Sahabat PERKIM

Thursday, September 26, 2013

Lawatan Korporat - Kenyataan Jabatan Keselamatan UUM - Isu Niqab






Sintok, 24 September 2013 –  Kelab Perkim Uum dengan diwakili 6 orang majlis tertinggi kelab bersama 2 orang exco telah mengadakan lawatan korporat ke Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia.

Objektif lawatan korporat  ini adalah bertujuan membina hubungan baik serta sesi dua hala antara Kelab Perkim Uum khususnya dan badan kerohanian Universiti Utara Malaysia secara amnya dengan Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia.

Pelbagai perbincangan secara dua hala antara pihak Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia yang menemui resolusi. Pihak Kelab Perkim Uum juga berkesempatan untuk mendengar kenyataan pihak Jabatan Keselamatan mengenai  isu yang berlegar dalam kampus seminggu dua ini iaitu isu ‘niqab’.

Hasil perbincangan dan sesi soal jawab, pihak Jabatan Keselamatan tidak menegah pemakaian niqab serta meminta kepada kaum wanita yang berniqab agar memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Keselamatan sewaktu pemeriksaan dilakukan atas tujuan keselamatan. Menurut Leftenan Kolonel Hj Musa bin Bari(gambar),pegawai keselamatan.

Menurutnya lagi, kaum wanita berniqab juga boleh untuk meminta agar diperiksa oleh pegawai keselamatan wanita daripada Jabatan Keselamatan.

1st Step Camp





Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 12 - 13 September yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program 1st Step Camp. Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 2 hari. Disertai oleh mahasiswa-mahasiswi kemasukan baru sesi 13/14 kampus UUM seramai lebih daripada 250 orang.

            Program “First Step” Kelab PERKIM UUM merupakan program untuk mengeratkan lagi ukhwah antara Kelab PERKIM UUM dan mahasiswa baru di samping membentuk jati diri Islam sejati yang berilmu dan bertaqwa dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Melalui program ini Kelab PERKIM UUM akan lebih berkeyakinan untuk melahirkan mahasiswa yang  efektif dan juga proaktif kerana program ini turut menekankan beberapa aspek penting dari sudut rohani dan jasmani. 

            Program ini merupakan satu kaedah  bagi Kelab PERKIM UUM dalam usaha 
untuk memperkenalkan Kelab PERKIM pada mahasiswa baru dan memantapkan lagi ukhwah dalam  kalangan ahli Kelab PERKIM itu sendiri khususnya kepada ahli-ahli baru melalui pengisian-pengisian yang diberikan serta memberi pengetahuan yang mendalam mengenai kelab ini bagi menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada seluruh mahasiswa UUM. Kekuatan tali persaudaraan  yang utuh sesama ahli  itu sangatlah penting bagi memupuk individu yang benar-benar ikhlas dan berazam menyebarkan risalah Islam serta menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. 

Antara objektif program ini adalah :

1.1      Memberi pengenalan mengenai Kelab PERKIM UUM kepada mahasiswa baru.
1.2       Memberi pendedahan dan gambaran yang jelas tentang cabaran hidup sebagai mahasiswa Muslim di kampus serta membina keyakinan diri yang utuh dalam diri para peserta demi mewujudkan biah solehah di dalam kampus selari dengan Visi Kelab PERKIM.
1.3       Memberi pemahaman kepada peserta mengenai kepentingan mengaplikasikan Islam dalam kehidupan seharian sebagai mahasiswa.
1.4       Membina ikatan persaudaraan sesama muslim, berdasarkan konsep Ukhuwah Fillah yang sebenar.

Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini.



Wednesday, September 4, 2013

Sinar Gemilang 10



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 1 Julai - 4 Julai yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Sinar Gemilang 10 dengan tema "Membentuk Kepimpinan Sebenar". Bertempat di Perkampungan Orang Asli, Selaor, Perak. Program ini berjalan selama hampir 4 hari. Disertai oleh mahasiswa-mahasiswa kampus UUM seramai 40 orang.


Program ini merupakan program berkala yang di anjurkan oleh Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia. Program ini merupakan program jangka masa panjang di mana Kelab Perkim UUM akan telah menjadikan Kampung Orang Asli Selaor sebagai kampung angkat selama 5 tahun. Sinar Gemilang 10 adalah program kali ke-2 kami di Perkampungan Orang Asli, Selaor.


Program ini merupakan salah satu wasilah bagi Kelab Perkim UUM dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar yang mana kebanyakkan dari mereka terpinggir dari segi pengetahuan agama, pendidikan dan ekonomi. Di samping itu juga, program ini juga bertujuan untuk membangunkan 7 elemen kemahiran insaniah pelajar Universiti Utara Malaysia. Selain itu, penekanan kepada tiga konsep iaitu konsep ibadah, pendidikan dan kebersihan.

Antara objektif program ini adalah :


1.1       Menjalankan khidmat masyarakat seterusnya kerja dakwah kepada masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Selaor RPS Air Banun, Grik, Perak.
1.2       Membentuk semangat kerjasama antara mahasiswa untuk membangunkan masyarakat orang asli  dari segi pembangunan holistik.
1.3       Meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi mahasiswa Universiti Utara Malaysia.     
1.4       Melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai moral, etika profesional dan sifat kepimpinan yang tinggi
1.5       Susulan siri Sinar Gemilang 9 untuk melihat bagaimana prestasi penduduk di Perkampungan Orang Asli Selaor.

Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini , ini dan ini.