ASSALAMUALAIKUM CINTA
Assalamualaikum cinta....cinta.. my loved.. my
hubby.. my dear dan semua,,,… wah indahnya tengok orang bercinta, berkahwin, nak
juga-‘desis dalam kalbu’..
Hmm,,,
Pertama kali kita mendengar dan membacanya
semestinya kita kaitkan dengan semua itu kan?? Bukan itu yang nak di ceritakan
disini..
Disini.. nak kongsi bersama dalam “Kelas-Kelas
Cinta”..apakah itu?? Jom bersama dalam merungkai persoalan cinta.
Jom kita menerokai cinta bermula level bawah dimana ada enam kelas cinta
di dunia ini… apa? Yuk bersama.. baca dengan hati dan minda yang tenang. Semoga
perkongsian ini akan menjadikan kita ingin memiliki cinta seperti itu..indah
dan manis..
Yang keenam adalah ‘Cinta Semusim, Mulia Bersama
pengelolaan’..cinta ini ‘cinta’ dari
seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya..Allah,,apakah cinta itu?? Cinta
ini boleh di katakan cinta monyet..erk,.. monyet? Kenapa monyet? Cuba kita
tengok monyet di zoo atau di persekitaran kita, bagaimana monyet? Ia suka
bermain-mainkan? Ia tidak hiraukan orang.. betul tak?? Macam itu lah cinta
seorang lelaki kepada wanita dan sebaliknya apabila mereka semua ber’cinta’ dengan hanya ingin melepaskan tekanan hidup, kebosanan
dalam hidup.
Wahai kaum Adam dan kaum Hawa perasaan cinta akan hadir dalam diri setiap
insan yang bernama manusia, Cinta itu anugerah, tetapi bagaimana kita
menguruskan cinta itu..jadi cinta itu akan jadi mulia seandainya kita menjaga
dan mengurusnya dengan baik dalam rangka
ketaatan kepada Allah Azzawajalla (Yang Maha Agung).
Wahai kaum hawa jadilah pendamping yang baik
dan permata yang indah buat bakal imammu yang akan melafazkan “aku terima
nikahnya” insyaAllah kamu akan bahagia sampai ke syurga.
Rabbi,
bila ku jatuh hati,
Gapailah
cinta ku ini,
Moga
ikatan halal berbau syurga.
Cinta yang kelima iaitu cinta “Ayah dan Bonda, Itu
Adalah Asal Kita Dipadu oleh Cinta”. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibubapanya. Ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan atas
kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun dan kepada Aku tempat
kembalimu.
‘Kemudian kepada Aku tempat kembalimu,maka aku
menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan’ –surah Luqman,ayat
14-15
Ayah bonda, dua insan yang menjadi wasilah
(pertalian) kita hadir di dunia. Melalui cinta yang halal, Allah menghadiahkan
kita kepada mereka bagi menjadi gelak tawa semasa susah, senyum pada waktu
sedih, harapan semasa kecewa, ramai pada saat kesepian, cair pada waktu kaku, dan
gurauan pada saat tegang. Tetapi, seringkali kita menjadi tangis dalam coretan
perjalanan kehidupan ibu bapa kita.
Ya Allah,kita membesar di hadapan mereka. Kita
diberi sepenuhnya kasih sayang, semua yang kita pinta tanpa kata-kata huluran kita disambut. Kita
semakin gagah, makin berjaya, makin cantik, makin kacak, ketika kita sakit
mereka dengan senang hati untuk ‘menarik’ kesakitan kita itu kepada mereka.
Bila di tanya baba sihat? Umi sihat? Dengan slamber dan ceria menjawab sentiasa
sihat. Tetapi, sebetulnya mereka sedang menahan sakit yang tak mampu terungkai
melalui luaran. Menyembunyikan kesakitan mereka agar kita sentiasa
bahagia..indah nya cinta ayah dan bonda kita kan?
Dan
nafas cintanya meniup kuncupku,
Maka ia mekar menjadi bunga.
Allah mewariskan orang tua kepada kita. Bukan
untuk kita membayar segala jasanya dengan harga. Siapakah kamu untuk
menghitung? Tak mungkin kan? Ada harga, tetapi ia melebihi harga kelima-lima
huruf ‘cinta’.
Dan
Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya
– surah Luqman,ayat 14
Seterusnya, cinta “Pada Iman, Hijrah dan Jihad,
Cinta Adalah Warnanya”.
Tetapi Allah menjadikan iman sebagai perkara
yang kamu cintai serta dihiaskannya dalam hatimu dan menjadikan kekufuran, kefasikan
serta kederhakaan itu perkara yang kamu benci, mereka itu adalah orang yang
tetap menurut jalan yang lurus.
– surah al-hujurat,ayat 7
Kata cinta belum berakhir. Sekiranya kita
sebagai remaja yang ‘gila’ mengatakan dan melakukan zina sebagai pembuktian
cinta. Dalam surah al-Hujurat ayat 7 itu menjadi petunjuk cinta yang sebenar, cinta
islam yang penuh kemuliaan.
Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah)
dari Muhajirin dan Ansar dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah
reda kepada mereka dan mereka pula reda kepadaNya, serta Allah menyediakan
untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar – surah
at-Taubah ayat 100.
Masih ok ke kalian?? Masih ingin tahu cinta
yang seterusnya?
Jom…huhuhu
Cinta yang ketiga adalah cinta “Cinta
Rasulullah, Mahaguru Cinta Sepanjang Masa”. Baginda adalah membawa
risalah-risalah Al-Quran, Kalamullah yang di turunkan secara beransur-ansur. Pada malam qadar (ketentuan) yang mengungguli
seribu bulan, Iqra’ bergema menjadi tonggak peradaban, meyemaikan kata cinta, adil,
taat dan lain-lain lagi.
Baginda memperbetulkan segala penipuan atas
nama Tuhan oleh orang-orang cerdik. Baginda juga mengajar kemuliaan kaum wanita
yang begitu besar. Begitu besar cinta baginda kepada kita sebagai umat baginda.
Sejauh mana cinta kita kepada baginda? Jika di bandingkan cinta kita kepada
tokong-tokong “hidup” iaitu tidak lain dan tidak bukan iaitu artis-artis Korea,
artis-artis Hindustan, dan pelbagai lagi. Sejauh mana kita tahu mengenai
baginda? Jika di bandingkan latar belakang artis kesayangan kita sebagai remaja
dan mahasiswa yang bijak akal umumnya? Harap si pembaca nukilan ini tidak
seperti itu, aamiin insyaAllah.
Jom kita teruskan cinta yang perletakkannya di
tahap yang kedua. Apakah?
Hmm,,, cinta ini jarang orang yang memilikinya.
Cinta ini,Ya Allah sangat indah. Cinta ini adalah “Cinta Akhirat, Cinta Abadi
Kepada Mereka Yang Setia di Sisi-Nya”. Indahkan? Jom kita baca kisah ini ;
Selepas
perang Hunain, salah satu daripada
peperangan mempunyai jumlah harta
rampasannya yang luar biasa. Tetapi, para isteri baginda menyatakan mereka
tidak merasainya seperti cerita Aisyah kepada Urwah bin Zubair. “Demi Allah, kami
pernah melalui tiga kali hilal (bulan baru) berturut-turut dan tidak ada api
menyala di rumah Rasulullah.” Urwah lantas bertanya,“jadi apakah yang kalian
makan?” “Kurma dan air”, jawab Aisyah.
Sepulang Rasulullah dari Hunain ,isteri-isteri
baginda berkumpul. Apabila baginda sampai, mereka pun menyatakan hasrat mereka
yang di sepakati. Wajah baginda memang tetap tersenyum mendengarnya, tetapi
hatinya bagaikan di hiris sembilu. Dahulu sewaktu puteri kesayangan baginda
meminta pembantu pun,baginda hanya mampu berkata, “Ada yang lebih memerlukannya
dan zikir lebih baik bagimu”. Kini, pada waktu baginda sibuk mempersiapkan
penghadangan (serangan mendadak) legion Romawi di Tabruk, isteri-isteri baginda
menuntut tambahan nafkah.
Jabir
bin Abdullah menceritakan kisah
selanjutnya. Pada suatu hari, Abu Bakar meminta izin mahu masuk menemui
Rasulullah sementara di hadapan rumahnya sudah ramai yang sedang duduk
menunggu. Tiada yang di izinkan kecuali Umar dan Abu Bakar. Mereka mendapati
Rasulullah di kelilingi isteri-isterinya. Baginda berada dalam keadaan berdiam
diri. Abu Bakar berfikir, “Aku ingin menyatakan perkara yang dapat membuat
Rasulullah ketawa,” lalu berkata, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila
isteriku, puteri Khadijah meminta nafkah daripadaku lalu kutampar dia ataupun
ku cekik lehernya?”
Rasulullah
pun tertawa mendengarnya dan kemudian berkata, “mereka yang mengelilingiku ini
meminta nafkah daripadaku”. Abu Bakar menghampiri puterinya, Aisyah dan Umar
menghampiri Hafshah dan berkata serentak, “beraninya kalian meminta benda yang
tidak ada pada Rasulullah.” Aisyah sahaja yang berani menjawab, “Kami tidak
meminta benda yang tidak ada pada baginda”.
Kata
Jabir,selepas kejadian itu baginda mengasingkan diri dengan isteri-isteri
baginda. Kemudian Allah menurunkan ayat kepada isteri-isteri baginda:
Wahai
nabi katakan kepada isteri-isterimu, sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia
dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu dengan cara yang
sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan rasul-Nya serta
kemewahan di negeri akhirat, sesungguhnya Allah menyediakan untuk orang yang
berbuat baik antara kamu pahala yang besar.
-
Surah al-Ahzab ayat 28-29
Kali ini biar Aisyah yang bercerita mengakhiri
kisah sedih selama sebulan itu. Kata Aisyah, turun ayat pilihan. Rasulullah
memulakan penyampaian pertamanya kepadaku. Baginda berkata, “Ada perkara yang
ingin saya katakan kepadamu,tetapi kamu tidak perlu menjawabnya dengan terburu-buru.
Engkau dapat bermesyuarat dengan kedua-dua orang tuamu”.
Kata Aisyah, “saya tahu, kedua-dua orang tuaku
tidak mahu saya bercerai dengan Rasulullah”. Kemudian baginda membacakan
kata-kata Allah:
“Demi
Allah, adakah aku perlu bermesyuarat perihal perkara seperti ini dengan
kedua-dua orang tuaku? Demi Allah, pasti aku memilih Allah, rasul-Nya dan
kampong akhirat,” kata Aisyah. Lalu Rasulullah menyampaikan kata-kata yang sama
kepada isteri baginda yang lain. Jawapan mereka adalah semua sama seperti jawapan
Aisyah.
Maka damailah kembali seluruh kota.
Hmm.. bagaimana nak belajar mencintai akhirat?
Banyak cara sayang,salah satu caranya ialah dengan merenung kembali ayat-ayat
yang mengandungi contoh perihal dunia dan akhirat.
Seperti ayat 45 surah al-Kahfi iaitu;
Dan
beri kepada mereka contoh perbandingan kehidupan dunia ini umpama air yang Kami
turunkan dari langit, maka suburlah tanaman di bumi di sebabkannya,lalu ia
menjadi kering apabila di tiup angin, dan Allah yang Maha Berkuasa atas
tiap-tiap perkara.
Menurut Imam Hassan Al-Banna, ada kemuliaan dan
kekuatan yang tidak dapat di kalahkan semasa kaum memilih untuk meninggalkan
dunia. Tentunya ada cita rasa yang tertinggi.
“Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang
terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka
dengan mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang di
limpahkan kepada mereka.”
-surah
Ali Imran,ayat 169-170
Akhirnya,cinta yang paling teratas adalah cinta
“Cinta Allah, Jangan Bersedih!”. Subhanallah!...
Sekiranya kamu tidak membantu Muhammad, sesungguhnya
Allah sudah menolongnya, iaitu semasa kaum kafir mengeluarkannya dari negerinya
Makkah sedangkan baginda salah seorang daripada dua orang semasa
mereka berlindung di dalam gua, kemudian baginda berkata kepada sahabatnya,
“Jangan engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.
-surah
at-Taubah, ayat 40
Cinta ini teramatlah sukar untuk kita sebagai
hamba yang kerdil dalam mengurus pelbagai masalah yang datang ibarat “cendawan
yang tumbuh selepas hujan”, Allah hu rabbi.. hanya Allah yang dapat memahami
kita semasa kita dalam kesusahan. Tetapi,dengan cinta Allah ini Allah akan
membantu hambaNya dengan seadilnya. Seringkali kita mempunyai jalan atau cara
penyelesaian kita sendiri,tetapi masalah itu dapat di selesai tanpa di jangka.
Betulkan? Itulah cinta Allah buat kita semua. Dalam menyampaikan walau sepotong
ayat iaitu di mana kita cuba untuk berdakwah itu sangat susah. Biasalah yang
sering di dengar dalam “menyampaikan walau sepotong ayat” iaitu ayat Allah
tidak di hamparkan dengan karpet merah, tetapi di hidangkan duri-duri serta liku-liku
jalan yang mempunyai gaung-gaung yang dalam. Jadi, janganlah kamu berdukacita Allah bersama kita.
Hmmm… harapannya, selepas membaca perkongsian
ini. Kita sama-sama dalam membina diri, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia
yang mempunyai suasana dan cara Islam yang menyeluruh, bukan separuh atau
separa tetapi bulatan yang penuh ibarat bulan dan matahari yang tersergam indah
dan setia kepada bumi untuk memberi cahaya di malam dan siang hari. Semoga
setiap insan yang membaca ini di beri hidayah dan cahaya untuk membuka jalan
kearah Islam yang sebenar. Amin.