Alhamdulillah, pada 27-29 Jun 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM) telah mengadakan program Kem Kecemerlangan Pendidikan : Semarak Minda. Bertempat di Bilik Kuliah dan Makmal Komputer Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama 3 hari. Dikendalikan oleh barisan guru-guru Maktab Mahmud,Yan Kedah bersama dengan barisan fasilitator dari wakil Kelab Perkim UUM
Program ini merupakan program anjuran Exco Kebajikan dan Kaunseling Kelab
PERKIM UUM. Program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh barisan
guru-guru Maktab Mahmud,Yan Kedah bersama dengan barisan fasilitator dari wakil
Kelab PERKIM UUM.. Bengkel ini bertujuan untuk meemantapkan lagi keyakinan ahli
kelab sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar serta boleh melahirkan pemimpin
yang berani untuk tampil bercakap di hadapan umum serta merupakan satu program
motivasi untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan calon
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Mahmud Yan,Kedah.
Menjadikan
program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha mempertingkatkan
kualiti dan kredibiliti ahli kepimpinan kelab ini sendiri dan merupakan salah
satu wasilah bagi Kelab PERKIM UUM dalam usaha melaksanakan tanggungjawab
sebagai mahasiswa yang intelektual dalam perkongsian ilmu. Di samping itu,
program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara
islam dan menunjukkan teladan yang baik supaya dapat memberi pengalaman kepada
peserta untuk lebih berkeyakinan menghadapi peperiksaan.
Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang
tanggungjawab menyebarkan ilmu kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah, memberi motivasi agar diri lebih
berkeyakinan dalam menuntut ilmu, mencungkil
kelebihan dan kelemahan diri setiap individu untuk maju dalam pelajaran, dan memberi
kefahaman teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan
No comments:
Post a Comment