Sahabat PERKIM

Monday, October 27, 2014

INSPIRASI : KEMBARA HIDUP



Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke?Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.
Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.

 #Islam_Untuk_Semua

Thursday, October 23, 2014

Salam Ma'al Hijrah 1436h


Salam Jumaat terakhir 1435h.

Helaian cebisan kenangan 1435 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1436 H tiba dengan kisah baru yang penuh mencabar. Moga segala amalan kita ditahun lalu diterima oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik balasan, disamping kita bermuhasabah dengan setiap kekurangan pada amalan dan tindakan kita.

Ungkapan “Al-Hijrah” pasti mengingatkan kita kepada sirah yang paling agung dalam lembaran Islam iaitu peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Bagi memperingati peristiwa besar ini, jadilah peribadi yang lebih baik dari sekarang supaya kita semua menjadi perisai yang dapat meninggikan lagi syiar agama Islam. Renungkanlah kata-kata Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi yang ringkas tetapi cukup bermakna. Kata beliau,
“Apabila kita ingin melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

Bersempena dengan Maal Hijrah yang penuh keberkatan ini, marilah bersama kita menyeru diri kita untuk menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai satu momentum yang akan melonjakkan perubahan kita kepada satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sentiasalah kita bermuhasabah dan mempersiapkan diri dengan segala persiapan ilmu dan kemahiran kerana masa depan umat Islam terletak ditangan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”(Ar-Ra’ad : 11)

Salam Ma'al Hijrah dari kami Kelab PERKIM UUM

Tulus ikhlas,
Siti Asiah binti Azlan
Naib Presiden, Kelab Perkim UUM
Sesi 2013/2014

Monday, October 13, 2014

Street Dakwah (santai bersama ahli Kelab Perkim Uum)

[11 Oktober 2014]
SINTOK, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Exco Dakwah dan Tarbiah ( D&T ) Kelab Perkim Uum telah mengadakan program Street of Dakwah yang berlangsung di Tasik Darul Aman, Jitra.





Sebahagian ahli Kelab Perkim Uum bersama YDP Kelab Perkim Syubhana Mufti turut hadir bersama dalam memeriahkan program Dakwah of Street ini.

"DAKWAH STREET"
* KELAB PERKIM UUM *


Fokus utama Street Dakwah ini yang disampaikan kepada para pengunjung pusat rekreasi Tasik Darul Aman ini antaranya :

1. Keindahan Islam

2. Say No To Couple

3. Cara menutup aurat yang sempurna.



Tuesday, October 7, 2014

UCAPAN YDP KELAB PERKIM UUM 2013/1014






اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ ـ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ـ اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ
اَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً

Renungilah kisah agung keluarga Nabi Ibrahim AS yang penuh ujian, perjuangan dan pengorbanan sebagai teladan perjuangan di atas jalan dakwah ini.

Semoga hadirnya Idul Adha menjadi momentum untuk meningkatkan daya juang, kesabaran menghadapi ujian dari Allah serta meningkatkan roh keihklasan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara.

#salamiduladha
#perkimUUM
#perkimuntuksemua

سلامت هاري راي عيد الاضحى



Kelab Perkim Uum mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh warga Universiti Utara Malaysia..


Ambillah Ibrah disebalik sirah keluarga Nabi Ibrahim a.s.. Pengorbaan atas ketaatan kepada Allah s.w.t.. 


KELAB PERKIM UUM




Wednesday, August 20, 2014

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM


Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya. Semoga kita terus istiqamah dalam memperjuangkan islam.

[Sila Lihat Penjelasan di: http://www.youtube.com/watch?v=9P7BvNxgGtg ]


10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
] إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ [ (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
  Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang  yang telah mati, bernazar dan  menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’)  ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian,  ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk  yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
·      atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
        ·        atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
        ·        atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah r sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
] ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ  [
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
 Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah r atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah  swt:
] قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ [ (التوبة: 65-66)
 “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ [ (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
KELAB PERKIM UUM

Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ[  (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  [(آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
] وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ [ (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
] وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ  [(الأحقاف: 3)
 “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.

Sunday, August 17, 2014

BERJIWA DAIE


KELAB PERKIM UUM
Sunnah berdakwah,
sakit dan susah namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.

Jika kita tidak mahu berpayah-payah, dalam berdakwah, Kita kan payah juga, Payah, didera dosa membuang masa, Bosannya merantai seluruh jiwa.

Wahai pendakwah, Sabarlah dengan cacian manusia, Jika ada 10 orang yang membenci, ada 1000 yang lain sudi menyayangi, Jika ada 10 yang mengata, Ada 1000 bangkit membela.

Namun, andai seluruh dunia menghinamu, Jangan pernah berputus asa, Kerana kau punya kekasih yang Esa, Dia tetap setia, selamanya, Selagi kau setia mencintai-Nya, Dengan setulus-tulus cinta.

Tuesday, August 5, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




KELAB PERKIM UUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI AIDULFITRI KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA DENGAN BERAKHIRNYA RAMADHAN DAPAT MENINGKATKAN AMAL IBADAH DAN KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T DAN SEMOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR. AMIINN...


KELAB PERKIM UUM

Monday, June 16, 2014

4 Ways To Prepare for Ramadan 2014




4 Langkah untuk bersiap menghadapi Ramadhan 2014/1435h

Bayangkan seseorang yang kita kasihi dan sayangi datang menziarahi kita. Bayangkan seorang tetamu yang paling hebat di dunia datang kepadamu. Bagaimana kamu mempersiapkan emosi, fizikal dan semangat kamu? Bagaimana kamu mempersiapkan rumah kamu? Bagaimana kamu meluangkan masa untuk membuat persedian menghadapi tetamu yang hebat itu? Oleh itu, bulan RAMADHAN semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan itulah tetamu yang paling hebat yang telah dikatakan tadi. Ramadhan semakin hampir, bagaimana persediaan kita untuk Ramadhan. Berikut beberapa cara praktikal yang kita boleh amalkan insyaAllah untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Langkah yang pertama ialah menyediakan hati yang benar-benar ikhlas sebelum bulan Ramadan dan yang paling penting apabila Ramadan itu sendiri.

Langkah 2 : Maka bermohonlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, supaya diberi keizinan kepada kita agar dapat berterusan dan berpanjangan dalam menghidupkan Ramadhan itu pada setiap saat dan ketika. dan ingatlah doa Nabi Muhammad  sallallahu alayhi wasallam.

 bermaksud : Ya Allah sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan.

Untuk itulah kita bermohon kepadaNYA supaya kita dipilih untuk berada dalam ramadhan ini hingga ke akhirnya.

Langkah 3 : Jadikanlah puasa sunat seperti Isnin & Khamis sebagai  amalan kita supaya apabila sampai bulan yang penuh keberkatan ini ( ramadhan) kita lebih bersedia dari sudut fizikal mahupun kekuatan semangat kita untuk melaluinya.  Pastikan juga bagi yang telah meninggalkan puasa pada tahun sebelumnya, menggantikannya secepat mungkin,sebelum mahu melaksanakan amalan sunat, pastikan yang wajib itu dilunaskan dahulu.

Langkah 4 : Perbanyakkanlah amalan membaca Al Quran dan jadikanlah al Quran itu sebagai teman.  Semakin banyak kita bersama dan membaca al Quran, semakin itulah al Quran itu mampu menjadi sumber kekuatan yang banyak mendidik kita, dan semakin itulah jua kita menghampiri untuk merasai kemanisan iman. sekiranya kita mampu menghayati dan menikmati indahnya dan betapa nikmatnya kebahagiaan membaca Al Quran, semakin kuatlah jua kita mampu menghayati keberkatan bulan Ramadhan tersebut.

Sama- sama kita memohon agar diizinkan Allah untuk membenarkan kita hidup dan bernafas sehingga Ramadhan dan penghujungnya, serta mampu menjadikan setiap saat kita bersama bulan Ramadhan ini mampu memberikan kebaikan sehingga penghujung Ramadhan dan akan kekal berterusan di setiap hela nafas kita sebagai Muslim.

copy and translate from:   here

#MarhabanYaRamadhan
#TingkatkanIbadahTeruskanIstiqamah





Thursday, May 15, 2014

Lepak Media



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada 21 Mac yang lalu, Exco Media dan Korporat Kelab Perkim UUM telah mengadakan sebuah program julung-julung kali diadakan iaitu Lepak Media. Pada sebelum ini Lepak Media hanya dilakukan tanpa paperwork dan kali ini dilakukan secara berpaperwork dan dijemput bersama pensyarah SMMTC, Encik Mohd Fitri Yusoff, yang bertauliah untuk diajar secara langsung kepada peserta.

Program ini berobjektif untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang penggunaan photoshop secara mudah untuk menghasilkan poster. Alhamdulillah semua peserta berjaya menghasilkan poster pada akhir program. 







Semoga para peserta tidaklah menyimpan bakat yang terpendam malah menjadikan 'skill' ini untuk menyebarkan dakwah Islam secara meluas kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Harapannya program ini akan diadakan lagi sebagai peningkatan kepada 'skill' peserta. Wallahua'lam.

SEMINAR ILMUAN ISLAM - Exco Dakwah dan Tarbiyah



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.w.b.t dan Alhamdulillah kita masih diberikan nafas  oleh Allah untuk meneruskan perjuangan di dunia ini sebagai khalifah Allah. Selawat dan salam untuk nabi junjungan kita, para sahabat,para tabi’ dan tabii’ kerana di atas usaha mereka ,kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.
Pada 27 dan 28 Mac 2014 yang lalu, Exco Dakwah dan Tarbiyah Kelab PERKIM Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan program “ SEMINAR ILMUAN ISLAM”  yang membentang elemen-elemen yang perlu wujud bagi merealisasikan  Islam secara syumul. Terdapat lima kertas kerja yang dibincangkan secara lebih mendalam oleh penceramah-penceramah jemputan iaitu Akhlak Islamiah, Akidah Islam dan Cabaran Semasa, Syariah Islamiah, Sistem Islam, dan ceramah motivasi.








Sedikit foto sepanjang program dijalankan.































Harapan kami agar seminar ini menyuburkan bumi UUM dengan majlis-majlis ilmu yang memberi penerangan dan penekanan mengenai Islam. InsyaAllah, melalui program ini, bumi UUM menjadi biah solehah yang diimpikan semua orang-orang mukmin. Ameen.