Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi
kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas
di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin
dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan
dirasai oleh ketika iini.
Alhamdulillah, pada 12 - 13 September yang lalu, Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah
mengadakan program 1st Step Camp. Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti
Utara Malaysia. Program ini berjalan selama
hampir 2 hari. Disertai oleh mahasiswa-mahasiswi kemasukan baru sesi 13/14
kampus UUM seramai lebih daripada 250 orang.
Program “First Step” Kelab PERKIM UUM merupakan program untuk mengeratkan lagi ukhwah antara Kelab PERKIM UUM dan mahasiswa baru di samping membentuk jati diri Islam sejati yang berilmu dan bertaqwa dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Melalui program ini Kelab PERKIM UUM akan lebih berkeyakinan untuk melahirkan mahasiswa yang efektif dan juga proaktif kerana program ini turut menekankan beberapa aspek penting dari sudut rohani dan jasmani.
Program ini merupakan satu kaedah bagi Kelab PERKIM UUM dalam usaha untuk memperkenalkan Kelab PERKIM pada mahasiswa baru dan memantapkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli Kelab PERKIM itu sendiri khususnya kepada ahli-ahli baru melalui pengisian-pengisian yang diberikan serta memberi pengetahuan yang mendalam mengenai kelab ini bagi menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada seluruh mahasiswa UUM. Kekuatan tali persaudaraan yang utuh sesama ahli itu sangatlah penting bagi memupuk individu yang benar-benar ikhlas dan berazam menyebarkan risalah Islam serta menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
Antara objektif program ini adalah :
1.1 Memberi
pengenalan mengenai Kelab PERKIM UUM kepada mahasiswa baru.
1.2
Memberi pendedahan dan gambaran yang jelas
tentang cabaran hidup sebagai mahasiswa Muslim di kampus serta membina
keyakinan diri yang utuh dalam diri para peserta demi mewujudkan biah solehah
di dalam kampus selari dengan Visi Kelab PERKIM.
1.3 Memberi pemahaman kepada peserta
mengenai kepentingan mengaplikasikan Islam dalam kehidupan seharian sebagai
mahasiswa.
1.4
Membina ikatan persaudaraan sesama muslim,
berdasarkan konsep Ukhuwah Fillah yang sebenar.
Sekitar gambaran sewaktu program dapat
dilihat pada pautan ini.
No comments:
Post a Comment