Sahabat PERKIM

Wednesday, January 16, 2013

Sayang UUM


Saya Ingin Bicara Sesuatu.

Saya sayang Uum dan kepada yang menyelar Uum secara MENYELURUH dengan bermacam-macam panggilan. Ada beberapa perkara saya ingin nasihatkan ;

1- Kamu semua berhak untuk merasa marah apabila "insiden" tersebut berlaku, cukup berhak, tetapi bukan membelakangi rasional. Wajarkah cuma 2000 peserta di dalam dewan (tidak semuanya bertepuk gempita) daripada keseluruhan 20000 pelajar Uum dijadikan penanda aras kepada mentaliti semua student Uum sehingga digelar Universiti ini "Universiti Untuk Macai"
2- Jika begitu cara dan etika kamu meminta kami untuk berubah kamu telah menyukarkan kami untuk berubah bukan meminta kami untuk cuba berubah.
3- Sila fahami perasaan kami, apabila dilabel Universiti kami Universiti Untuk Macai, Universiti Pembodohan, Student Low Class, jika kamu semua berada di tempat "pejuang-pejuang" di sini, bagaimana rasa? Ya kami terima hakikat bahawa ada di antara pihak kami melakukan kesilapan, tetapi menghukum kami secara menyeluruh bukan tindakan yang sewajarnya.
4- Singkap kembali kaedah dakwah sirah Rasulullah S.A.W di saat Baginda di duga dengan bermacam dugaan oleh kafir quraisy, adakah Baginda menghukum keseluruhan mereka yang belum beriman ketika itu? Jika ini soal non-muslim, lihat pula ketika Sahabat Baginda melakukan kesilapan, bagaimana Baginda menyelesaikan, di kesempatan lain saya akan utarakan contoh.

Dan kepada pihak kami yang berada disini, nasihat saya kepada kami ;

1- Usaha mesti dilakukan untuk membersihkan nama baik Universiti.
2- Tidak terlalu cepat emosi sehingga tidak meletakkan hujah ilmiah dan rasional sebagai asas perjuangan dalam memastikan isu ini ada penyelesaiannya.
3- Kami harus fahami apa yang sahabat, masyarakat pimpinan sekitar inginkan daripada kami, dan kami perlu cepat berusaha.
4- Melihat perkara yang besar itu besar dan melihat perkara kecil itu kecil, dan besar atau kecil satu perkara perlu kami lihat terhadap pandangan masyarakat sekitar, dan untuk isu ini saya rasakan kita perlu melihat isu ini isu yang besar.
5- Pemegang kuasa dan berpengaruh di Uum perlu cepat dan menjadi front yang melihatkan beberapa usaha untuk memastikan nama Uum tetap dipandang sebagai The Eminent University.

Wallahua'lam...

Ini pandangan peribadi seorang insan yang menyayangi bumi sintok ini dari terus dihina.

MOHAMAD SYUBHANA MUFI BIN MOHAMAD NOORDIN
Timbalan Presiden
Kelab Perkim UUM

Monday, January 14, 2013

Adab Berdialog Dalam Islam


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(An – Nisa’ : 59)


Menurut Islam debat dan berdialog terbahagi kepada dua:
1. Debat & dialog yang disyariatkan – Iaitu yang bertujuan mencari dan menjunjung kebenaran, sehingga dapat menjadi sarana penyampaian dakwah.
2. Debat yang tercela – Yakni yg bertujuan hanya ingin menang, membela diri atau kelompoknya, tak ada niat untuk mencari kebenaran.
Bagaimana sebenarnya adab dalam berdebat dan dialog yang sesuai dengan landasan syar’ie?
1. Luruskan niat, mencari redha Allah dan membela kebenaran.
2. Jujur, jauhi kedustaan.
3. Berbekal ilmu.
4. Berdebat pada permasalahan yang bermanfaat.
5. Mengembalikan perselisihan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.
6. Menahan diri dari emosi.
7. Tampakkan rasa cinta dan persaudaraan sebelum, ketika, dan setelah dialog.
8. Lembut dan sabar dalam berdialog.
9. Kembali kepada kebenaran.
10. Jaga lisan, jauhi ucapan kotor.
11. Puji lawan debat apabila sudah kembali pada kebenaran.
12. Akhiri dialog apabila lawan bicara keras kepala.

Inilah sebagian adab yang harus diketahui dan dipelihara sebelum seseorang terpaksa menyampaikan kebenaran melalui debat mahupun berdialog.


 “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat kedudukannya denganku di hari kiamat kelak adalah orang yang terbaik akhlaqnya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat kelak adalah tsartsarun, mutasyaddiqun dan mutafaihiqun.” Sahabat berkata: “Ya Rasulullah… kami sudah tahu erti tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa erti mutafaihiquun?” Beliau menjawab, “Orang yang sombong.” (HR  Tirmidzi )

                tsartsarun” adalah orang yang banyak bercakap dan suka mencela pembicaraan orang lain seolah-olah mereka sahaja yang berhak untuk bersuara.

                mutasyaddiqun” adalah orang yang suka berbicara dengan gaya bicara yang meremehkan orang lain seolah-olah dia adalah orang paling fasih, itu dilakukannya karena kesombongan dan bangga diri yang berlebihan.

                “mutafaihiqun” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menerangkannya yaitu orang-orang yang sombong.

~mari menjadi mukmin yang bersahsiah~
dalam
~Memperkasa Biah Solehah~

Tuesday, January 1, 2013

Perutusan Tahun Baru 2013

     Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.

     Kelab Perkim UUM mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh warga kampus Universiti Utara Malaysia. Dan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester. Semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik kepada kita berbanding tahun-tahun sebelum ini.

     Sedikit perutusan tahun baru daripada Presiden Kelab Perkim UUM dan Timbalan Presiden Kelab Perkim UUM :




Selamat menyambut tahun baru kepada semua ;)...

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



sumber : FB peribadi Timbalan Presiden Kelab Perkim UUM



Timbalan Kelab Perkim UUM
Mohamad Syubhana Mufti bin Mohamad Noordin




Bismillahirrahmanirrahim....

Tahun baru bakal menjelma...

Kita boleh pilih adakah tarikh itu akan kita kenang sebagai tarikh kita buat dosa atau kita buat pahala

Tapi kita kena ingat ke manakah pengakhiran kita sebab
`kita telah menuju kepda kematian sejak kita dilahirkan lagi`

(ada dalam kalangan manusia yang menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan hiburan semata2 untuk sesat dari jalan Allah tanpa ada sebarang ilmu pengetahuan, dan ada dari kalangan mereka yang mempermainkan dan mempersendakan agama, bagi mereka azab yang menghina)......al-luqman ayat 6



sumber : FB peribadi Presiden Kelab Perkim UUM



Presiden Kelab Perkim UUM
Abdullah Zawawi bin Shuhaimi


~Memperkasa Biah Solehah~