Pengarah program PERKIM Day Out, saudara Izzat bin Mohd Alwi dalam ucapannya berkata : Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan PERKIM Day Out kali ini..terutamanya barisan AJK pelaksana yang bertungkus- lumus merealisasikan program, terima kasih tidak terhingga buat semua MT & exco-exco kelab yang sudi turun padang memeriahkan suasana, tak lupa juga buat mantan-mantan Kelab PERKIM yang turut hadir bersama, mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dari pihak kami sendiri. Segala bimbingan, teguran dan tunjuk ajar amatlah diharapkan.
Program dimulakan dengan sedikit tazkirah ringkas dari exco Dakwah & Tarbiah Kelab PERKIM UUM yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Asyraf Tajuddin.
Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti pahlawan perkim, bola beracun, boling kelapa, siapa paling jauh dan tarik tali. Alhamdulillah gelagat para peserta menghiburkan hati dan memeriahkan suasana. Gelak dan tawa buat kami tidak kering gusi sepanjang program berjalan.
seronoknyee..tgk.. |
pertahankan belon masing-masing... |
isi..jangan..tak isi....^_^ |
ni bukan lari dalam guni...lompat dalam guni ni... |
tarik tali |
Seterusnya acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menjuarai tempat pertama, kedua dan ketiga dan pemberian cenderahati kepada setiap peserta. Majlis bersurai sesudah makan tengah hari. Keletihan jelas terpancar di riak wajah semua peserta, tetapi berbekalkan semangat yang ada telah memadam semua kepenatan dan diganti dengan kegembiraan. InsyaAllah, diharapkan objektif program PERKIM Day Out tercapai untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang cergas dari segi rohani dan jasmani.
InsyaAllah kepada semua ahli kelab Perkim...jangan lupa hadir ke program Tautan Ukhwah Ahli Kelab PERKIM UUM sesei 2011/2012 yang akan datang pada 18 Oktober 2011...
oleh: wartawan kelab PERKIM UUM
InsyaAllah kepada semua ahli kelab Perkim...jangan lupa hadir ke program Tautan Ukhwah Ahli Kelab PERKIM UUM sesei 2011/2012 yang akan datang pada 18 Oktober 2011...
No comments:
Post a Comment