Sahabat PERKIM

Wednesday, December 12, 2012

Sekalung Tahniah TNC HEPA

     Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh zaman kini.
     Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melantik Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim, Penolong Naib Canselor Kolej Sastera Dan Sains sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM mulai 7 Disember 2012 hingga 31 Disember 2015.
Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Utara Malaysia.
Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyerahkan surat lantikan tersebut kepada Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim di Kuala Lumpur hari ini. Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada Dr. Malek dan mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tugas baru tersebut dengan cemerlang.
Naib Canselor turut mengucapkan terima kasih kepada mantan TNC HEPA UUM, Dato’ Dr. Ahmad Faiz Hamid yang tamat tempoh jawatannya September yang lalu.
Rasanya kami daripada Kelab Perkim UUM belum terlewat untuk mengucapkan tahniah dan tazkiah kepada Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM yang baru.
Kami di peringkat Kelab Perkim UUM sentiasa akan memberi sokongan dan membantu dari segi pembangunan rohani Islamiyyah dalam kalangan warga kempus dengan program-program yang akan dijalankan. Selain itu, akan terus mendokong usaha bersama untuk Memperkasakan Biah Solehah di Universiti Utara Malaysia.
Semoga pihak pentadbiran UUM akan lebih mesra untuk mendokong  bukan sahaja Kelab Perkim UUM malahan kelab-kelab kerohanian yang lain untuk Memperkasakan Biah Solehah di bumi Sintok ini.
Sekaling tahniah sekali lagi kepada Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM yang baru.

Sedikit ucapan daripada YDP Kelab Perkim UUM :
Lantikan itu adalah AMANAH
Amanah itu memerlukan IKHLAS
Ikhlas itu mendapat Redha
Redha itu ganjaran Syurga




"Memperkasa Biah Solehah"

1 comment: