Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi
kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas
di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para
tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman
kini.
Exco RnD Kelab PERKIM UUM telah mengadakan program
Interaktif Dakwah Training (IDT) pada 5 dan 6 Oktober 2012 bertempat di Dewan
Seminar Pusat Islam UUM. Program ini julung kalinya diadakan dia Universiti
Utara Malaysia dan kali pertama diadakan di Negeri Kedah dan Perlis. Program
ini dikendalikan oleh empat orang speaker iaitu Brother Lim Jooi Soon, Firdaus
Wong Wai Hung, Saudara Amin dan Brother Kamaruzzaman. Program ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dimana hampir 100 orang peserta menyertai proram IDT
ini. Program ini juga disertai oleh pelajar-pelajar dari IPT-IPT yang
berhampiran seperti UNIMAP dan UITM Perlis.
5 Oktober
2012 (Jumaat)
Para peserta didedahkan dengan kepentingan perbandingan agama
iaitu perbandingan agama Islam dengan agama-agama yang lain berdasarkan sumber
ag
ama tersebut
iaitu Kitab agama. Slot seterusnya, para peserta diberi pendedahan tentang
pengenalan dan sejarah agama Kristian serta perbezaan mazhab iaitu Katolik dan
Protestant dan kepercayaan serta perayaan yang disambut oleh masyarakat cina.
Selepas itu, para peserta didedahkan dengan salah tanggapan terhadap agama
Kristian oleh penganut agama Islam.
Slot penutup
untuk hari tersebut diakhiri dengan bedah Bible iaitu ayat-ayat yang ada
didalam kitab agama Kristian iaitu Bible.
6 Oktober
2012 2012 (Sabtu)
Para peserta didedahkan dengan lebih mendalam tentang agama
Kristian dan persamaan agama Kristian dengan Islam. Selepas itu, Pada peserta
didedahkan dengan pengenalan agama Hindu. Seterusnya, Slot Syiah mengambil
tempat dimana para peserta diberi input-input tentang bahayanya ajaran Syiah
serta apa pandangan para ulama tentang ajaran Syiah. Seterusnya, slot keaslian
al-Quran disampaikan. Slot terakhir bagi program IDT yang disampaikan oleh para
speaker adalah sesi soal jawab iaitu soalan-soalan yang sering ditanya oleh
bukan Islam tentang agama Islam seperti kenapa lelaki boleh kahwin empat
sedangkan perempuan tak boleh, kenapa tak boleh makan khinzir, kenapa perlu
solat lima waktu?, Kenapa bukan Islam masuk ke neraka walaupun tidak pernah
buat jahat sedangkan yang muslim buat jahat banyak kali tapi tetap masuk
syurga? dan lain-lain lagi.
Secara keseluruhannya, program IDT dapat respond yang sangat
positif dan para peserta meminta agar IDT pasa II diadakan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment