Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.
Alhamdulillah, pada 25 Februari 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Diskusi Akademik "Kejar Dahulu Cita-Cita Baharu Cinta". Bertempat di ruang solat utama Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.
Program ini merupakan program anjuran Kelab PERKIM UUM. Program berbentuk ceramah interaktif ini akan disampaikan oleh Dr. Aminurraashid bin Yatiban salah seorang pensyarah colgis untuk membangkitkan kembali semangat dan matlamat mahasiswa/i datang ke universiti dalam mengharungi jihad ilmu di kampus Universiti Utara Malaysia. Program turut diserikan dengan persembahan oeleh kumpulan Nasyid Uniutama UUM.
Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah dengan memberi kesedaran bahawa mengejar cita-cita itu lebih penting daripada bercinta yang menjadi lumrah kehidupan pelajar di Universiti Utara Malaysia.Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i dalam membuka minda mereka.
Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

Antara objektif program ini emberi motivasi kepada pelajar
Universiti Utara Malaysia mengenai kepentingan menuntut ilmu dan keperluan
untuk mengejar cita-cita mereka, memberi suntikan semngat kepada pelajar
pada awal semester supaya merekaterus fokus dan bersemangat dalam pelajaran, memberikan penjelasan
secara ilmiah kepada mahasiswa/i atas salah tanggapan mereka mengenai ajaran
Islam yang indah
No comments:
Post a Comment