Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Bual Bicara Suara Hidayah



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 18 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Bual Bicara Suara Hidayah. Bertempat di Perkarangan Dewan Penginapan Pelajar MAS Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula pada 8.30 malam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program ini merupakan anjuran KELAB PERKIM UUM dengan kerjasama Biro Kerohanian  DPP MAS. Program berbentuk  forum interaktif ini telah disampaikan oleh Prof. Madya  Dr. Shukri bin Ahmad iaitu salah seorang pensyarah COLGIS selain seorang penceramah jemputan iaitu, Ustaz Mahdzir bin Hanafi dan seorang wakil pelajar UUM yang telah memeluk Islam iaitu, Saudari Karen Yong Khui Ling serta telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Azry Hairie . Ceramah ini bertujuan untuk membangkitkan kembali semangat dan matlamat mahasiswa/i datang ke universiti dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di kampus Universiti Utara Malaysia khususnya.

Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah ke arah akademik dengan memberi kesedaran dan petunjuk arah kepada mahasiswa/i. Selain itu, menjadikan program ini sebagai medium kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah dengan memberikan input berkaitan kepentingan dakwah dalam kalangan pelajar UUM. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i untuk membuka minda mereka.

Antara objektif program ini adalah memberikan motivasi kepada pelajar Universiti Utara Malaysia pentingnya hidup bertoleransi serta motivasi kepada pelajar UUM akan sifat-sifat peribadi mengikut Islam, memberikan kesedaran kepada pelajar muslim UUM akan kepentingan membantu pelajar muallaf yang baru memeluk islam, dan memberikan penjelasan secara ilmiah kepada mahasiswa/i atas salah tanggapan mereka mengenai ajaran Islam yang indah.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

Bicara Siswa siri 2 : Forum "Yang Tertutup Jangan Jumud, Yang Terbuka Jangan Hanyut"



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 27 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Bicara Siswa siri 2 : Forum "Yang Tertutup Jangan Jumud, Yang Terbuka Jangan Hanyut". Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula pada 8.30 malam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program ini berkisar tentang diskusi berkaitan tajuk forum di atas, antara panel terdiri daripada wakil pelajar Universiti Utara Malaysia. Forum ilmiah ini lebih terbuka kepada perbincangan dari aspek pemikiran,aurat dan batas pergaulan.

Let's Grooming siri 1 dan siri 2



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 19 Mac 2013 dan 23 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Let's Grooming. Bertempat di Bilik Serbaguna Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada setiap sesi dan terdapat 2 siri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Dihadiri oleh barisan kepimpinan Kelab Perkim UUM bagi melatih kemahiran pengucapan awam pada setiap kepimpinan Kelab Perkim UUM.

Program ini merupakan program anjuran Exco Akademik dan Korporat Kelab PERKIM UUM dengan kerjasama Kelab Pengucapan Awam. Program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator daripada ahli Kelab Pengucapan Awam yang diketuai oleh saudara Mohd Azry Hairie sebagai pengerusi kelab. Bengkel ini bertujuan untuk membina keyakinan ahli kelab sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar serta boleh melahirkan pemimpin yang berani untuk tampil bercakap dalam kalayak ramai.


Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha mempertingkatkan kualiti dan kredibiliti ahli kepimpinan kelab ini sendiri dalam berorganisasi sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar terutamanya. Di samping itu, ia bertujuan untuk menerapkan keyakinan yang mantap sekaligus untuk mencapai matlamat dan sasaran kelab. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada kepimpinan kelab terutama barisan majlis tertinggi dan exco-exco khasnya serta ahli-ahli kelab amnya.

Antara objektif program ini memberi nilai tambah kepada mahasiswa sebagai pemimpin yang berkemahiran dalam komunikasi dan perhubungan awam, membina keyakinan kepimpinan kelab untuk melahirkan sifat positif dalam diri, menggilap bakat dan meningkat kredibiliti diri, dan membentuk personaliti dan meningkatkan imej diri.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

Muslim Youth Camp



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 7-8 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Muslim Youth Camp. Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 2 hari.bermula pada hari Khamis. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program MUSLIM YOUTH CAMP Kelab Perkim UUM merupakan program untuk mengeratkan lagi ukhwah antara Kelab Perkim UUM dan mahasiswa baru di samping membentuk jati diri Islam sejati yang berilmu dan bertaqwa dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Melalui program ini Kelab Perkim UUM akan lebih berkeyakinan untuk melahirkan mahasiswa yang  efektif dan juga proaktif kerana program ini turut menekankan beberapa aspek penting dari sudut rohani dan jasmani. 

Program ini merupakan satu kaedah  bagi Kelab Perkim UUM dalam usaha untuk memperkenalkan Kelab Perkim pada mahasiswa dan memantapkan lagi ukhwah dalam  kalangan ahli Kelab Perkim itu sendiri khususnya kepada ahli-ahli baru melalui pengisian-pengisian yang diberikan serta memberi pengetahuan yang mendalam mengenai kelab ini bagi menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada seluruh mahasiswa UUM. Kekuatan tali persaudaraan  yang utuh sesama ahli  itu sangatlah penting bagi memupuk individu yang benar-benar ikhlas dan berazam menyebarkan risalah Islam serta menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. 

Antara objektif program ini memberi pengenalan mengenai Kelab Perkim UUM kepada mahasiswa, memberi pendedahan dan gambaran yang jelas tentang cabaran hidup sebagai mahasiswa Muslim di kampus serta membina keyakinan diri yang utuh dalam diri para peserta demi mewujudkan biah solehah di dalam kampus selari dengan Visi Kelab PERKIM, memberi pemahaman kepada peserta mengenai kepentingan mengaplikasikan Islam dalam kehidupan seharian sebagai mahasiswa, dan membina ikatan persaudaraan sesama muslim, berdasarkan konsep Ukhuwah Fillah yang sebenar.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

Forum Silang Agama


Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 5 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Forum Silang Agama. Bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 2/1 Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Forum ini diadakan bertujuan  untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia akan keterbukaan beragama di Malaysia di samping mengeratkan silaturahim dan fahaman antara agama yang ada di Malaysia.Secara tidak langsung dapat menyebarkan dakwah kepada bukan islam tentang agama islam kepada meraka yang bukan islam.Forum ini akan membincangkan dan mengupas secara mendalam akan kepercayaan dan perbandingan agama yang ada di negara kita.

Antara objektif program ini adalah menerangkan dan mengupas dengan lebih jelas mengenai fahaman agama yang ada di Malaysia supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat saling menghormati agama yang ada di negara kita, melahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran terbuka serta mampu mengaplikasikan sesuatu maklumat, menerangkan tanggungjawab dan peranan yang harus di ambil peduli oleh  golongan mahasiswa dan mahasiswa sebagai golongan terpelajar dan berintelektual sekiranya berlaku krisis agama di negara kita, bahkan ianya juga akan menjadi salah satu kerja kursus bagi pelajar titas yang terlibat.



Diskusi Akademik "Kejar Dahulu Cita-Cita Baharu Cinta"



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 25 Februari 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Diskusi Akademik "Kejar Dahulu Cita-Cita Baharu Cinta". Bertempat di ruang solat utama Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program ini merupakan program anjuran Kelab PERKIM UUM. Program berbentuk ceramah interaktif  ini akan disampaikan oleh Dr. Aminurraashid bin Yatiban salah seorang pensyarah colgis untuk membangkitkan kembali semangat dan matlamat mahasiswa/i datang ke universiti dalam mengharungi jihad ilmu di kampus Universiti Utara Malaysia. Program turut diserikan dengan persembahan oeleh kumpulan Nasyid Uniutama UUM.

Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah dengan memberi kesedaran bahawa mengejar cita-cita itu lebih penting daripada bercinta yang menjadi lumrah kehidupan pelajar di  Universiti Utara Malaysia.Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i dalam membuka minda mereka.

Antara objektif program ini emberi motivasi kepada pelajar Universiti Utara Malaysia mengenai kepentingan menuntut ilmu dan keperluan untuk mengejar cita-cita mereka, memberi suntikan semngat kepada pelajar pada awal semester supaya merekaterus fokus dan bersemangat dalam pelajaran, memberikan penjelasan secara ilmiah kepada mahasiswa/i atas salah tanggapan mereka mengenai ajaran Islam yang indah

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

Training of Trainers



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 21-22 Februari 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program TRAINING OF TRAINERS AL- FALAH “Kepimpinan Melalui Tauladan”. Bertempat di Bilik Serbaguna Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 2 hari. Dihadiri oleh barisan kepimpinan Kelab Perkim UUM bagi melatih karakter kepimpinan untuk meneruskan kelansungan kepimpinan Kelab Perkim UUM di bumi Sintok.

Program ini merupakan salah satu wasilah perjuangan kelab PERKIM UUM dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dengan lebih luas dan berkesan dalam kalangan ahli kelab PERKIM UUM khasnya bagi kepimpinan baru yang telah dilantik yang masih memerlukan lebih banyak bimbingan dan latihan bagi meneruskan gerak kerja program dan perjuangan kelab ini. 

Antara objektif program ini menerangkan dengan lebih jelas mengenai aktiviti serta organisasi yang dibentuk oleh kelab ini pada tahun 2013, membentuk semangat kerjasama antara mahasiswa untuk membangunkan diri sendiri dalam mencapai kejayaan dalam sahsiah diri serta akademik secara menyeluruh, meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi mahasiswa Universiti Utara Malaysia, melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai moral, etika profesional dan sifat kepimpinan yang tinggi.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.