Pada 18 September 2011 baru-baru ini, satu delegasi Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia(UUM) telah pergi ke satu kawasan penempatan saudara-saudara baru di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Delegasi diketuai oleh Yang Di-Pertuanya, saudara Khalifa Omar Abdullah dan barisan ahli Majlis Tertinggi Kelab Perkim UUM.
| Sdr. Khalifa Omar sedang menyampaikan ucapan |
Kehadiran delegasi ini disambut baik Tuan Haji Sulaiman, wakil Perkim kawasan Bukit Kayu Hitam. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada Kelab Perkim UUM atas keprihatinan untuk membantu saudara-saudara baru.
Pada pertemuan ringkas dalam keadaan hujan yang renyai tersebut, Kelab Perkim UUM telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa barang keperluan dapur kepada kesemua saudara baru yang berjumlah 28 orang.
| Ahli MT Perkim UUM sedang menemubual saudara baru |
| Sdri. Miska sedang mengagihkan sumbangan |
Akhirnya, Kelab Perkim UUM mengharapkan akan ada banyak lagi badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) untuk tampil membantu saudara-saudara baru ini terutama badan-badan Islam kerana kuatnya Islam itu adalah atas kesatuan yang kukuh di kalangannya.
| Bergambar beramai-ramai sebelum pulang |

No comments:
Post a Comment