INDAHNYA
TARBIAH INI
Ya
Allah,
Dengan
izinMu,
Telah
banyak yang ku lalui,
Hingga
pernah resah jiwa ini,
Walau tak pernah ku zahiri,
Dalam
segenap langkah perjalananku.
Jika
dulu telah Engkau izinkan,
Aku
merasai kehangatan kasih dalam alpa,
Jika
dulu Engkau benarkan,
Aku
menikmati rindu Adam kepada Hawa,
Jika
dulu Engkau lepaskan,
Aku
pada cinta dunia yang meleka,
Jika
dulu Engkau biarkan,
Aku
dalam bahagia yang sementara,
Cukuplah
wahai Tuhanku..
Kerana
di sebalik semua itu,
Aku
pernah kehilangan cintaMu,
Pernah
gersang jiwaku,
Pernah
tandus imanku,
Derita
itu merobek ketenanganku,
Hatiku
yang telah retak semakin retak,
Solatku
tiada lagi khusyuknya,
Rukukku
tiada lagi ikhlasnya,
Sujudku
bersama fikiran yang melayang entah ke mana,
Imanku
longlai untuk berkata-kata.
Ya
Allah,
Setelah
semua itu aku lalui,
Dengan
kekuatan yang Kau beri,
Ku
gagahi jua langkah lemah ini,
Mengawal
segala rasa di hati,
Berbekalkan
harapan yang tidak pernah mati,
Dengan
tekad dan niat yang kau ilhami,
Untuk
mencari cintaMu yang pasti.
Dengan
kasihMu,
Ku
temui sahabat yang sejati,
Menarikku
kepada satu janji ,
Yang
aku sendiri pun tidak pasti,
Akhirnya,
ku temui satu perjuangan hidup,
Yang
amatku yakini,
Berbekalkan
ukhwah sebagai penyeri,
Ilmu
dan tarbiah mula jadi peneman hati,
Ku
temui cintaMu yang hakiki,
Manisnya
ku rasai,
Bahagia
dan ketenangan yang abadi,
Sungguh
indah tarbiah ini,
moga
tarbiah ini sentiasa menemaniku,
Sehingga
akhir hayatku nanti.
No comments:
Post a Comment