Sahabat PERKIM

Friday, August 19, 2011

Keistimewaan 10 Terakhir Ramadhan & Lailatul Qadar


Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutup tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersamanya.


Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadhan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?


Di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari 
malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!



Itulah dikenali sebagai malam lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah SAW mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT sambil diikuti oleh para sahabat RA.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.
Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.



Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: maksudnya “ Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan beriktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (Hijrah) hingga ia meninggal dunia”
‘Aisyah R.’anha meriwayatkan:
كان النبي صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر من رمضان ، ما لا يجتهد في غيرها

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW bersungguh-sungguhnya pada 10 malam akhir dalam bulan Ramadhan, tidak seperti malam-malam yang lain.” (HR Muslim)
Di dalam al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah RA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم ” كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuk 10 malam yang akhir, baginda menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya dan mengikat kainnya.”
“Perkataan mengikat kainnya” membawa maksud menjauhi jima’.

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr)
Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, Allah berfirman:
“Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Yaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5)
Allah SWT mensifatkan malam yang diturunkan al-Quran itu adalah malam yang diberkati. Para ulama salaf seperti Ibn ‘Abbas, Qatadah, Said bin Jubair, Ikramah, Mujahid dan selainnya mengatakan malam yang diberkati itu ialah malam al-Qadr (Lailatul Qadr).


Al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya menyebut:
يُخْبِر تَعَالَى أَنَّهُ أَنْزَلَ الْقُرْآن لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ اللَّيْلَة الْمُبَارَكَة الَّتِي قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ ” إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَة مُبَارَكَة ” وَهِيَ لَيْلَة الْقَدْر وَهِيَ مِنْ شَهْر رَمَضَان كَمَا قَالَ تَعَالَى ” شَهْر رَمَضَان الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآن


Maksudnya: “Allah taala mengkhabarkan, Ia menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr, ianya ialah malam yang diberkati yang difirmankan Allah ‘azza wa jalla: “(Maksudnya) Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” Ia ialah malam al-Qadr yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti firman Allah taala: “(maksudnya) Bulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Quran.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir terhadap surah al-Qadr)
Firman Allah yang bermaksud: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”, membawa maksud diturunkan pada malam tersebut ketentuan-ketentuan (takdir-takdir) setiap makhluk selama setahun, termasuk ajal, rezeki, bahagia, sengsara dan sebagainya.
Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “Lailah al-Qadr” ialah malam yang diturunkan penentuan dalam bentuk tahunan, iaitu takdir yang telah Allah tulis yang berada di al-Luh al-Mahfuz diturunkan kepada malaikat pada malam tersebut, untuk tempoh setahun.

Kelebihan malam al-Qadr
1. Diturunkan padanya al-Quran. Ibn ‘Abbas RA mengatakan:
أنزل الله القرآن جملة واحدة من اللوح المحفوظ إلى بيت العزة من السماء الدنيا ، ثم نزل مفصلاً بحسب الوقائع في ثلاث وعشرين سنة على رسول الله صلى الله عليه وسلم


Maksudnya: “Allah menurunkan al-Quran kali pertama secara sempurna daripada al-Luh al-Mahfuz ke baitil ‘izzah di langit dunia, kemudian al-Quran diturunkan secara berasingan berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam tempoh 23 tahun kepada Rasulullah SAW.” (Sila rujuk tafsir Ibn Kathir 4/529)


2. Allah berfirman, malam al-Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan (Surah al-Qadr: 3)


3. Allah mensifatkan malam al-Qadr itu sebagai malam yang diberkati. (al-Dukhan: 3)


4. Pada malam itu turunkan para malaikat dan Jibril bersama dengan kerahmatan dan keberkatan.


5. Allah SWT mengampunkan dosa-dosa sesiapa yang menghidupkan berdasarkan hadith Nabi SAW:
ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah berlakunya malam al-Qadr
1. Sepuluh malam yang akhir. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: “Bersungguhlah mencari malam al-Qadr pada 10 malam yang akhir dalam bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)
2. Sepluh malam akhir yang ganjil. Sabda Nabi SAW:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر
Maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir yang ganjil.” (HR 
al-Bukhari) 10 malam akhir yang ganjil ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

No comments:

Post a Comment