Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.
Alhamdulillah, pada 19 Mac 2013 dan 23 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Let's Grooming. Bertempat di Bilik Serbaguna Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada setiap sesi dan terdapat 2 siri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Dihadiri oleh barisan kepimpinan Kelab Perkim UUM bagi melatih kemahiran pengucapan awam pada setiap kepimpinan Kelab Perkim UUM.
Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.
Program ini merupakan program anjuran Exco Akademik dan Korporat Kelab
PERKIM UUM dengan kerjasama Kelab Pengucapan Awam. Program berbentuk bengkel ini
telah dikendalikan oleh fasilitator daripada ahli Kelab Pengucapan Awam yang
diketuai oleh saudara Mohd Azry Hairie sebagai pengerusi kelab. Bengkel ini
bertujuan untuk membina keyakinan ahli kelab sebagai pemimpin dalam kalangan
pelajar serta boleh melahirkan pemimpin yang berani untuk tampil bercakap dalam
kalayak ramai.
Menjadikan
program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha mempertingkatkan
kualiti dan kredibiliti ahli kepimpinan kelab ini sendiri dalam berorganisasi
sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar terutamanya. Di samping itu, ia
bertujuan untuk menerapkan keyakinan yang mantap sekaligus untuk mencapai
matlamat dan sasaran kelab. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan
mampu memberikan impak yang positif kepada kepimpinan kelab terutama barisan
majlis tertinggi dan exco-exco khasnya serta ahli-ahli kelab amnya.
Antara objektif program ini memberi
nilai tambah kepada mahasiswa sebagai pemimpin yang berkemahiran dalam
komunikasi dan perhubungan awam, membina keyakinan kepimpinan kelab untuk
melahirkan sifat positif dalam diri, menggilap bakat dan meningkat kredibiliti diri, dan membentuk
personaliti dan meningkatkan imej diri.
No comments:
Post a Comment