Assalamu'alaikum
w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah
kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini.
Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka
nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.
Alhamdulillah,
pada 13 dan 14 September 2012 yang lalu, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia
Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah bejaya menganjurkan sebuah program ‘’Kem
1st Step’’ dengan jayanya bertempat di Masjid Sultan Badhlishah dan Dewan Seminar
Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari daripada
jam 5 petang(13 September) sehingga 11 malam(14 September).
Para peserta yang terlibat lebih
kurang dalam 250 orang di mana terdiri daripada pelajar-pelajar baru semester
pertama dari pelbagai Dewan Penginapan Pelajar (DPP) mahupun kolej yang
berbeza-beza. Penyertaan yang luar jangka sehingga memenuhi ruang dewan kuliah.
‘’Kem 1st
Step” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran awal kepada
pelajar baru semester pertama akan cara hidup sebagai mahasiswa Islam di dalam
kampus UUM. Sepanjang kem berlangsung
peserta disaratkan dengan input yang berguna seperti ceramah oleh Ustaz Zubir
salah seorang kakitangan Universiti Utara Malaysia merangkap Imam di Masjid
Sultan Badhlishah yang bertajuk “Islam sebagai Ad-Din” dan tidak kurang
hebatnya penyampaian daripada Ustaz Hafiz pensyarah kolej COLGIS bertajuk
“Cabaran sebagai Mahasiswa”.
Selain itu,
para peserta juga dijamah dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan
memberi peluang kepada peserta menonjolkan kebolehan masing-masing. Selain
santapan rohani seperti Qiamullail,tazkirah subuh dan solat sunat dhuha mengisi
sentuhan rohani untuk para peserta.
Dengan
terlunasnya “Kem 1st Step” ini, harapannya agar wujud dan lahirnya mahasiswa-mahasiswi
berjiwa Islami dalam jiwa-jiwa pelajar baru semester pertama ini untuk
dijadikan landasan qudwah dalam merencana diri menjadi sang penerus perjuangan
Islam di bumi ini. Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti.
~Sedikit coretan gambar buat
tatapan~
~Memperkasakan Biah Solehah~
Bismillah ALhamdulillah
ReplyDeleteUkiran senyuman terpalit di bibir wajah ini melihat gambar-gambar potret memori program 1st step. Alhamdulillah... mabruk.
Program seumpama ini yang perlu diperbanyakkan. Jelas melihatkan kesyumulan Islam itu selaku Ad-deen.. insyaAllah..
Ana doakan moga PERKIM terus suksess dan para pejuangnya terus suksess dalam menegakkan butiran kalimah ALLAH itu di mana saja.
TAKBIR!!!!
Rasa xsabar nak bersama kalian lagi
ReplyDelete:-)
ReplyDelete