Sahabat PERKIM

Sunday, February 26, 2012

Training Of Trainer's "Menjejaki Kepimpinan Terbilang"

"Tiap-tiap seorang dari kamu ialah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua Negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab tehadap harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seperti yang telah dirancang di dalam Al-Manak Kelab PERKIM UUM bagi kepimpinan sesi 2011/2012 dengan membawa program Training Of Trainer’s  “Al-Fateh “(TOT) sebagai pembuka tirai bagi awal semester ini. Program ini adalah kolabrasi kepimpinan kelab PERKIM UUM bersama mantan-mantan kelab.

Nama program : TRAINING OF TRAINERS AL-FATEH
Tarikh : 23 - 24 FEBRUARI 2012
Tempat : Pusat Islam Universiti Utara Malaysia

Program ini bertujuan memperkasakan barisan kepimpinan baru dengan ilmu dan pengalaman dari barisan kepimpinan yang lepas sebagai guideline bagi mentadbir badan kepimpinan itu. Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T, program berjalan seperti yang dirancang. Program ini turut dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang juga merupakan mantan kepimpinan yang lepas yang bersedia berkhidmat kepada pelapis baru. Penerapan nilai-nilai dari kepimpinan Al-Fateh juga ditekankan dalam bentuk teori dan praktis mengikut kreativiti fasilitator dalam mengatur aktiviti agar peserta program mampu berfikir dan membuat perancangan serta nilaian 5 ciri-ciri yang telah diberi supaya diaplikasikan dalam pucuk pimpinan masing-masing. Antara 5 ciri-ciri tersebut adalah amanah, sabar, kreatif, ukhwah dan berani.

   “Kelima-lima nilai ini adalah yang berjaya dipilih dan dikupas oleh para fasilitator setelah membuat perbincangan dan dipersetujui secara bersama” menurut ketua fasilitator saudara Khairi Amar Bin  Norhan.

   Slot perkongsian ilmu dan pengalaman juga diadakan oleh mantan Timbalan Setiausaha dan  mantan Bendahari kelab PERKIM UUM yang lepas khususnya dalam menterjemahkan kembali untuk slot pengurusan projek di mana penerangan dan cara-cara untuk menguruskan kertas kerja, surat-menyurat dan mengendalikan bahagian pengurusan bajet secara telus dikongsikan bersama demi menambah sedikit pembelajaran secara tidak langsung membantu mereka memahami proses mengendalikan sesuatu program itu. Selain itu juga, proses Q& A berlaku di antara para peserta dengan fasilitator. Peserta program juga menunjuk minat dan ransangan terhadap penyampaian yang diberi. Secara tuntasnya, semoga segala ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan oleh mereka.

   Akhir kalam, secara keseluruhannya, program kali ini amat memberi kesan yang mendalam kepada para peserta di mana terbinanya ukhwah di antara kepimpinan yang baru dengan yang lama  serta pengisian yang dijalankan diharapkan terlahirlah sifat-sifat kepimpinan  baru untuk dicorakkan dalam lukisan kepimpinan dengan warna-warna indah mengikut kuasa tangan masing-masing. Amanah yang diberi, genggamlah ia seeratnya. Ukhwah yang terjalin, hargailah ia seakrabnya. Sabar yang diuji, hadapilah ia dengan ketenangan. Kreatif itu perlu dicipta, bukan diminta. Berani itu perlu dikuasai, bukan untuk dinodai. Wallahualam..


seusrah kita bersama..sefikrah kita rasai...

RENUNGAN DEWASA KINI: Apabila Bala Melanda Ummat Manusia...


Perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:
1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
2. Amanat dianggap ghanimah.
3. Membayar zakat dianggap merugikan.
4. Suami tunduk pada isterinya.
5. Derhaka terhadap ibu.
6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
7. Menbenci ayah.
8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
11. Minum arak berleluasa.
12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
14. Permainan muzik merata rata.
15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para imam muktabar.
Daripada 15 yang disenaraikan di atas, hampir ke semuanya sudah berlaku pada zaman kini. Benarlah, umat akhir zaman merupakan umat yang paling banyak berbuat dosa. Ya Allah, Kau Ampunilah Dosa-Dosa Kami, Aminn…


Seperti kejadian sebelum-sebelum ini kita dapat melihat pelbagai jenis peristiwa bencana yang telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya seperti kejadian bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi meletus dan sebagainya. Setiap kejadian tersebut kita tidak boleh menganggap ia sebagai satu peristiwa biasa, tetapi ia perlu dibuat sebagai renungan sama ada bala daripada Allah SWT yang mempunyai mesej sebagai peringatan kepada hambaNya.



Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala. Allah berfirman:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(al-Anbia’: 35)
Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.