“serulah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan nasihat pengajaran yang baik, serta ajaklah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk”(surah al-Nahl , 16:125)
Sudahkah kita mengenali masyarakat orang asli atau kaum peribumi? Kaum peribumi ialah masyarakat orang asli yang telah mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sejak 5000 tahun yang lalu berketurunan Austronesian atau Malayo-Polynesia. Mereka berasal dari Yunan di Selatan China, Taiwan dan Macau.
Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara berkelompok dan berperingkat-peringkat menggunakan perahu batang kayu kuno dan rakit. Mereka mula mendarat di Filipina. Kemudian berkembang dari pulau ke pulau,seperti Pulau Sulawesi, Borneo, Irian Jaya , Papua New Guinea, Madura, Flores, Pulau Jawa, Sumatera, Sri Lanka, Pulau-pulau Lautan Hindia hingga ke Madagaskar di Timur Benua Afrika.
Perkembangan Islam:
Perkembangan Islam dalam kaum peribumi bermula pada 1890-an. Gerakan dakwah mula digiatkan ke kawasan pedalaman. Ia digerakkan oleh para pendakwah yang tidak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Mereka terdiri daripada pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO-non governtmental organisation).
6 Langkah Dakwah Kaum Peribumi
Langkah 1
Ø Wujudkan kemesraan dengan komunikasi yg efektif
Ø Lawatan rumah ke rumah
Ø Buat majlis jamuan dan beri hadiah
Ø Tidak menyentuh soal agama
Langkah 2
Ø Buat intipan ke dalam hati sama ada punyai perasaan beragama atau tidak ketika mereka dalam keadaan relaks seperti bertanya “Apa akan terjadi jika tidak ada matahari?”.”Apa jadi jika tanaman mogok tidak mahu men geluarkan buah?” dan sebagainya
Ø Soalan ini akan mecetuskan rasa ingin tahu dan mencari jawapan sebenar
Langkah 3
Ø Kenalkan Islam.
Ø Buat perbandingan dengan agama lain
Ø Tegaskan bahawa Islam untuk semua bangsa dan tidak berlawanan dengan fitrah
Ø Kenalkan syahadah,solat,dan puasa
Langkah 4
Ø Beri masa mereka untuk berfikir 3 hari hingga seminggu
Ø Tinjau pandangan dan komen mereka. Jika positif,pintu memujuk mereka kepada Islam mula terbuka
Ø Kerap mendampingi individu berkenaan
Langkah 5
Ø Memaklumkan kepada Majlis Agama Islam Negeri
Ø Buat lawatan dan penerangan khas
Langkah 6
Ø Laksanakan program susulan dan pemantauan mempertahankan aqidah
Ø Didik ,bimbing dan terapkan asas-asas Islam
Ø Hantar mengikuti kursus asas.
seorang dai'e harus bijak mengambil langkah pendekatan dakwah yang terbaik (lakukan solat bersama peduduk peribumi) |
Perspektif negatif terhadap masyarakat orang asli seperti mereka sering dianggap kolot, ketinggalan zaman, miskin, pengotor, murtad, dan hidup di dalam hutan haruslah dikikis , sebaliknya kita jualah yang perlu mendekati mereka serta mengambil kesempatan dan ruang untuk menyampaikan seruan ke jalan yang benar iaitulah agama Islam yang terbuka luas. Seterusnya berjaya menutup ruang-ruang para mubaligh agama kristian yang sering bertungkus-lumus menyeru agama mereka. Semoga kita diberi kesempatan dan peluang untuk berdakwah secara berhikmah kepada masyarakat peribumi serta berbakti untuk kemajuan mereka sekaligus membawa mereka merasai nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah kepada Ummahnya.
Wallahu a’lam.
oleh: Timb.S/u kelab Perkim UUM 2011/2012
No comments:
Post a Comment