Sahabat PERKIM

Wednesday, December 12, 2012

AGM kali ke-14


Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.

Alhamdulillah, pada 7 Disember 2012 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah bersidang untuk Mesyuarat Agung Kelab kali ke-14 . Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat Agung Kelab kali ini berlangsung selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula seawal 9 pagi. Turut dihadiri oleh penasihat kelab iaitu Ustaz Ridhuan Boss dan mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan majlis.

Majlis berlangsung lancar dengan pembentangan aktiviti tahunan oleh Setiausaha Agung saudara Farid dan pembentangan laporan kewangan oleh saudara Zulfadli. Majlis diselang-selikan dengan beberapa tayangan video aktiviti dan video shaff kepimpinan lepas.

Gimik peralihan dan pelantikan shaff kepimpinan baru Kelab Perkim UUM telah diketuai oleh YDP Kelab Perkim UUM sesi 2011/2012 dan YDP Kelab Perkim UUM sesi 2012/2013 dengan menandatangi warkah perjanjian. Bacaan ikrar shaff kepimpinan baru Kelab Perkim UUM sesi 2012/2013 telah diketuai sendiri oleh saudara Abdullah Zawawi.

Majlis menjadi menarik dengan nafas baru dengan ucaptama saudara Abdullah Zawawi menjadi simbolik karisma beliau dengan wawasan yang ditetapkan dalam membawa Kelab Perkim UUM kepada sebuah badan dakwah di bumi UUM,Sintok ini kepada bukan sekadar menumpukan dakwah kepada Muslim sahaja malah kembali kepada matlamat PERKIM itu sendiri.

Berikut merupakan sebahagian ucaptama saudara Abdullah Zawawi dalam merangka Biah Solehah itu tercapai :

Suka untuk saya umumkan kepada hadirin sekalian, empat matlamat utama Kelab PERKIM UUM yang saya gariskan sebagai ukuran bagi meneruskan kelangsungan kepimpinan sedia ada. Matlamat ini dipecahkan kepada 2 bahagian yang terdiri daripada 2 matlamat jangka pendek dan 2 matlamat jangka panjang.

Matlamat jangka pendek:
1)      Melengkapkan  ilmu untuk berdakwah kepada non-muslim
2)      Menghiasi diri dengan akhlak islamiyyah yang sempurna

Matlamat jangka panjang:
1)      Peluang dakwah dapat disampai kepada non muslim tanpa takut dan prejudis
2)      Melahirkan “Islamic Icon” atau “Islamic Role Model” kepada warga UUM

Insya-Allah fokus kepimpinan dalam Kelab PERKIM ini tidak hanya bersandarkan kepada program forum, ceramah, dan bengkel semata-mata. Kita akan bangunkan ‘’Roh Islam’’ sesuai dengan kemampuan ahli masing-masing untuk mengekalkan profesionalisme sedia ada. Dengan harapan akan lahirlah seorang pendakwah yang hebat ilmunya dan tinggi adab bicaranya, tenang berhujah dan Allah menjadi sebaik-baik pemberi ilhamnya, berakhlak mulia bijak mengawal apa jua keadaan di hadapannya, dan akhirnya individu yang hebat dalam segenap bidang yang diceburi dengan meletakkan Allah sebagai sebaik-baik sandarannya. – Yang Di Pertua Kelab Perkim UUM sesi 2012/2013

Sebagai kesimpulan, Rasulullah SAW bersabda, كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ"
(setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannnya.)

“Memperkasa Biah Solehah”

Peralihan Yang di Pertua

Shaff Kepimpinan sesi 2012/2013

Abdullah Zawawi (Yang Di Pertua Kelab Perkim UUM 2012/2013)

*gambar lain sewaktu majlis :





No comments:

Post a Comment