Sahabat PERKIM

Wednesday, January 16, 2013

Sayang UUM


Saya Ingin Bicara Sesuatu.

Saya sayang Uum dan kepada yang menyelar Uum secara MENYELURUH dengan bermacam-macam panggilan. Ada beberapa perkara saya ingin nasihatkan ;

1- Kamu semua berhak untuk merasa marah apabila "insiden" tersebut berlaku, cukup berhak, tetapi bukan membelakangi rasional. Wajarkah cuma 2000 peserta di dalam dewan (tidak semuanya bertepuk gempita) daripada keseluruhan 20000 pelajar Uum dijadikan penanda aras kepada mentaliti semua student Uum sehingga digelar Universiti ini "Universiti Untuk Macai"
2- Jika begitu cara dan etika kamu meminta kami untuk berubah kamu telah menyukarkan kami untuk berubah bukan meminta kami untuk cuba berubah.
3- Sila fahami perasaan kami, apabila dilabel Universiti kami Universiti Untuk Macai, Universiti Pembodohan, Student Low Class, jika kamu semua berada di tempat "pejuang-pejuang" di sini, bagaimana rasa? Ya kami terima hakikat bahawa ada di antara pihak kami melakukan kesilapan, tetapi menghukum kami secara menyeluruh bukan tindakan yang sewajarnya.
4- Singkap kembali kaedah dakwah sirah Rasulullah S.A.W di saat Baginda di duga dengan bermacam dugaan oleh kafir quraisy, adakah Baginda menghukum keseluruhan mereka yang belum beriman ketika itu? Jika ini soal non-muslim, lihat pula ketika Sahabat Baginda melakukan kesilapan, bagaimana Baginda menyelesaikan, di kesempatan lain saya akan utarakan contoh.

Dan kepada pihak kami yang berada disini, nasihat saya kepada kami ;

1- Usaha mesti dilakukan untuk membersihkan nama baik Universiti.
2- Tidak terlalu cepat emosi sehingga tidak meletakkan hujah ilmiah dan rasional sebagai asas perjuangan dalam memastikan isu ini ada penyelesaiannya.
3- Kami harus fahami apa yang sahabat, masyarakat pimpinan sekitar inginkan daripada kami, dan kami perlu cepat berusaha.
4- Melihat perkara yang besar itu besar dan melihat perkara kecil itu kecil, dan besar atau kecil satu perkara perlu kami lihat terhadap pandangan masyarakat sekitar, dan untuk isu ini saya rasakan kita perlu melihat isu ini isu yang besar.
5- Pemegang kuasa dan berpengaruh di Uum perlu cepat dan menjadi front yang melihatkan beberapa usaha untuk memastikan nama Uum tetap dipandang sebagai The Eminent University.

Wallahua'lam...

Ini pandangan peribadi seorang insan yang menyayangi bumi sintok ini dari terus dihina.

MOHAMAD SYUBHANA MUFI BIN MOHAMAD NOORDIN
Timbalan Presiden
Kelab Perkim UUM

4 comments:

  1. Ok sgt bagos respond anda pada isu bawani ini, setelah sekian lame mendiamkan diri dari tarikh kejadian berlaku,diharapkan esok blh lah bermula agenda pembersihan itu dijalankan insyaallah..sememangnya kita sudah biasa terdidik untuk tidak mempedulikan nasib orang lain sehingga terkena pada "batang hidung sendiri" dan kita juga sudah biasa terdidik dengan menuding jari pada orang lain setelah kita sendiri cuai dengan tingkah laku kita.. Harap usaha anda dipermudahkan,insyaallah..anda juga lebih fasih untuk memahami ilmu Al-Quran dan Hadith dari saya ini,maka biarlah ia menyuluh anda untuk menyelesaikan isu pembersihan ini..
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. sya menyokong 100% pndpt yg dbrikn..sya sndri dah tgok video tu..ad je mahasiswa/wi yg x b'tpuk tgn dgn stp lontran hujh pn.sharifah tu..
    Sya hormat plajar2 uum yg t'bukk fikrnnya dn myokong KS Bawani..
    Sya fham perasaan korg sume apbla tgok YDP uum sndri b'ikrar dlm video tu..
    Smoge mhsswa/wi uum yg xmnyokong kerajaan dbri kekuatan dan dpermudhkan urusn..universiti BUKAN TMPAT MACAI!!TP TMPAT UTK MMBANTU SKRANYA ADA MACAI!!kte kne bntu diorg,bkn jatuhkn diorg!!

    ReplyDelete
  3. sudah2 la provokasi pada UUM, sekarang bila kwn2 cuba nak defend UUM, anda keluar kenyataan mcm ni, sudah2 la, bawa2 lah bertaubat, Allah tu ada Dia MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENDENGAR AKAN APA YANG TERJADI, Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. Prkara saperti ini spatut..take it easy to make it easy krana ini pun satu pembelajaran juga..plajaran akademik makes U clever but pmbljaran bgini makes U smart n Wiser person..Aku bukan EX UUM ttp aku juga biasa brada dlm setting pmbelajaran maka trtarik juga untuk mngetahui utk mngetahui prkara sprti ini..brmacam entri dpt d baca atas isu ini..ada yg mnarik..ada yg boring..ada yg cool dan ada yg emosional..smua entri/komen itu btul blaka tp d masa yg sama ia dpt mnyerlahkan tahap pnerimaan ilmu dan tahap kfahaman isu sesaorang itu dan ini sudah tentunya berbeza..tp yg agak malang pd pandangan aku ialah ada juga yg cuba gunakan isu ini utk kpentingan institusi lain dan yg akan mmbolehkan mereka yg brada dlm UUM mnjadi srbasalah dan tak mustahil akhirnya akan mrugikan diri..See the Big Picture dan ingat nawaitul awal anda kesini..Anda kesini atas prgorbanan diri dan orang lain d skeliling anda..agak sukar juga utk sampai kesini....maka sudah tentunya anda ingin blajar sebanyak mungkin..bukan hanya yg brsangkut dgn kursus tp yg bersangkut dengan rationaliti..decision making..fuction under pressure..prkara yg boleh brlaku..prkara yg d jangka akan berlaku dan lain2nya..anda bukan hanya ingin pandai..anda juga nak jd cerdik dan bijak..skarg Grad brsepah kt luar sana dan org dah takpandang pun kalau kita hanya everage person shj.Setakat degree tanpa smart n wisdom kita akan jd macai shj..kalau join politik..kita mngkin d lantik AJK Bahagian dan krana ada brkbolehan kita d galakan untuk jd cyber trooper atau ktua penerangan..itulah tmpat kita sampai tua..tp kita dah kembang hidung..pdhal kita hanya alat shj..yg boss adalah dari mreka Grad brduit ataupun Grad yg Smart with Wisdom(SwW)..Yg SwW ini pula ialah yg mngambil ksempatan utk blajar mlalui,keadaan,tempat dan nature..bukan yg akan mlatah lupa diri bila brhadapan isu bgini hingga mnyalah org yg tak berkaitan,menyeru bangkit orang yg tak boleh bangkit brjuang buat masa ini krana keaadan tak sesuai utk itu..malah ada yg ajak baikot mmbaikot dan ada juga ketahap mnggunakan kataan kesat..Pada aku isu bgini jika d anggap satu pmbelajaran maka kita akan mencari sgala maklumat berkaitan,smua jalan pnyelesaian yg ada dan mngenal pasti rewsult/end product yg kita mahu..contoh kalau kita rasa target prlu minta maaf..maka kita kakan cari jalan hingga dia akan minta maaf..kalau kita nak dia d pnjara..kita akan cari jalannya..tp semua d lakukan secara orang berilmu pnuh dengan kesedaran perlunya aturan dan arahan..Percayalah bila anda Grad dan d takdir anda bekerja d bawah orang lain berbagai isu akan timbul yg mmrlukan anda slesaikan dgn pnuh bijak..klien tak lari tokey tak rugi..so pandangan aku atas isu ini..Use your head..ur education..ur culture dan slesaikan dgn cool tp Get d Wanted Result...ini lagi hebat dari dok bla bla bla..result takda..yg kita dapat hanyalah..kawan kata wuuu hebat le...musuh kata..cakap senang ler..isu tergantung ..sampai masa orang akan lupa..kita pula bila timbul isu lbih kurang bgini..inilah yg kita akan buat nanti dngan mndapat result yg srupa..krana ksempatan ada tp kita tak blajar apa pun dari kjadian...bijak kah kita???

    ReplyDelete