Sahabat PERKIM

Friday, September 21, 2012

Kem 1st Step

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.

Alhamdulillah, pada 13 dan 14 September 2012 yang lalu, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah bejaya menganjurkan sebuah program ‘’Kem 1st Step’’ dengan jayanya bertempat di Masjid Sultan Badhlishah dan Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari daripada jam 5 petang(13 September) sehingga 11 malam(14 September).

Para peserta yang terlibat lebih kurang dalam 250 orang di mana terdiri daripada pelajar-pelajar baru semester pertama dari pelbagai Dewan Penginapan Pelajar (DPP) mahupun kolej yang berbeza-beza. Penyertaan yang luar jangka sehingga memenuhi ruang dewan kuliah.
‘’Kem 1st Step” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran awal kepada pelajar baru semester pertama akan cara hidup sebagai mahasiswa Islam di dalam kampus UUM.  Sepanjang kem berlangsung peserta disaratkan dengan input yang berguna seperti ceramah oleh Ustaz Zubir salah seorang kakitangan Universiti Utara Malaysia merangkap Imam di Masjid Sultan Badhlishah yang bertajuk “Islam sebagai Ad-Din” dan tidak kurang hebatnya penyampaian daripada Ustaz Hafiz pensyarah kolej COLGIS bertajuk “Cabaran sebagai Mahasiswa”.

Selain itu, para peserta juga dijamah dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan memberi peluang kepada peserta menonjolkan kebolehan masing-masing. Selain santapan rohani seperti Qiamullail,tazkirah subuh dan solat sunat dhuha mengisi sentuhan rohani untuk para peserta.

Dengan terlunasnya “Kem 1st Step” ini, harapannya agar wujud dan lahirnya mahasiswa-mahasiswi berjiwa Islami dalam jiwa-jiwa pelajar baru semester pertama ini untuk dijadikan landasan qudwah dalam merencana diri menjadi sang penerus perjuangan Islam di bumi ini. Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti.

~Sedikit coretan gambar buat tatapan~

~Memperkasakan Biah Solehah~









































3 comments:

  1. Bismillah ALhamdulillah

    Ukiran senyuman terpalit di bibir wajah ini melihat gambar-gambar potret memori program 1st step. Alhamdulillah... mabruk.

    Program seumpama ini yang perlu diperbanyakkan. Jelas melihatkan kesyumulan Islam itu selaku Ad-deen.. insyaAllah..

    Ana doakan moga PERKIM terus suksess dan para pejuangnya terus suksess dalam menegakkan butiran kalimah ALLAH itu di mana saja.

    TAKBIR!!!!

    ReplyDelete
  2. Rasa xsabar nak bersama kalian lagi

    ReplyDelete