Sahabat PERKIM

Wednesday, March 25, 2015

ASSALAMUALAIKUM CINTA


Assalamualaikum cinta....cinta.. my loved.. my hubby.. my dear dan semua,,,… wah indahnya tengok orang bercinta, berkahwin, nak juga-‘desis dalam kalbu’..
Hmm,,,
Pertama kali kita mendengar dan membacanya semestinya kita kaitkan dengan semua itu kan?? Bukan itu yang nak di ceritakan disini..
Disini.. nak kongsi bersama dalam “Kelas-Kelas Cinta”..apakah itu?? Jom bersama dalam merungkai persoalan cinta.
Jom kita menerokai cinta bermula level bawah dimana ada enam kelas cinta di dunia ini… apa? Yuk bersama.. baca dengan hati dan minda yang tenang. Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita ingin memiliki cinta seperti itu..indah dan manis..
Yang keenam adalah ‘Cinta Semusim, Mulia Bersama pengelolaan’..cinta ini  ‘cinta’ dari seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya..Allah,,apakah cinta itu?? Cinta ini boleh di katakan cinta monyet..erk,.. monyet? Kenapa monyet? Cuba kita tengok monyet di zoo atau di persekitaran kita, bagaimana monyet? Ia suka bermain-mainkan? Ia tidak hiraukan orang.. betul tak?? Macam itu lah cinta seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya apabila mereka semua ber’cinta’  dengan hanya ingin melepaskan tekanan hidup, kebosanan dalam hidup.
Wahai kaum Adam dan kaum Hawa  perasaan cinta akan hadir dalam diri setiap insan yang bernama manusia, Cinta itu anugerah, tetapi bagaimana kita menguruskan cinta itu..jadi cinta itu akan jadi mulia seandainya kita menjaga dan  mengurusnya dengan baik dalam rangka ketaatan kepada Allah Azzawajalla (Yang Maha Agung).
Wahai kaum hawa jadilah pendamping yang baik dan permata yang indah buat bakal imammu yang akan melafazkan “aku terima nikahnya” insyaAllah kamu akan bahagia sampai ke syurga.

                   Rabbi, bila ku jatuh hati,
                             Gapailah cinta ku ini,
                                      Moga ikatan halal berbau syurga.

Cinta yang kelima iaitu cinta “Ayah dan Bonda, Itu Adalah Asal Kita Dipadu oleh Cinta”. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun dan kepada Aku tempat kembalimu.

‘Kemudian kepada Aku tempat kembalimu,maka aku menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan’ –surah Luqman,ayat 14-15

Ayah bonda, dua insan yang menjadi wasilah (pertalian) kita hadir di dunia. Melalui cinta yang halal, Allah menghadiahkan kita kepada mereka bagi menjadi gelak tawa semasa susah, senyum pada waktu sedih, harapan semasa kecewa, ramai pada saat kesepian, cair pada waktu kaku, dan gurauan pada saat tegang. Tetapi, seringkali kita menjadi tangis dalam coretan perjalanan kehidupan ibu bapa kita.
Ya Allah,kita membesar di hadapan mereka. Kita diberi sepenuhnya kasih sayang, semua yang kita pinta  tanpa kata-kata huluran kita disambut. Kita semakin gagah, makin berjaya, makin cantik, makin kacak, ketika kita sakit mereka dengan senang hati untuk ‘menarik’ kesakitan kita itu kepada mereka. Bila di tanya baba sihat? Umi sihat? Dengan slamber dan ceria menjawab sentiasa sihat. Tetapi, sebetulnya mereka sedang menahan sakit yang tak mampu terungkai melalui luaran. Menyembunyikan kesakitan mereka agar kita sentiasa bahagia..indah nya cinta ayah dan bonda kita kan?

          Dan nafas cintanya meniup kuncupku,
Maka ia mekar menjadi bunga.

Allah mewariskan orang tua kepada kita. Bukan untuk kita membayar segala jasanya dengan harga. Siapakah kamu untuk menghitung? Tak mungkin kan? Ada harga, tetapi ia melebihi harga kelima-lima huruf ‘cinta’.

          Dan Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya
– surah Luqman,ayat 14

Seterusnya, cinta “Pada Iman, Hijrah dan Jihad, Cinta Adalah Warnanya”.

Tetapi Allah menjadikan iman sebagai perkara yang kamu cintai serta dihiaskannya dalam hatimu dan menjadikan kekufuran, kefasikan serta kederhakaan itu perkara yang kamu benci, mereka itu adalah orang yang tetap menurut jalan yang lurus.
– surah al-hujurat,ayat 7

Kata cinta belum berakhir. Sekiranya kita sebagai remaja yang ‘gila’ mengatakan dan melakukan zina sebagai pembuktian cinta. Dalam surah al-Hujurat ayat 7 itu menjadi petunjuk cinta yang sebenar, cinta islam yang penuh kemuliaan.

Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) dari Muhajirin dan Ansar dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar – surah at-Taubah ayat 100.

Masih ok ke kalian?? Masih ingin tahu cinta yang seterusnya?
Jom…huhuhu

Cinta yang ketiga adalah cinta “Cinta Rasulullah, Mahaguru Cinta Sepanjang Masa”. Baginda adalah membawa risalah-risalah Al-Quran, Kalamullah yang di turunkan secara beransur-ansur.  Pada malam qadar (ketentuan) yang mengungguli seribu bulan, Iqra’ bergema menjadi tonggak peradaban, meyemaikan kata cinta, adil, taat dan lain-lain lagi.

Baginda memperbetulkan segala penipuan atas nama Tuhan oleh orang-orang cerdik. Baginda juga mengajar kemuliaan kaum wanita yang begitu besar. Begitu besar cinta baginda kepada kita sebagai umat baginda. Sejauh mana cinta kita kepada baginda? Jika di bandingkan cinta kita kepada tokong-tokong “hidup” iaitu tidak lain dan tidak bukan iaitu artis-artis Korea, artis-artis Hindustan, dan pelbagai lagi. Sejauh mana kita tahu mengenai baginda? Jika di bandingkan latar belakang artis kesayangan kita sebagai remaja dan mahasiswa yang bijak akal umumnya? Harap si pembaca nukilan ini tidak seperti itu, aamiin insyaAllah.

Jom kita teruskan cinta yang perletakkannya di tahap yang kedua. Apakah?
Hmm,,, cinta ini jarang orang yang memilikinya. Cinta ini,Ya Allah sangat indah. Cinta ini adalah “Cinta Akhirat, Cinta Abadi Kepada Mereka Yang Setia di Sisi-Nya”. Indahkan? Jom kita baca kisah ini ;

          Selepas perang Hunain,  salah satu daripada peperangan  mempunyai jumlah harta rampasannya yang luar biasa. Tetapi, para isteri baginda menyatakan mereka tidak merasainya seperti cerita Aisyah kepada Urwah bin Zubair. “Demi Allah, kami pernah melalui tiga kali hilal (bulan baru) berturut-turut dan tidak ada api menyala di rumah Rasulullah.” Urwah lantas bertanya,“jadi apakah yang kalian makan?”  “Kurma dan air”, jawab Aisyah.

Sepulang Rasulullah dari Hunain ,isteri-isteri baginda berkumpul. Apabila baginda sampai, mereka pun menyatakan hasrat mereka yang di sepakati. Wajah baginda memang tetap tersenyum mendengarnya, tetapi hatinya bagaikan di hiris sembilu. Dahulu sewaktu puteri kesayangan baginda meminta pembantu pun,baginda hanya mampu berkata, “Ada yang lebih memerlukannya dan zikir lebih baik bagimu”. Kini, pada waktu baginda sibuk mempersiapkan penghadangan (serangan mendadak) legion Romawi di Tabruk, isteri-isteri baginda menuntut tambahan nafkah.

          Jabir bin Abdullah  menceritakan kisah selanjutnya. Pada suatu hari, Abu Bakar meminta izin mahu masuk menemui Rasulullah sementara di hadapan rumahnya sudah ramai yang sedang duduk menunggu. Tiada yang di izinkan kecuali Umar dan Abu Bakar. Mereka mendapati Rasulullah di kelilingi isteri-isterinya. Baginda berada dalam keadaan berdiam diri. Abu Bakar berfikir, “Aku ingin menyatakan perkara yang dapat membuat Rasulullah ketawa,” lalu berkata, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila isteriku, puteri Khadijah meminta nafkah daripadaku lalu kutampar dia ataupun ku cekik lehernya?”

          Rasulullah pun tertawa mendengarnya dan kemudian berkata, “mereka yang mengelilingiku ini meminta nafkah daripadaku”. Abu Bakar menghampiri puterinya, Aisyah dan Umar menghampiri Hafshah dan berkata serentak, “beraninya kalian meminta benda yang tidak ada pada Rasulullah.” Aisyah sahaja yang berani menjawab, “Kami tidak meminta benda yang tidak ada pada baginda”.

          Kata Jabir,selepas kejadian itu baginda mengasingkan diri dengan isteri-isteri baginda. Kemudian Allah menurunkan ayat kepada isteri-isteri baginda:

                   Wahai nabi katakan kepada isteri-isterimu, sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan rasul-Nya serta kemewahan di negeri akhirat, sesungguhnya Allah menyediakan untuk orang yang berbuat baik antara kamu pahala yang besar.
-         Surah al-Ahzab ayat 28-29

Kali ini biar Aisyah yang bercerita mengakhiri kisah sedih selama sebulan itu. Kata Aisyah, turun ayat pilihan. Rasulullah memulakan penyampaian pertamanya kepadaku. Baginda berkata, “Ada perkara yang ingin saya katakan kepadamu,tetapi kamu tidak perlu menjawabnya dengan terburu-buru. Engkau dapat bermesyuarat dengan kedua-dua orang tuamu”.

Kata Aisyah, “saya tahu, kedua-dua orang tuaku tidak mahu saya bercerai dengan Rasulullah”. Kemudian baginda membacakan kata-kata Allah:

          “Demi Allah, adakah aku perlu bermesyuarat perihal perkara seperti ini dengan kedua-dua orang tuaku? Demi Allah, pasti aku memilih Allah, rasul-Nya dan kampong akhirat,” kata Aisyah. Lalu Rasulullah menyampaikan kata-kata yang sama kepada isteri baginda yang lain. Jawapan mereka adalah semua sama seperti jawapan Aisyah.

Maka damailah kembali seluruh kota.
Hmm.. bagaimana nak belajar mencintai akhirat? Banyak cara sayang,salah satu caranya ialah dengan merenung kembali ayat-ayat yang mengandungi contoh perihal dunia dan akhirat.
Seperti ayat 45 surah al-Kahfi iaitu;
          Dan beri kepada mereka contoh perbandingan kehidupan dunia ini umpama air yang Kami turunkan dari langit, maka suburlah tanaman di bumi di sebabkannya,lalu ia menjadi kering apabila di tiup angin, dan Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap perkara.

Menurut Imam Hassan Al-Banna, ada kemuliaan dan kekuatan yang tidak dapat di kalahkan semasa kaum memilih untuk meninggalkan dunia. Tentunya ada cita rasa yang tertinggi.

“Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang di limpahkan kepada mereka.”
                   -surah Ali Imran,ayat 169-170

Akhirnya,cinta yang paling teratas adalah cinta “Cinta Allah, Jangan Bersedih!”. Subhanallah!...

Sekiranya kamu tidak membantu Muhammad, sesungguhnya Allah sudah menolongnya, iaitu semasa kaum kafir mengeluarkannya dari negerinya Makkah sedangkan baginda salah seorang daripada dua orang   semasa mereka berlindung di dalam gua, kemudian baginda berkata kepada sahabatnya, “Jangan engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.
          -surah at-Taubah, ayat 40

Cinta ini teramatlah sukar untuk kita sebagai hamba yang kerdil dalam mengurus pelbagai masalah yang datang ibarat “cendawan yang tumbuh selepas hujan”, Allah hu rabbi.. hanya Allah yang dapat memahami kita semasa kita dalam kesusahan. Tetapi,dengan cinta Allah ini Allah akan membantu hambaNya dengan seadilnya. Seringkali kita mempunyai jalan atau cara penyelesaian kita sendiri,tetapi masalah itu dapat di selesai tanpa di jangka. Betulkan? Itulah cinta Allah buat kita semua. Dalam menyampaikan walau sepotong ayat iaitu di mana kita cuba untuk berdakwah itu sangat susah. Biasalah yang sering di dengar dalam “menyampaikan walau sepotong ayat” iaitu ayat Allah tidak di hamparkan dengan karpet merah, tetapi di hidangkan duri-duri serta liku-liku jalan yang mempunyai gaung-gaung yang dalam. Jadi, janganlah kamu berdukacita  Allah bersama kita.


    Hmmm… harapannya, selepas membaca perkongsian ini. Kita sama-sama dalam membina diri, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia yang mempunyai suasana dan cara Islam yang menyeluruh, bukan separuh atau separa tetapi bulatan yang penuh ibarat bulan dan matahari yang tersergam indah dan setia kepada bumi untuk memberi cahaya di malam dan siang hari. Semoga setiap insan yang membaca ini di beri hidayah dan cahaya untuk membuka jalan kearah Islam yang sebenar. Amin.