Sahabat PERKIM

Saturday, October 15, 2011

PERKIM Day Out siri ke- 2 memupuk persaudaraan warga kampus UUM

  Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pelaksana program PERKIM Day Out " Lestari Siswa Sihat" yang telah berlangsung di Padang Ragbi Pusat Sukan UUM, pada hari Jumaat bersamaan 14 Oktober 2011. Program PERKIM Day Out kali ini merupakan program kesinambungan program PERKIM Day 2010. Malah akan menjadi program tradisi Kelab PERKIM UUM secara tuntasnya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi  pada pagi Jumaat yang mulia, telah memberi kami kekuatan untuk menjayakan majlis seperti yang dirancang tanpa sebarang kesulitan. Program bergerak seawal 8 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.



 Pengarah program PERKIM Day Out, saudara Izzat bin Mohd Alwi dalam ucapannya berkata : Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan PERKIM Day Out kali ini..terutamanya barisan AJK pelaksana yang bertungkus- lumus merealisasikan program, terima kasih tidak terhingga buat semua MT & exco-exco kelab yang sudi turun padang memeriahkan suasana, tak lupa juga buat mantan-mantan Kelab PERKIM yang turut hadir bersama, mohon maaf sekiranya terdapat  kekurangan dan kelemahan dari pihak kami sendiri. Segala bimbingan, teguran dan tunjuk ajar amatlah diharapkan.

 Program dimulakan dengan sedikit tazkirah ringkas dari exco Dakwah & Tarbiah Kelab PERKIM UUM yang telah disampaikan oleh saudara Mohd Asyraf Tajuddin.



  Antara pertandingan  yang diadakan adalah seperti pahlawan perkim, bola beracun, boling kelapa, siapa paling jauh dan tarik tali. Alhamdulillah gelagat para peserta menghiburkan hati dan memeriahkan suasana. Gelak dan tawa buat kami tidak kering gusi sepanjang program berjalan.

seronoknyee..tgk..


pertahankan belon masing-masing...

isi..jangan..tak isi....^_^

ni bukan lari dalam guni...lompat dalam guni ni...



tarik tali






 Seterusnya acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menjuarai tempat pertama, kedua dan ketiga dan pemberian cenderahati kepada setiap peserta. Majlis bersurai sesudah makan tengah hari. Keletihan jelas terpancar di riak wajah semua peserta, tetapi berbekalkan semangat yang ada telah memadam semua kepenatan dan diganti dengan kegembiraan. InsyaAllah, diharapkan objektif program PERKIM Day Out tercapai untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang cergas dari segi rohani dan jasmani.

  InsyaAllah kepada semua ahli kelab Perkim...jangan lupa hadir ke program Tautan Ukhwah Ahli Kelab PERKIM UUM sesei 2011/2012 yang akan datang pada 18 Oktober 2011...


oleh: wartawan kelab PERKIM UUM  

Sunday, October 9, 2011

Pendaftaran Ahli Kelab PERKIM UUM sesi 2011/2012

 

Makluman Pendaftaran Ahli Kelab PERKIM UUM sesi 2011/2012


Salam Ukhwah dari Kelab PERKIM UUM....

Kelab PERKIM UUM ingin mengajak semua pelajar baru (semester 1) mengunjungi Booth PERKIM bagi mendaftar sebagai ahli PERKIM yang sah.

Dan mohon juga kepada pelajar lama yang telah mendaftar sebagai ahli PERKIM supaya membuat pendaftaran baru bagi mengupdate maklumat terkini anda seperti mana yang kita sedia maklum telah berlaku pertukaran DPP semester ini. Hal ini adalah bertujuan mengemas kini rekod baru.

Pendaftaran boleh dibuat semasa HOPE DAY, butiran lanjut seperti di bawah:

Tarikh: 11-13 Oktober 2011
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Foyer Library

                                              
Aktiviti yang akan diadakan semasa HOPE DAY:


1) Pameran dan penerangan
2) Teka-teki
3) Cabutan Bertuah
4) Kuiz
5) Edaran Risalah kelab Perkim
6) Pemberian sagu hati kpd ahli baru
7) Kad keahlian
8) Promosi Program
9) Pengambilan AJK-AJK program

Pelbagai aktiviti telah dijayakan pada tahun ini dan InsyaAllah program-program semester ini bakal dijalankan dengan baik. Semoga perancangan yang telah disusun berjalan dgn lancar. Dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah

_________________________________

Takwim PERKIM UUM 2011

Januari
Tautan Ukhwah Perkim UUM

Febuari
Kempen Kesedaran Kampus “Operasi Sayangi Remaja” (Valentine Day 2011) Di Pulau Pinang

Siswa Tauladan: Akhlak mencerminkan keperibadian siswa

Mac
Hari Ekspresi Muslimat

Lawatan Korporat bersama TNC

Forum Keusahawanan Islam

Bengkel asas penulisan

Kelas Pemantapan Akhklak

Seminar Keusahawanan Islam

April
Ziarah Hospital Alor Setar

Bengkel Kesetiausahaan

Perjumpaan Bersama Ahli PERKIM

Berzanji dan Marhaban” Pengerak Kebudayaan Islam”

Jalinan Mesra " Bersama Membina Tautan Ukhwah"
Jamuan PERKIM bersama penyelaras dan penasihat

Bengkel Pengorganisasian Taman Syurga Dunia

Mei
Sinar Gemilang 8 : “Dalam Melakar Generasi Berilmu “Di Kampung Orang Asli Selaoi Grik. Perak

Julai
Program Amal Mahasiswa 2011“Keintelektual Menjana Aspirasi Di Kampung Baram, Miri Sarawak

September
Kembara Ziarah Masyarakat Islam Thai Di Bukit Kayu Hitam

Gerai Air Minuman PERKIM Sempena pesta konvo 2011

Perkampungan Sintok dan khemah Ibadah

Program Siswi Idaman &Princess Day

Oktober
Hope Day “Kunjungi Booth PERKIM”

The Law of Attraction

PERKIM Day Out “Lestari Siswa Sihat”

Tautan Ukhwah Menjana Aspirasi (TUMA)

Program Kepimpinan Siswi

November
Jelajah Kebajikan:

-PUSBA

-Penjara Sg.Petani

-Hospital Sultan Abdul Halim

-Rumah Sri kenangan

Minggu Penghayatan Islam 2

Kursus Ibadah Saudara Baru: “Ayuhlah Bersolat”

Mesyuarat MAMPU
Disember
Misscall 2011
Bicara Hati 2
Sinar Gemilang 9

Januari 2012
Lawatan Korporat Mahasiswa 2011

AGM PERKIM UUM ( Kepimpinan 2013/2014)

________________________________________
Ayuh daftarlah sebagai ahli Kelab PERKIM UUM semasa HOPE DAY!!!!!

Segala pertanyaan bolehlah hubungi:

s/u: saudara muhammad Zulfarid (0136026816)
 @
timb.s/u: Anis sakinah (0134045246)

Kerjasama dari anda semua amatlah kami hargai….


~PERKIM DEKAT DI HATI~ ^^

Jom jadi sahabat PERKIM






Bertebaran mencari rezeki

Alhamdulillah syukur dan puji ke hadrat Ilahi yang maha memberi rezeki kepada hamba-hambaNya…..dan sebagai manusia, kita seharusnya bertebaran mencari rezeki dengan usaha dan kemampuan yang ada kerana setiap insan telah ditentukan rezekinya masing-masing….dan yang paling penting usahlah kita culas dalam pekerjaan yang dilakukan mahupun bermalas-malasan dalam mencari rezeki. Dan perlu diingatkan dalam mencari rezeki, wajib ke atas kita mencari rezeki yang halal yang telah digariskan oleh Islam dan menghindarkan diri daripada terjebak dengan memperolehi rezeki yang syubhah lagi haram. Rezeki yang halal akan diberkati oleh Allah sama ada kecil atau besar rezeki yang diterima oleh seseorang adalah telah ditetapkan oleh Allah, kita seharusnya tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.
sebagaimana sabda Rasulullah saw,”…
      Bertakwalah kepada Allah dan perindahlah didalam mencari (rezeki). Janganlah keterlambatan rezeki menjadikanmu mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah
     “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (QS. Ar Ra’du : 26)
Bertepatan dengan itu, maka kelab PERKIM UUM  baru-baru ini telah mencapai hasratnya untuk mencari pendapatan sendiri dan mengambil peluang untuk menjana pendapatan Kelab dengan menyertai Pesta Konvo 2011 dengan membuka gerai air minuman.Selain itu juga antara jualan yang banyak menarik pengunjung ke gerai PERKIM adalah sajian istimewa Ais Blended dan Ais Kacang.



Tempoh selama 9 hari sudah cukup untuk kami merasakan pengalaman berniaga dan yang paling penting ukhwah sesama ahli dapat dieratkan. Gerai ini bermula pada 28 September dan selamat melabuhkan tirainya pada 7 Oktober 2011. Peniaga-peniaga terdiri dalam kalangan MT dan Exco-exco Kelab sendiri yang mana ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Waktu gerai ini beroperasi seawal jam 11.00 pagi-12.00 malam.

Alhamdulillah..kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai dan ditambah dengan ragam pembeli yang telah berkunjung ke gerai telah mewarnai hari-hari kami di sana

semoga kita terus berusaha dalam menjalankan apa jua aktiviti, dan apa yang paling penting..jadikan Allah sebagai majikan kita yang utama.
Wallahua’lam.

Monday, September 19, 2011

Mahasiswa bersama masyarakat

Pada 18 September 2011 baru-baru ini, satu delegasi Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia(UUM) telah pergi ke satu kawasan penempatan saudara-saudara baru di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Delegasi diketuai oleh Yang Di-Pertuanya, saudara Khalifa Omar Abdullah dan barisan ahli Majlis Tertinggi Kelab Perkim UUM.

Sdr. Khalifa Omar sedang menyampaikan ucapan



Kehadiran delegasi ini disambut baik Tuan Haji Sulaiman, wakil Perkim kawasan Bukit Kayu Hitam. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada Kelab Perkim UUM atas keprihatinan untuk membantu saudara-saudara baru. 

Pada pertemuan ringkas dalam keadaan hujan yang renyai tersebut, Kelab Perkim UUM telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa barang keperluan dapur kepada kesemua saudara baru yang berjumlah 28 orang.

Ahli MT Perkim UUM sedang menemubual saudara baru

Sdri. Miska sedang mengagihkan sumbangan


Akhirnya, Kelab Perkim UUM mengharapkan akan ada banyak lagi badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) untuk tampil membantu saudara-saudara baru ini terutama badan-badan Islam kerana kuatnya Islam itu adalah atas kesatuan yang kukuh di kalangannya.

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang

Monday, September 12, 2011

Jadilah seperti Malik Bin Dinar

Sama-samalah  kita mencari keredhaanNYA.
Tarbiah time..(^_^)


Bismillah wal hamdulillah,

Maha suci ALLAH yang mencipta manusia untuk beribadah kepadaNYA.Apa khabar mahasiswa-mahasiswi sekalian.Bagaimana perjalanan hari menuju kejayaan?Semoga semuanya beroleh kesenangan dan dipermudahkan urusan.Kita hanya merancang tuhan jualah yang menentukan kerana sebaik-baik pengurusan adalah yang diuruskan olehNYA.Kita pula hanya mampu berusaha dan berusaha.Jangan pula lupa berdoa untuk mendapatkan keredhaan dariNYA.Betul tak sahabat UUM semua..??

Dalam kita sibuk mengejar kejayaan di dunia,jangan lupa pula teman-teman akan kejayaan di akhirat kerana disitulah penghujung kehidupan kita.Kalau asyik mengejar kejayaan di dunia,kejar pointer,kejar pangkat,harta dan yang berkaitan dengannya,tak ke rugi kita nanti.Biarlah seimbang antara keduanya.Berjaya di dunia dan di akhirat sana.


Hayya alassolah..........hayya alalfalah........

Apa maksudnya??
(^_^)..maksudnya..marilah menunaikan solat...marilah menuju kejayaan.
Kenapa di mulakan dengan hayya alassolah dan kenapa tidak dimulakan dengan hayya alal falah??Cuba tanya ustaz-ustazah yang ada di UUM ni.InsyaALLAH,kita akan lebih mengerti dan kenapa tidak di terangkan di dalam blog ini?^_^,kekadang,apa yang ditulis dalam blog or sebagainya,kita kurang fahami dan kekadang kita kurang mengerti.


Ada satu cerita ni..sahabat semua nak tahu?Teruskan pembacaan anda.^_^

Di tengah kesunyian malam,Malik bin Dinar berkata:Wahai Tuhanku,Engkaulah satu-satunya zat yang mengetahui mana penghuni syurga dan penghuni neraka.Diantara golongan itu,termasuk yang manakah aku?Apakah aku termasuk golongan syurga atau termasuk penghuni neraka?


Sahabat,Kita pula bagaimana?Dia seorang yang kuat beribadah.Kita,yang selalu melakukan maksiat,yang selalu tinggalkan apa yang disuruh,yang selalu membuat apa yang dilarang,lalai untuk bersujud,leka dengan keindahan dunia dan sebagainya,adakah pernah saat kita bersendirian,berseorang,solan ini muncul dalam benak kita?Pernahkah terasa seperti apa yang Malik bin Dinar rasa?Jika benar,memang.....memang kita seorang yang leka.Oleh itu bersemangatlah dan bermujahadahlah kepada ALLAH dengan bahasa,pemahaman dan cara sahabat-sahabat UUM sendiri.Janganlah memilih kata-kata berdasarkan perasaan atau keinginan ,kerana semua ini tidak dinilai,yang dinilai adalah kemampuan ungkapan itu dalam mencucurkan air mata.



Wahai sahabat

Janganlah menjadikan tabir pemisah antara diri sahabat dengan ALLAH kerana sebenarnya,pintu syurga sudah terbuka.sahabat semua hanya tinggal untuk mengetuknya.Ketahuilah,bahawasanya,sesiapa yang dapat mengetuk pintu itu,maka pintu itu akan hampir terbuka untuknya.Jadilah seperti Malik bin Dinar.


Semoga kita semua menjadi hambanya yang berjaya di dunia juga di SANA.Tiada yang indah selain memasuki syurgaNYA ..

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Eidilfitri 1432 H








Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal. Didoakan Allah menerima ibadah kita dan memperkenankan keampuanan kepada kita seterusnya mampu menaikkan tahap kecelikan hati kepada taqwa.

Friday, August 19, 2011

Keistimewaan 10 Terakhir Ramadhan & Lailatul Qadar


Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutup tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersamanya.


Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadhan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?


Di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari 
malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!



Itulah dikenali sebagai malam lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah SAW mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT sambil diikuti oleh para sahabat RA.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.
Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.



Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: maksudnya “ Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan beriktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (Hijrah) hingga ia meninggal dunia”
‘Aisyah R.’anha meriwayatkan:
كان النبي صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر من رمضان ، ما لا يجتهد في غيرها

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadhan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim)
Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah RA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم ” كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.”
“Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’.

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)
Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman:
“Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Yaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5)
Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).


Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:
يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ ” إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة ” وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى ” شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن


Maksudnya: “Allah taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)
Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”, membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya.
Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun.

Kelebihan malam al-Qadr
1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:
أنزل الله القرآن جملة واحدة من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصلاً بحسب الوقائع في ثلاث وعشرين سنة على رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)


2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)


3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3)


4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.


5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:
ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah berlakunya malam al-Qadr
1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)
2. Sepluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر
Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR 
al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.