Sahabat PERKIM

Showing posts with label aktiviti kelab. Show all posts
Showing posts with label aktiviti kelab. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Lawatan Korporat - Kenyataan Jabatan Keselamatan UUM - Isu Niqab






Sintok, 24 September 2013 –  Kelab Perkim Uum dengan diwakili 6 orang majlis tertinggi kelab bersama 2 orang exco telah mengadakan lawatan korporat ke Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia.

Objektif lawatan korporat  ini adalah bertujuan membina hubungan baik serta sesi dua hala antara Kelab Perkim Uum khususnya dan badan kerohanian Universiti Utara Malaysia secara amnya dengan Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia.

Pelbagai perbincangan secara dua hala antara pihak Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia yang menemui resolusi. Pihak Kelab Perkim Uum juga berkesempatan untuk mendengar kenyataan pihak Jabatan Keselamatan mengenai  isu yang berlegar dalam kampus seminggu dua ini iaitu isu ‘niqab’.

Hasil perbincangan dan sesi soal jawab, pihak Jabatan Keselamatan tidak menegah pemakaian niqab serta meminta kepada kaum wanita yang berniqab agar memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Keselamatan sewaktu pemeriksaan dilakukan atas tujuan keselamatan. Menurut Leftenan Kolonel Hj Musa bin Bari(gambar),pegawai keselamatan.

Menurutnya lagi, kaum wanita berniqab juga boleh untuk meminta agar diperiksa oleh pegawai keselamatan wanita daripada Jabatan Keselamatan.

Sunday, October 9, 2011

Bertebaran mencari rezeki

Alhamdulillah syukur dan puji ke hadrat Ilahi yang maha memberi rezeki kepada hamba-hambaNya…..dan sebagai manusia, kita seharusnya bertebaran mencari rezeki dengan usaha dan kemampuan yang ada kerana setiap insan telah ditentukan rezekinya masing-masing….dan yang paling penting usahlah kita culas dalam pekerjaan yang dilakukan mahupun bermalas-malasan dalam mencari rezeki. Dan perlu diingatkan dalam mencari rezeki, wajib ke atas kita mencari rezeki yang halal yang telah digariskan oleh Islam dan menghindarkan diri daripada terjebak dengan memperolehi rezeki yang syubhah lagi haram. Rezeki yang halal akan diberkati oleh Allah sama ada kecil atau besar rezeki yang diterima oleh seseorang adalah telah ditetapkan oleh Allah, kita seharusnya tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.
sebagaimana sabda Rasulullah saw,”…
      Bertakwalah kepada Allah dan perindahlah didalam mencari (rezeki). Janganlah keterlambatan rezeki menjadikanmu mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah
     “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (QS. Ar Ra’du : 26)
Bertepatan dengan itu, maka kelab PERKIM UUM  baru-baru ini telah mencapai hasratnya untuk mencari pendapatan sendiri dan mengambil peluang untuk menjana pendapatan Kelab dengan menyertai Pesta Konvo 2011 dengan membuka gerai air minuman.Selain itu juga antara jualan yang banyak menarik pengunjung ke gerai PERKIM adalah sajian istimewa Ais Blended dan Ais Kacang.



Tempoh selama 9 hari sudah cukup untuk kami merasakan pengalaman berniaga dan yang paling penting ukhwah sesama ahli dapat dieratkan. Gerai ini bermula pada 28 September dan selamat melabuhkan tirainya pada 7 Oktober 2011. Peniaga-peniaga terdiri dalam kalangan MT dan Exco-exco Kelab sendiri yang mana ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Waktu gerai ini beroperasi seawal jam 11.00 pagi-12.00 malam.

Alhamdulillah..kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai dan ditambah dengan ragam pembeli yang telah berkunjung ke gerai telah mewarnai hari-hari kami di sana

semoga kita terus berusaha dalam menjalankan apa jua aktiviti, dan apa yang paling penting..jadikan Allah sebagai majikan kita yang utama.
Wallahua’lam.