Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.
Alhamdulillah, pada 5 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Forum Silang Agama. Bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 2/1 Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.
Forum
ini diadakan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia
akan keterbukaan beragama di Malaysia di samping mengeratkan silaturahim dan
fahaman antara agama yang ada di Malaysia.Secara tidak langsung dapat menyebarkan
dakwah kepada bukan islam tentang agama islam kepada meraka yang bukan islam.Forum
ini akan membincangkan dan mengupas secara mendalam akan kepercayaan dan
perbandingan agama yang ada di negara kita.
Antara objektif program ini adalah menerangkan dan mengupas dengan lebih jelas mengenai
fahaman agama yang ada di Malaysia supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat saling
menghormati agama yang ada di negara kita, melahirkan
golongan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran terbuka serta mampu
mengaplikasikan sesuatu maklumat, menerangkan
tanggungjawab dan peranan yang harus di ambil peduli oleh golongan mahasiswa dan mahasiswa sebagai
golongan terpelajar dan berintelektual sekiranya berlaku krisis agama di negara
kita, bahkan ianya
juga akan menjadi salah satu kerja kursus bagi pelajar titas yang terlibat.
No comments:
Post a Comment