USRAH =
ISLAMIC CIRCLE ?
“kak, Islamic circle tu apa yer? “ , “Islamic circle
tu usrah ke kak? “
Antara persoalan yang ditimbulkan
oleh adik-adik semester 1 semasa perkataan Islamic circle dilontarkan buat kali pertama oleh sang murrabi kecil bagiku…iaitu
ketua Exco Dakwah dan Tarbiyah Perkim Subhana Mufti bertempat di Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia bersempena program 1st Step . oleh yang
demikian, selaku insan yang turut sama mengusahakan Islamic circle a.k.a Usrah
moleklah sedikit pencerahan kepada adik-adik yang masih samar akan perkataan
U.S.R.A.H ini…selamat membaca… ^_^
Sekarang saya akan terangkan beberapa perkara mengenai usrah, antaranya :
1 : Pengertian usrah
2 : Matlamat usrah
3 : Sejarah usrah
4 : Rukun-rukun usrah : Ta'aruf, tafahum, takaful
5 : Adab-Adab usrah
PENGERTIAN USRAH
Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslim) yang beriman dengan Allah s.w.t, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan islam (Ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan islam.
MATLAMAT USRAH
1 :Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran islam yang syumul.
2 : Mengukuhkan semnagat ukhuwwah islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
3 : Menambahkan penghayatan islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam.
4 : Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam, beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t.
SEJARAH USRAH
Sejarah usrah bermula pada zaman Rasullullah s.a.w, apabila orang yang memeluk islam meningkat kepada 50 lelaki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
RUKUN-RUKUN USRAH
Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun usrah tersebut ialah :
1 : Al-Ta'aruf (Berkenalan)
2 : Al-Tafahum (Persefahaman)
3 : Al-Takaful (Bantu-membantu / perseimbangan)
1 :Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran islam yang syumul.
2 : Mengukuhkan semnagat ukhuwwah islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
3 : Menambahkan penghayatan islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam.
4 : Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam, beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t.
SEJARAH USRAH
Sejarah usrah bermula pada zaman Rasullullah s.a.w, apabila orang yang memeluk islam meningkat kepada 50 lelaki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
RUKUN-RUKUN USRAH
Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun usrah tersebut ialah :
1 : Al-Ta'aruf (Berkenalan)
2 : Al-Tafahum (Persefahaman)
3 : Al-Takaful (Bantu-membantu / perseimbangan)
Al-Ta'aruf (Berkenalan)
Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam naungan ruh Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasullullah s.a.w, bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu........" (Al-Hujuraat : 10)
firman Allah seterusnya :
"....dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah......." (Ali-Imran : 101)
Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud :
"seseorang mukmin bagi mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.:"
Sabda Rasullullah s.a.w :
"Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.:
Sabda Rasullullah s.a.w :
"Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal, maka seluruh tubuh akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam."
Al-Tafahum (Persefahaman)
Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau
persefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada
kebenaran, iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan
segala laranganNYA. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnya
samada benar-benar telah menunaikan perintah Allah s.w.t. atau menderhakai
perintahNYA. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah nasihat menasihati
antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain.
Dalam memberi nasihat, yang diberi
nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya dan berterima kasih
atas nasihat tersebut, manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka
terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar
jarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara
yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi
nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi
nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu
selama sebulan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya
kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika
merasa tidak terdaya untuk memperbaikinya.
Dalam apa jua keadaan sekalipun,
janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah
tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku
apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah
menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat. Ini
kerana martabat "berkasih sayang kerana Allah" adalah setinggi-tinggi
martabat kasih sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat
penting dalam agama islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasullullah s.a.w yang
bermaksud. "Agama itu adalah nasihat".
Al-Takaful (Bantu-membantu /
perseimbangan)
Al-Takaful atau bantu-membantu
adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar dan terdampar.
Dasar Al-Takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang
iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukun al-takaful
ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-menziarahi dan
saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasullullah s.a.w yang
berbunyi :
"Sekiranya seseorang kamu
berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya
daripada beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku ini."
Kesimpulannya, adalah menjadi
tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun
usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya mempercayai dan
menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula, laksanakanlah amanah
dan tugas ini dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah
dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah
Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
Berusrah
(muslimin)
PENGISIAN
USRAH
Setiap individu mempunyai kewajipan
yang banyak berbanding dngan masa yang ada, tambahan lagi bagi seseorang yang
berada dalam jalan perjuangan islam. Oleh itu, pertemuan usrah hendaklah
dipenuhi dengan perkara-perkara berikut :
*Membentangkan permasalahan dan
kesalahan
Setiap ahli usrah hendaklah
membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian saudara yang
lain turut mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut.
Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata-mata kerana Allah
s.w.t. Sabda Rasullullah s.a.w :
"Orang mukimin itu adalah
cermin bagi saudaranya."
Sabda Rasullullah s.a.w seterusnya
yang bermaksud :
"Perbandingan orang-orang yang
beriman dalam berkasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka, dan rasa
simpati mereka adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan
mengadukan hal maka seluruh anggota yang lain turut mengganggunya dengan
berjaga malam dan merasai demam."
*Bermuzakarah
Kita digalakkan bermuzakarah iaitu
bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat islam. Hendaklah menatap
risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah
ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Muzakarah hendaklah merupakan
penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara
menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.
*Kajian buku
Kita juga digalakkan mengadakan
kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu
kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi
kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara-perkara
sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam talimat-taklimat usrah.
*Program tambahan
Dalam usaha mengukuhkan ikatan
persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat
:
(a) mengadakan lawatan ke
tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
(b) Mengadakan perkelahan riadhah
pada setiap hari.
(c) Berpuasa dan berbuka puasa
bersama-sama seminggu atau dua minggu sekali.
(d) Sembahyang berjemaah
bersama-sama di surau atau masjid.
(e) Berusaha untuk bermalam
beramai-ramai dan berqiamullail.
Berusrah
(muslimat)
ADAB-ADAB
USRAH
1 : Mengikhlaskan niat semata-mata
kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya : katakanlah :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah
taala." (Al-an'aam : 162)
2 : Datang ke tempat usrah tepat
pada waktu yang ditetapkan.
3 : Meminta izin untuk masuk dan
keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah.
4 : Datang ke majlis usrah dalam
keadaan berwudhu' dan suci tubuh badan.
5 : Datang ke majlis usrah dengan
persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Quran, teks usrah
dan buku catitan.
6 : Hadir usrah dengan hasrat untuk
mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan
kefahaman islam.
7 : Mendahului majlis usrah dengan
Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, serta selawat ke atas
Rasullullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan Surah al-Asr dan Tasbih
Kaffarah dengan bertadabbur maknanya.
8 : Jangan mengangkat suara yang
tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta
tidak banyak bertengkar.
9 : Sentiasa berusaha untuk
merapatkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan ahli usrah.
10 : Berada dalam keadaan sopan
santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.
11 : Bersalaman dan bermaafan
selepas selesai usrah.
Alhamdulillah, ini lah serba sedikit
yang mampu saya huraikan di runagan ini tentang usrah, segala kesilapan dan
kekuranagn adalah kelemahan daripada saya sendiri, oleh itu jika terdapat
sebarang kesilapan dalam penulisan di atas harap dimaafkan. Teguran membina
amatlah dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan pada penulisan ini, Akhir kata,
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan
menziarah blog ini, semoga sama-sama mendapat manfaatnya... JOM USRAH!!
assalamualaikum...saya sangat minat usrah.saya pernah join masa belajar dan harap dapat teruskan sehingga sekarang tapi da tak boleh buat semua tu sebab tak tahu dah nak join kat mane. nak pergi tempat yang ade usrah pown tak mampu.Macam mane nak dapatkan sesuatu tempat walaupun hanya secara online untuk mendapatkan ilmu yang didapati semasa usrah dijalankan?
ReplyDelete