Sahabat PERKIM

Monday, October 27, 2014

INSPIRASI : KEMBARA HIDUP



Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke?Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.
Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.

 #Islam_Untuk_Semua

Thursday, October 23, 2014

Salam Ma'al Hijrah 1436h


Salam Jumaat terakhir 1435h.

Helaian cebisan kenangan 1435 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1436 H tiba dengan kisah baru yang penuh mencabar. Moga segala amalan kita ditahun lalu diterima oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik balasan, disamping kita bermuhasabah dengan setiap kekurangan pada amalan dan tindakan kita.

Ungkapan “Al-Hijrah” pasti mengingatkan kita kepada sirah yang paling agung dalam lembaran Islam iaitu peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Bagi memperingati peristiwa besar ini, jadilah peribadi yang lebih baik dari sekarang supaya kita semua menjadi perisai yang dapat meninggikan lagi syiar agama Islam. Renungkanlah kata-kata Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi yang ringkas tetapi cukup bermakna. Kata beliau,
“Apabila kita ingin melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

Bersempena dengan Maal Hijrah yang penuh keberkatan ini, marilah bersama kita menyeru diri kita untuk menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai satu momentum yang akan melonjakkan perubahan kita kepada satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sentiasalah kita bermuhasabah dan mempersiapkan diri dengan segala persiapan ilmu dan kemahiran kerana masa depan umat Islam terletak ditangan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”(Ar-Ra’ad : 11)

Salam Ma'al Hijrah dari kami Kelab PERKIM UUM

Tulus ikhlas,
Siti Asiah binti Azlan
Naib Presiden, Kelab Perkim UUM
Sesi 2013/2014

Monday, October 13, 2014

Street Dakwah (santai bersama ahli Kelab Perkim Uum)

[11 Oktober 2014]
SINTOK, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Exco Dakwah dan Tarbiah ( D&T ) Kelab Perkim Uum telah mengadakan program Street of Dakwah yang berlangsung di Tasik Darul Aman, Jitra.





Sebahagian ahli Kelab Perkim Uum bersama YDP Kelab Perkim Syubhana Mufti turut hadir bersama dalam memeriahkan program Dakwah of Street ini.

"DAKWAH STREET"
* KELAB PERKIM UUM *


Fokus utama Street Dakwah ini yang disampaikan kepada para pengunjung pusat rekreasi Tasik Darul Aman ini antaranya :

1. Keindahan Islam

2. Say No To Couple

3. Cara menutup aurat yang sempurna.



Tuesday, October 7, 2014

UCAPAN YDP KELAB PERKIM UUM 2013/1014






اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ ـ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ـ اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ
اَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً

Renungilah kisah agung keluarga Nabi Ibrahim AS yang penuh ujian, perjuangan dan pengorbanan sebagai teladan perjuangan di atas jalan dakwah ini.

Semoga hadirnya Idul Adha menjadi momentum untuk meningkatkan daya juang, kesabaran menghadapi ujian dari Allah serta meningkatkan roh keihklasan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara.

#salamiduladha
#perkimUUM
#perkimuntuksemua

سلامت هاري راي عيد الاضحى



Kelab Perkim Uum mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh warga Universiti Utara Malaysia..


Ambillah Ibrah disebalik sirah keluarga Nabi Ibrahim a.s.. Pengorbaan atas ketaatan kepada Allah s.w.t.. 


KELAB PERKIM UUM