Sunday, October 14, 2012
Thursday, October 4, 2012
Ukhwah Islamiah
UKHUWAH ISLAMIAH
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ
أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat : 10)
Dan
orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada
pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada
orang-orang yang berhijrah itu; "dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan
dan amat berhajat." Dan
(ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr : 9)
Bila saja menuturkan satu
perkataan iaitu "ukhuwah" selalu sahaja dibayangi perkataan ini hanya
sesuai untuk golongan-golongan masjid, golongan-golongan pak ustaz-ustazah, golongan-golongan
yang dikatakan lebai , wara' dan sebagainya. Ini membuatkan kita kekal buta
serta tuli akan maksud "ukhuwah" yang sebenar, hanya disebabkan pemikiran
sempit dan statik ini. Dan penyelasaian kepada permasaalahan ini adalah
antaranya seperti berikut :
1- Kaji maksud ukhuwah yang sebenar :
Ukhuwah yang biasa
diartikan sebagai "persaudaraan", terambil
dari akar kata
yang pada mulanya berarti "memperhatikan". Makna asal ini memberi
kesan bahawa persaudaraan mengharuskan
adanya perhatian kepada semua
pihak yang merasa bersaudara.
dan Ukhuwah Islamiyyah ialah persaudaraan yang bersifat Islami atau yang mengikut ajaran Agama Islam.
2- Lihat apa yang ada di dalam Ukhuwah Islamiah :
Terdapat tiga peringkat
ukhuwah, jika berpegang dan aplikasikan dalam persahabatan, insyaAllah
kebahagiaan dalam berukhuwah kerana Allah taala yang kita inginkan akan
tercapai iaitu:
1.
Berlapang dada
2.
Sama-rata
3.
Ithar (Melebihkan Sahabat)
Berlapang
dada
Dalam kita bersahabat, kita tidak boleh lari dari perasaan kurang senang dengannya atau mungkin juga terasa hati dengannya. Tetapi jika kita benar ingin menjaga ukhuwah antara kita dan sahabat, perlu bagi kita untuk berlapang dada dengan bersangka baik terhadap sahabat kita. Su'uzon atau bersangka buruk terhadap sahabat sendiri adalah virus yang sangat bahaya dalam sesuatu persahabatan. Andai ingin menegur gunalah medium yang sesuai mengikut sifat dan peribadi sahabat kita itu. Sekiranya peringkat pertama pun kita belum kuasai, hanya angan-angan untuk kita mencapai peringkat kedua.
Sama-rata
peringkat
kedua dalam peringkat ukhuwwah ialah bersikap sama-rata dengan
sahabat kita. Sebagai contoh apa yang kita ada, kita akan pastikan sahabat kita
juga ada benda yang sama atau sama dari segi nilai. Dalam peringkat ini kita
sudah mampu bertolak-ansur dengan sahabat kita. Kita sudah mampu bersikap adil
dan tak berkira dengan sahabat kita. Sehingga sampai satu tahap apa yang kita
ada, kita akan pastikan sahabat kita pun ada. Mampukah kita jadi sebegitu?
Ithar
(Mengutamakan Sahabat)
Peringkat
tinggi dalam kita berukhuwwah ialah ithar. bermaksud kita mengutamakan
sahabat kita lebih dari diri sendiri. Contoh tentang ithar ni ialah pada sirah
ketika dalam suatu peperangan yang mana ada tiga orang sahabat yang tercedera
dalam peperangan tersebut. Kesemua mereka dahagakan air. Ketika sahabat yang
pertama ini dahaga, dihulurkan air kepadanya dan apabila diberi minuman
tersebut, dia terdengar sahabat kedua disebelahnya juga dalam keadaan dahaga,
lalu sahabat pertama ni menolak minuman itu lalu meminta supaya air itu diberikan
kepada sahabat di sebelahnya itu. Sama juga keadaannya dengan sahabat yang
kedua memberi air tersebut kepada sahabat yang ketiga dan kerana itu
ketiga-tiga mereka telah syahid dalam peperangan tersebut. Walaupun mereka
dalam keadaan sungguh mencabar masih lagi mereka mengutamakan sahabat mereka.
Inilah peringkat tertinggi dalam berukhuwwah. Dah sampai tahap ini kah kita
dalam bersahabat? Tepuk dada tanya iman.
Jangan kita hanya mengucapkan tapi kita tak pernah berusaha untuk mencapainya. Ukhuwah yang berlandaskan syariat agama sangat indah bila kita dapat kecapi.
Jangan kita hanya mengucapkan tapi kita tak pernah berusaha untuk mencapainya. Ukhuwah yang berlandaskan syariat agama sangat indah bila kita dapat kecapi.
Al-Hadis
-Tidak beriman seseorang di antara mu hingga kamu
mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri-
(HR.
Bukhari & Muslim)
MUTIARA KATA :
"Terikatnya hati-hati dengan
ruh-ruh ini dengan ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah paling kuat dan
mahal. ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan
yang pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih-sayang.
Serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi-tingginya adalah ithar (melebihkan kepentingan
saudara lain) "
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Friday, September 21, 2012
Kem 1st Step
Assalamu'alaikum
w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah
kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini.
Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka
nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.
Alhamdulillah,
pada 13 dan 14 September 2012 yang lalu, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia
Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah bejaya menganjurkan sebuah program ‘’Kem
1st Step’’ dengan jayanya bertempat di Masjid Sultan Badhlishah dan Dewan Seminar
Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari daripada
jam 5 petang(13 September) sehingga 11 malam(14 September).
Para peserta yang terlibat lebih
kurang dalam 250 orang di mana terdiri daripada pelajar-pelajar baru semester
pertama dari pelbagai Dewan Penginapan Pelajar (DPP) mahupun kolej yang
berbeza-beza. Penyertaan yang luar jangka sehingga memenuhi ruang dewan kuliah.
‘’Kem 1st
Step” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran awal kepada
pelajar baru semester pertama akan cara hidup sebagai mahasiswa Islam di dalam
kampus UUM. Sepanjang kem berlangsung
peserta disaratkan dengan input yang berguna seperti ceramah oleh Ustaz Zubir
salah seorang kakitangan Universiti Utara Malaysia merangkap Imam di Masjid
Sultan Badhlishah yang bertajuk “Islam sebagai Ad-Din” dan tidak kurang
hebatnya penyampaian daripada Ustaz Hafiz pensyarah kolej COLGIS bertajuk
“Cabaran sebagai Mahasiswa”.
Selain itu,
para peserta juga dijamah dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan
memberi peluang kepada peserta menonjolkan kebolehan masing-masing. Selain
santapan rohani seperti Qiamullail,tazkirah subuh dan solat sunat dhuha mengisi
sentuhan rohani untuk para peserta.
Dengan
terlunasnya “Kem 1st Step” ini, harapannya agar wujud dan lahirnya mahasiswa-mahasiswi
berjiwa Islami dalam jiwa-jiwa pelajar baru semester pertama ini untuk
dijadikan landasan qudwah dalam merencana diri menjadi sang penerus perjuangan
Islam di bumi ini. Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti.
~Sedikit coretan gambar buat
tatapan~
~Memperkasakan Biah Solehah~
Wednesday, September 5, 2012
Selamat Datang
Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.
Pada 3 September 2012 yang lalu, Universiti Utara Malaysia telah menerima kemasukan pelajar baru sebanyak 4076 orang.
Kelab PERKIM UUM mengucapkan SELAMAT DATANG kepada kesemua mahasiswa mahasiswi sesi 2012/2013 yang berjaya meneruskan pengajian di menara gading. Sudah tentu kegembiraan ini bukan sahaja dirasai oleh mahasiswa mahasiswi,bahkan keluarga mereka.
Diharap mahasiswa mahasiswi kemasukan kali ini terus bersemangat menuntut ilmu bertepatan dengan tuntutan Islam yang mensyariatkan wajib untuk menuntut ilmu malah Allah meninggikan pula darjat penuntut ilmu.
''...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - surah Al-Mujaadalah ayat 11.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, menuntut ilmu juga perlu ikhlas dan langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.” - riwayat Ibn Hibban
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda Nabi mengingatkan “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Dan niat menuntut ilmu kita sentiasa betul.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” - surah Muhammad ayat 7.
Sehubungan dengan itu, seluruh kepimpinan Kelab PERKIM UUM sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para musafir ilmu ke bumi Sintok dengan harapan agar ilmu yang kita pelajari dapat dimanfaatkan untuk Islam di negeri kita nanti.Mudah-mudahan doa dan nasihat yang ibu bapa kita titipkan mengiringi kita sepanjang hayat dan kesempatan yang diberikan kepada kita.
~Bersama Memperkasakan Biah Solehah~
Subscribe to:
Posts (Atom)

