Alhamdulillah, pada 18 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Bual Bicara Suara Hidayah. Bertempat di Perkarangan Dewan Penginapan Pelajar MAS Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula pada 8.30 malam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.
Program ini merupakan anjuran KELAB PERKIM UUM dengan kerjasama Biro
Kerohanian DPP MAS. Program
berbentuk forum interaktif ini telah
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shukri
bin Ahmad iaitu salah seorang pensyarah COLGIS selain seorang penceramah
jemputan iaitu, Ustaz Mahdzir bin Hanafi dan seorang wakil pelajar UUM yang
telah memeluk Islam iaitu, Saudari Karen Yong Khui Ling serta telah
dipengerusikan oleh saudara Mohd Azry Hairie . Ceramah ini bertujuan untuk
membangkitkan kembali semangat dan matlamat mahasiswa/i datang ke universiti
dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di kampus Universiti Utara Malaysia
khususnya.
Menjadikan
program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah ke
arah akademik dengan memberi kesedaran dan petunjuk arah kepada mahasiswa/i.
Selain itu, menjadikan program ini sebagai medium kelab PERKIM UUM dalam
meneruskan usaha dakwah dengan memberikan input berkaitan kepentingan dakwah
dalam kalangan pelajar UUM. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan
mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i untuk membuka minda
mereka.
Antara objektif program ini adalah memberikan
motivasi kepada pelajar Universiti Utara Malaysia pentingnya hidup bertoleransi
serta motivasi kepada pelajar UUM akan sifat-sifat peribadi mengikut Islam, memberikan
kesedaran kepada pelajar muslim UUM akan kepentingan membantu pelajar muallaf
yang baru memeluk islam, dan memberikan penjelasan secara ilmiah
kepada mahasiswa/i atas salah tanggapan mereka mengenai ajaran Islam yang
indah.
Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.
No comments:
Post a Comment