Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat
llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk
bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para
tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman
kini.
Alhamdulillah, pada 7 Disember 2012 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah bersidang
untuk Mesyuarat Agung Kelab kali ke-14 . Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat Agung Kelab kali ini berlangsung selama
hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula seawal 9 pagi. Turut dihadiri oleh
penasihat kelab iaitu Ustaz Ridhuan Boss dan mahasiswa-mahasiswa kampus yang
turut sama memeriahkan majlis.
Majlis berlangsung lancar dengan pembentangan aktiviti
tahunan oleh Setiausaha Agung saudara Farid dan pembentangan laporan kewangan
oleh saudara Zulfadli. Majlis diselang-selikan dengan beberapa tayangan video
aktiviti dan video shaff kepimpinan lepas.
Gimik peralihan dan pelantikan shaff kepimpinan baru Kelab
Perkim UUM telah diketuai oleh YDP Kelab Perkim UUM sesi 2011/2012 dan YDP
Kelab Perkim UUM sesi 2012/2013 dengan menandatangi warkah perjanjian. Bacaan
ikrar shaff kepimpinan baru Kelab Perkim UUM sesi 2012/2013 telah diketuai
sendiri oleh saudara Abdullah Zawawi.
Majlis menjadi menarik dengan nafas baru dengan ucaptama
saudara Abdullah Zawawi menjadi simbolik karisma beliau dengan wawasan yang
ditetapkan dalam membawa Kelab Perkim UUM kepada sebuah badan dakwah di bumi
UUM,Sintok ini kepada bukan sekadar menumpukan dakwah kepada Muslim sahaja
malah kembali kepada matlamat PERKIM itu sendiri.
Berikut merupakan sebahagian ucaptama saudara Abdullah
Zawawi dalam merangka Biah Solehah itu tercapai :
Suka untuk saya umumkan kepada hadirin sekalian, empat
matlamat utama Kelab PERKIM UUM yang saya gariskan sebagai ukuran bagi
meneruskan kelangsungan kepimpinan sedia ada. Matlamat ini dipecahkan kepada 2
bahagian yang terdiri daripada 2 matlamat jangka pendek dan 2 matlamat jangka
panjang.
Matlamat jangka pendek:
1)
Melengkapkan ilmu untuk berdakwah kepada non-muslim
2)
Menghiasi diri dengan akhlak
islamiyyah yang sempurna
Matlamat jangka panjang:
1)
Peluang dakwah dapat disampai kepada
non muslim tanpa takut dan prejudis
2)
Melahirkan “Islamic Icon” atau
“Islamic Role Model” kepada warga UUM
Insya-Allah fokus kepimpinan
dalam Kelab PERKIM ini tidak hanya bersandarkan kepada program forum, ceramah,
dan bengkel semata-mata. Kita akan bangunkan ‘’Roh Islam’’ sesuai dengan
kemampuan ahli masing-masing untuk mengekalkan profesionalisme sedia ada. Dengan
harapan akan lahirlah seorang pendakwah yang hebat ilmunya dan tinggi adab
bicaranya, tenang berhujah dan Allah menjadi sebaik-baik pemberi ilhamnya,
berakhlak mulia bijak mengawal apa jua keadaan di hadapannya, dan akhirnya
individu yang hebat dalam segenap bidang yang diceburi dengan meletakkan Allah
sebagai sebaik-baik sandarannya. – Yang Di Pertua Kelab Perkim UUM sesi
2012/2013
Sebagai
kesimpulan, Rasulullah SAW bersabda, كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ"”
(setiap
kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas
kepemimpinannnya.)
“Memperkasa
Biah Solehah”
Peralihan Yang di Pertua
Shaff Kepimpinan sesi 2012/2013
Abdullah Zawawi (Yang Di Pertua Kelab Perkim UUM 2012/2013)
*gambar lain sewaktu majlis :
No comments:
Post a Comment