Sahabat PERKIM

Wednesday, April 16, 2014

Ceramah Motivasi Akademik


 
Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika ini.




Alhamdulillah, pada 26 Februari yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Ceramah Motivasi Akademik, INSPIRASI MINDA CEMERLANG. Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Program ini disertai oleh mahasiswa-mahasiswi kampus UUM seramai lebih daripada 174 orang. Program ini sangat menarik dan mendapat sambutan kerana telah menjemput saudara Farid Aswan yang merupakan pemegang PINGAT EMAS Canselor pada Konvokesyen UUM yang ke 26. Perkara ini sangat memberi motivasi yang tinggi kepada peserta kerana penceramah telah berkongsi rahsia kejayaannya secara langsung kepada peserta.



            Selain itu. program ini dijalankan sebagai panduan untuk mahasiswa menjadikan akademik mereka sebagai sesuatu yang penting dan bermotivasi untuk menstabilkan keputusan mereka. Selain untuk mencapai pointer yang memuaskan , mahasiswa juga mesti menetapkan niat belajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam diri mereka sendiri. Di samping itu, program ini juga berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara pelajar sendiri dengan rakan yang lain dalam mencapai kecemerlangan akademik. Semua ini adalah matlamat Exco Akademik dan Kebajikan Kelab PERKIM UUM dengan pelaksanaan program ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan membuka minda pelajar tentang penting pendidikan dalam kehidupan mereka.





 
Antara objektif program ini adalah :
1. Memperbaiki kelemahan dan kekurangan di kalangan mahasiswa.  
2. Membincangkan kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
3. Menerima sebarang keputusan sebagai pengajaran dan bekerja keras dalam peperiksaan yang akan datang
Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini.












pesanan penaja : Jangan jadikan akademik fitnah kepada Islam. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment