Sahabat PERKIM

Thursday, November 3, 2011

Homoseksual Dari Kaca Mata ISLAM DAN KRISTIAN


Penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 pada 1 -  11 November 2011 oleh pihak peguam negara yang bertujuan untuk memperjuang hak kesamarataan bagi golongan homoseks dan transeksual telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, badan-badan NGO serta pemimpin pelbagai agama di Malaysia. Pihak kepimpinan PERKIM Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak terkecuali untuk menyatakan pendirian yang sama menentang penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 kerana melihat ini bukan berkaitan isu kebebasan tapi merupakan isu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Pada kali ini, pihak PERKIM UUM berminat mengupas isu homoseksual ini menurut perspektif Agama Islam dan Kristian. Apakah pandangan dua agama terbesar dunia mengenai isu ini?


Program Seksualiti Merdeka 2011 dianggap tidak wajar dilaksanakan kerana isu ini bukan melibatkan isu hak kebebasan tapi sebenarnya merupakan wabak dan penyakit dalam kepada bangsa manusia

Apakah sebenarnya yang diperkatakan tentang homoseksual?
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks kepada hubungan sejenis. Homoseksual dikatakan bermula sejak dari zaman kaum Nabi Luth a.s. yang mana pada ketika ini hubungan seks, percintaan dan perkahwinan berlaku dengan hubungan sejenis. Ia menjadi perkara yang biasa termasuk semua peringkat usia samada muda dan tua. Berbanding dengan homoseksual, biseksual pula adalah jenis perhubungan seks yang melibatkan antara sesama jantina dan turut melakukan hubungan dengan berlainan jantina.
Antara beberapa faktor yang dikenalpasti yang menjerumus ke arah homoseks:
·         Faktor keluarga
·         Persekitaran
·         Biologi
·         Dorongan individu
·         Pengalaman aktiviti seksual pada masa lampau yang memberi kesan kepada pengaruh tingkah laku homoseksual.

Beberapa pandangan dari perspektif masyarakat telah diambil kira dan hampir semuanya tidak menyokong homoseksual dijadikan sebagai satu dari budaya kehiduapan manusia kerana dilihat sesuatu yang menjijikkan dan dianggap sebagai kejatuhan moral dan tamadun serta sebagai satu bentuk wabak penyakit. Jadi, tindakan masyarakat untuk mengambil langkah dsikiriminasi terhadap golongan ini adalah satu tindakan yang wajar.
                                  

Pandangan Agama Islam mengenai homoseks.

Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) kepada semua aspek kehidupan. Rujukan utama bagi mereka yang beragama Islam adalah Al-Quran dan hadis Rasulallah s.a.w. Kemudian, beberapa ranting kefahaman ilmu dihurai oleh para ulama dan tokoh ilmuwan Islam yang lain. Menurut seorang tokoh ilmuwan Islam, Ibn Qudamah Al-Magdisi dalam kitab Al-Mughni, juz 10 perkara 155 telah berkata bahawa penetapan hukumnya adalah haram melakukan perbuatan homoseksual adalah ijma’ atau membawa maksud kesepakatan para ulama yang dibincangkan berdasarkan nash-nash Al-Quran dan dan hadis Rasulallah s.a.w. Homoseksual dianggap sebagai satu perkara yang haram dan tidak seharusnya dibenarkan amalannya terus membiak dalam masyarakat pada hari ini.

Selain dari itu juga, dari riwayat  Ibnu Abbas telah mendengar Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” 

Hadis ini diulang oleh Rasulallah s.a.w. sebanyak tiga kali untuk menekankan bahawa Allah benar-benar melaknat manusia jika mereka melakukan perbuatan kaum Luth (perbuatan homoseks).

Disini jelas bahawa menurut pandangan dari Agama Islam, perbuatan amalan homoseks bukanlah satu perbuatan yang dibenarkan oleh agama dan dianggap sebagai dosa besar. Ini sudah diperkatakan olah ijma’ akan haramnya perbuatan homoseks kerana perbuatan ini melanggar fitrah manusia.


Pandangan Agama Kristian mengenai homoseks.
Agama Kristian turut mengecam perbuatan homoseksual. Jika dirujuk dalam Bibble surah Kejadian ayat 4 hingga 11 menjelaskan hukuman Tuhan terhadap kaum Sodom dan Gomorah kerana mengamalkan perbuatan seks sonsang (homoseksual). Dalam Surah Imamat ayat 4 menyebut larangan melakukan homoseksual:

“Bila seorang lelaki tidur dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan satu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka terima kepada mereka sendiri.”

Berdasarkan penulisan oleh Daden Robi Rahman dalam artikel Voice of Al-Islam (www.voa-islam.com) berkata bahawa Clement of Alexandria, St. John Chrisostom dan St. Agustine mengutuk perbuatan homoseksual. St. Agustine menulis:

“Perilaku memalukan sebagaimana yang telah dilakukan di Sodom haruslah tetap dibenci dan dihukum di manapun selamanya. Seandainya semua bangsa hendak melakukan hal itu, mereka sama bersalahnya di depan hokum Tuhan dan sekaligus tetap melarang kaum lelaki untuk melakukan hal ini (homoseksual).”

Dalam Al-Kitab surah Roma, ayat 26 hingga 27 (perjanjian baru) berkata bahawa:

“Rasul Paulus mengingatkan bahawa perbuatan homoseksual ini adalah sebahagian dari bentuk perlakuan hina dunia orang kafir, dari mana orang-orang Kristian sebenarnya telah dibebaskan dan disucikan oleh Kristus.”

Dalam terjemahan yang mudah, apa yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa amalan homoseksual ini adalah satu tindakan yang teruk dan hina di sisi Agama Kristian.

Kaum Nabi Luth a.s. dikatakan sebagai golongan manusia pertama yang memulakan amalan hubungan sejenis dalam sejarah peradaban manusia.
Hukuman kepada golongan homoseksual berdasarkan kitan Al-Quran

Dalam Al-Quran, Surah Al-Ankabut ayat ke 33 mengisahkan azab terhadap kaum Nabi Luth:

“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah kerana kedatangan mereka dan tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi mereka dan berkata: Janganlah kamu takut dan jangan pula kamu berasa susah. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu kecuali isterimu kerana dia termasuk dalam golongan orang-orang yang dibinasakan.”

Ayat ini menceritakan saat-saat beberapa wakil utusan dari Allah menemui Nabi Luth memberi amaran kepadanya supaya keluar meninggalkan kota pada malam itu kerana azab dari Allah akan datang menimpa kaum tersebut pada waktu subuh kemudiannya. Kaum Nabi Luth akan dibinasakan oleh Allah termasuk juga isteri Nabi Luth kerana ia tergolong dalam golongan orang yang ingkar.

Dalam Al-Quran, surah Hud ayat 82 hingga 83 juga menceritakan bagaimana saat-saat hukuman yang ditimpakan oleh Tuhan kepada kaumnya kerana keingkaran dan kejahatan yang belum pernah dilakukan oleh manusia-manusia sebelum ini.

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Nabi Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan) dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.”

Gambaran artis mengenai hujan batu api yang menimpa kaum Nabi Luth a.s. satu ketika dahulu kesan dari perbuatan homoseksual.

Berdasarkan kepada ayat ini, Allah menceritakan hukuman yang telah dikenakan kepada kaum Nabi Luth. Mereka telah dihujani dengan batu dari tanah yang terbakar secara bertubi-tubi secara pantas dan mengejut sehinggakan jika dilihat berdasarkan kesan arkeologi yang telah dijumpai di penempatan penduduk Sodom, mayat-mayat yang dijumpai dalam postur sedang tidur, melakukan hubungan seks dan kedudukan di meja makan. Semua ini bukti menunjukkan semuanya berlaku dalam keadaan yang cukup pantas dan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan diri sendiri.

Kaum Nabi Luth a.s. telah dihujani oleh hujan batu dari tanah yang terbakar secara bertubi-tubi satu ketika dahulu



mayat pasangan yang dijumpai yang masih tersimpan kemas dalam muzium.


Tinggalan kaum Nabi Luth a.s. masih boleh dilihat sehingga sekarang.
Selain itu juga, Rasulallah s.a.w. juga telah bersabda mengenai hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan homoseksual ini:

“Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya.”(H.r. Tarmidzi: 1456, Abu Dawud: 4462, Ibnu Majah: 2561 dan Ahmad: 2727)

Di sini juga dapat dilihat betapa tegasnya Rasulallah dalam memerangi mereka yang melakukan hubungan homoseksual ini. Selayaknya mereka untuk menerima hukuman bunuh. Dan jika menurut agama Kristian juga, ia menyatakan perkara yang sama iaitu hukuman bunuh sekiranya mereka tidak kembali ke jalan yang benar.

Hukuman kepada golongan homoseksual berdasarkan kitab Bibble

Dalam Al-Kitab juga menceritakan hukuman yang telah dikenakan Tuhan kepada mereka yang ingkar (Kaum Nabi Luth). Dalam surah Kejadian, ayat 24 hingga 25 turut mengisahkan kisah yang sama di saat Tuhan menurunkan hukuman terhadap penduduk kaum Nabi Luth:

Kemudian Tuhan menurunkan hujan belerang dan api ke atas Sodom dan Gomora, berasal dari Tuhan, dari langit dan ditunggangbalikkanNya kota-kota itu dan lembah Yordan dan semua penduduk-penduduk kota serta tumbuh-tumbuhan yang berada di atas tanah.

Kisah ini juga menggambarkan kisah saat-saat hukuman dikenakan ke atas Kaum Nabi Luth, sama sepertimana apa yang telah dikisahkan dalam Al-Quran. Selain dari itu, dalam ‘The Living Bibble’ juga terdapat ayat penjelasan akan hukuman yang seharusnya dikenakan kepada mereka yang melakukan perbuatan homoseksual. Dalam surah Leviticus ayat 13 menyatakan:

“Hukuman bagi perilaku homoseksual adalah mati untuk kedua belah pihak. Mereka telah membawa hukuman itu atas diri mereka sendiri.”

Dalam ‘King James Version’ ayat ini ditulis:

“Jika seorang lelaki berbaring dengan lelaki lain, sebagaimana ia berbaring dengan seorang wanita, keduanya telah melakukan kejahatan. Mereka harus dihukum mati; darah mereka harus ditumpahkan.”

Di sini menunjukkan bahawa Agama Kristian juga sebenarnya tegas dalam memerangi mereka yang mengamalkan hubungan homoseksual. Mereka juga menekankan kepada hukuman bunuh sebagai langkah terakhir untuk membenteras ‘wabak’ ini dari terus terjebak. Walaupun ajaran Agama Kristian tidak diamalkan sepenuhnya oleh penganutnya tapi tidak ianya melampau kerana dari pihak Agama Kristian sendiri membenarkan perkahwinan campur pada sesetengah tempat? Pengiktirafan kepada golongan homoseksual, perlantikan paderi yang terdiri dari golongan homoseksual dan mengahwinkan pasangan homoseks di sesetengah gereja. Seharusnya perkara direnungkan bersama.



Kesimpulannya, secara ringkasnya kedua-dua agama ini tidak membenarkan penganutnya melakukan hubungan homoseksual kerana ia dianggap sebagai satu perbuatan yang keji di sisi Tuhan. Walaupun masih ada penganutnya yang terjebak dalam dunia hubungan sejenis, itu adalah masalah individu, pokoknya agama tidak membenarkan perbuatan ini.

Berdasarkan hujah yang telah disampaikan di atas, langkah terakhir bagi pendapat kedua-dua agama ialah dengan menumpahkan darah pelaku homoseksual kerana ia merupakan satu wabak yang cukup terhina yang membawa kepada kehancuran moral dan tamudun manusia.

            “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.”
Al-Quran surah an-Naba ayat 8

Ayat Allah di atas menjelaskan manusia diciptakan berpasang-pasangan. Laut dan darat, malam dan siang, matahari dan bulan.. begitulah juga dengan fitrah kejadian manusia, lelaki dan perempuan untuk meneruskan kesinambungan ummat. Jika tidak apa gunanya? Akhir kata, ingin diharap perkara ini dapat kita jadikan sempadan. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. Katakan tidak kepada penganjuran Seksualiti Merdeka, katakan tidak kepada homoseksual. Jazakumullah.


No comments:

Post a Comment