Sahabat PERKIM

Saturday, March 3, 2012

Program Jati Diri Muslim


LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Jati Diri Muslim Kelab PERKIM UUM merupakan program untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli lama dan ahli baru Kelab PERKIM UUM di samping membentuk jati diri Islam sejati yang berilmu dan bertaqwa dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Melalui program ini juga ahli-ahli kelab ini akan lebih berkeyakinan dan berkemampuan bagi melahirkan mahasiswa yang  efektif dan juga proaktif kerana program ini turut menekankan beberapa aspek penting dari sudut rohani dan jasmani.


MATLAMAT
Program ini merupakan satu kaedah  bagi Kelab PERKIM UUM dalam usaha memantapkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli Kelab PERKIM itu sendiri khususnya kepada ahli-ahli baru melalui pengisian-pengisian yang diberikan serta memberi pengetahuan yang mendalam mengenai kelab ini bagi menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada seluruh mahasiswa UUM. Kekuatan tali persaudaraan  yang utuh sesama ahli  itu sangatlah penting bagi memupuk individu yang benar-benar ikhlas dan berazam menyebarkan risalah Islam serta menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.


OBJEKTIF
1.1 Melahirkan generasi belia muslim yang jelas tentang asas kefahaman Islam merangkumi ilmu aqidah, ibadah dan akhlak.

1.2 Memberi pendedahan dan gambaran yang jelas tentang peranan mereka sebagai remaja muslim.

1.3 Pengukuhan ikatan persaudaraan sesama muslim, berdasarkan konsep Ukhuwah Fillah yang sebenar. Kepentingan ukhuwah dalam organisasi khususnya PERKIM.

1.4  Membentuk insaniah yang lebih mendekatkan diri kepada Allah sejajar sebagai seorang individu Muslim

1.5  Melengkapkan para peserta dengan ciri-ciri kepimpinan dan keintelektualan bagi menghadapi cabaran sebagai seorang mahasiswa muslim khasnya.

1.6  Membina keyakinan diri yang utuh dalam diri para peserta demi mewujudkan biah   solehah di dalam kampus selari dengan Visi Kelab PERKIM.

PENYERTAAN
Terbuka kepada semua mahasiswa UUM.

BUTIRAN PROGRAM

Nama program            : Program  Jati Diri Muslim 
Masa                           : 8 hingga 9 Mac 2012
Tempat                       : Dewan Kuliah Masjid Sultan Badlishah UUM 

Antum ingin tahu pengisian program? 
Perjalanan program? 
Tentatif program?
Keistimewaan Program?

SERTAI, kemudian antum akan ketahuinya...
(n_n)

"MUSLIM ITU BERSAUDARA"
(49 : 10)

No comments:

Post a Comment