Assalamu'alaikum
w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan
hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi
pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan
para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan
dirasai oleh ketika iini.
Alhamdulillah,
pada 1 Julai - 4 Julai yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Sinar Gemilang 10 dengan tema "Membentuk Kepimpinan Sebenar". Bertempat
di Perkampungan Orang Asli, Selaor, Perak. Program ini
berjalan selama hampir 4 hari. Disertai oleh mahasiswa-mahasiswa kampus UUM seramai 40 orang.
Program ini merupakan program berkala yang di
anjurkan oleh Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia. Program ini merupakan
program jangka masa panjang di mana Kelab
Perkim UUM akan telah menjadikan Kampung Orang Asli
Selaor sebagai kampung angkat selama 5 tahun. Sinar Gemilang 10 adalah program
kali ke-2 kami di Perkampungan Orang Asli, Selaor.
Program ini merupakan salah satu wasilah bagi Kelab
Perkim UUM dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada
masyarakat luar bandar yang mana kebanyakkan dari mereka terpinggir dari segi
pengetahuan agama, pendidikan dan ekonomi. Di samping itu juga, program ini
juga bertujuan untuk membangunkan 7
elemen kemahiran insaniah pelajar Universiti Utara Malaysia. Selain itu,
penekanan kepada tiga konsep iaitu konsep ibadah, pendidikan dan kebersihan.
Antara objektif program ini adalah :
Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini , ini dan ini.
1.1 Menjalankan khidmat
masyarakat seterusnya kerja dakwah kepada masyarakat orang asli di Perkampungan
Orang Asli Selaor RPS Air Banun, Grik, Perak.
1.2 Membentuk semangat
kerjasama antara mahasiswa untuk membangunkan masyarakat orang asli dari segi pembangunan holistik.
1.3 Meningkatkan kemahiran
komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi mahasiswa Universiti
Utara Malaysia.
1.4 Melahirkan mahasiswa
yang mempunyai nilai moral, etika profesional dan sifat kepimpinan yang tinggi
1.5 Susulan siri Sinar
Gemilang 9 untuk melihat bagaimana prestasi penduduk di Perkampungan Orang Asli
Selaor.
Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini , ini dan ini.
No comments:
Post a Comment