Sahabat PERKIM

Monday, June 16, 2014

4 Ways To Prepare for Ramadan 2014




4 Langkah untuk bersiap menghadapi Ramadhan 2014/1435h

Bayangkan seseorang yang kita kasihi dan sayangi datang menziarahi kita. Bayangkan seorang tetamu yang paling hebat di dunia datang kepadamu. Bagaimana kamu mempersiapkan emosi, fizikal dan semangat kamu? Bagaimana kamu mempersiapkan rumah kamu? Bagaimana kamu meluangkan masa untuk membuat persedian menghadapi tetamu yang hebat itu? Oleh itu, bulan RAMADHAN semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan itulah tetamu yang paling hebat yang telah dikatakan tadi. Ramadhan semakin hampir, bagaimana persediaan kita untuk Ramadhan. Berikut beberapa cara praktikal yang kita boleh amalkan insyaAllah untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Langkah yang pertama ialah menyediakan hati yang benar-benar ikhlas sebelum bulan Ramadan dan yang paling penting apabila Ramadan itu sendiri.

Langkah 2 : Maka bermohonlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, supaya diberi keizinan kepada kita agar dapat berterusan dan berpanjangan dalam menghidupkan Ramadhan itu pada setiap saat dan ketika. dan ingatlah doa Nabi Muhammad  sallallahu alayhi wasallam.

 bermaksud : Ya Allah sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan.

Untuk itulah kita bermohon kepadaNYA supaya kita dipilih untuk berada dalam ramadhan ini hingga ke akhirnya.

Langkah 3 : Jadikanlah puasa sunat seperti Isnin & Khamis sebagai  amalan kita supaya apabila sampai bulan yang penuh keberkatan ini ( ramadhan) kita lebih bersedia dari sudut fizikal mahupun kekuatan semangat kita untuk melaluinya.  Pastikan juga bagi yang telah meninggalkan puasa pada tahun sebelumnya, menggantikannya secepat mungkin,sebelum mahu melaksanakan amalan sunat, pastikan yang wajib itu dilunaskan dahulu.

Langkah 4 : Perbanyakkanlah amalan membaca Al Quran dan jadikanlah al Quran itu sebagai teman.  Semakin banyak kita bersama dan membaca al Quran, semakin itulah al Quran itu mampu menjadi sumber kekuatan yang banyak mendidik kita, dan semakin itulah jua kita menghampiri untuk merasai kemanisan iman. sekiranya kita mampu menghayati dan menikmati indahnya dan betapa nikmatnya kebahagiaan membaca Al Quran, semakin kuatlah jua kita mampu menghayati keberkatan bulan Ramadhan tersebut.

Sama- sama kita memohon agar diizinkan Allah untuk membenarkan kita hidup dan bernafas sehingga Ramadhan dan penghujungnya, serta mampu menjadikan setiap saat kita bersama bulan Ramadhan ini mampu memberikan kebaikan sehingga penghujung Ramadhan dan akan kekal berterusan di setiap hela nafas kita sebagai Muslim.

copy and translate from:   here

#MarhabanYaRamadhan
#TingkatkanIbadahTeruskanIstiqamah