasafat tarbiyah merupakan ciri-ciri utama pembinaan individu muslim. Seorang individu muslim tidak dapat dipisahkan dengan pembinaan ciri-ciri ini sehingga dirinya terus dibaluti dengan Islam sehingga menjadi individu muslim yang sebenar. 

Imam Hassan Al-Banna berkata : " Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya. Kesempurnaan itu dapat dilihat bila dia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan dia di peringkat tertentu yang menjadikan dia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami."

Oleh itu, terdapat 10 muwasafat tarbiyah yang perlu diambil berat oleh setiap individu muslim. Kelab PERKIM UUM mengajak anda untuk mengamalkan kesepuluh muwasafat ini secara berperingkat sebagai permulaan. Exco Dakwah dan Tarbiyah Kelab PERKIM UUM dengan ini membahagikan 10 Muwasafat Tarbiyah ini kepada 2 bahagian.

a. Sebagai asas yang perlu ditingkatkan setiap hari
1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang benar
3. Akhlak yang kukuh.

b. Adapun yang kedua ini dilakukan mengikut hari-hari yang ditetapkan disamping cuba untuk mengamalkannya pada hari-hari yang lain.

4. Sangat menjaga masa (AHAD)
5. Melawan nafsu (ISNIN)
6. Sihat Tubuh Badan (SELASA)
7. Mampu berdikari (RABU)
8. Manfaat kepada orang lain (KHAMIS)
9. Luas pengetahuan (JUMAAT)
10. Tersusun urusan (SABTU)

Semoga dengan cara ini kita dapat mengamal dan meningkatkan muwasafat tarbiyah ke dalam diri kita.
Wallahua'lam. Siiru ala barakatillah.