Sahabat PERKIM

Sunday, October 9, 2011

Bertebaran mencari rezeki

Alhamdulillah syukur dan puji ke hadrat Ilahi yang maha memberi rezeki kepada hamba-hambaNya…..dan sebagai manusia, kita seharusnya bertebaran mencari rezeki dengan usaha dan kemampuan yang ada kerana setiap insan telah ditentukan rezekinya masing-masing….dan yang paling penting usahlah kita culas dalam pekerjaan yang dilakukan mahupun bermalas-malasan dalam mencari rezeki. Dan perlu diingatkan dalam mencari rezeki, wajib ke atas kita mencari rezeki yang halal yang telah digariskan oleh Islam dan menghindarkan diri daripada terjebak dengan memperolehi rezeki yang syubhah lagi haram. Rezeki yang halal akan diberkati oleh Allah sama ada kecil atau besar rezeki yang diterima oleh seseorang adalah telah ditetapkan oleh Allah, kita seharusnya tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.
sebagaimana sabda Rasulullah saw,”…
      Bertakwalah kepada Allah dan perindahlah didalam mencari (rezeki). Janganlah keterlambatan rezeki menjadikanmu mencarinya dengan bermaksiat kepada Allah
     “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (QS. Ar Ra’du : 26)
Bertepatan dengan itu, maka kelab PERKIM UUM  baru-baru ini telah mencapai hasratnya untuk mencari pendapatan sendiri dan mengambil peluang untuk menjana pendapatan Kelab dengan menyertai Pesta Konvo 2011 dengan membuka gerai air minuman.Selain itu juga antara jualan yang banyak menarik pengunjung ke gerai PERKIM adalah sajian istimewa Ais Blended dan Ais Kacang.



Tempoh selama 9 hari sudah cukup untuk kami merasakan pengalaman berniaga dan yang paling penting ukhwah sesama ahli dapat dieratkan. Gerai ini bermula pada 28 September dan selamat melabuhkan tirainya pada 7 Oktober 2011. Peniaga-peniaga terdiri dalam kalangan MT dan Exco-exco Kelab sendiri yang mana ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Waktu gerai ini beroperasi seawal jam 11.00 pagi-12.00 malam.

Alhamdulillah..kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai dan ditambah dengan ragam pembeli yang telah berkunjung ke gerai telah mewarnai hari-hari kami di sana

semoga kita terus berusaha dalam menjalankan apa jua aktiviti, dan apa yang paling penting..jadikan Allah sebagai majikan kita yang utama.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment