Sahabat PERKIM

Monday, October 27, 2014

INSPIRASI : KEMBARA HIDUP



Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke?Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.
Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.

 #Islam_Untuk_Semua

1 comment:

  1. terbaik kelab perkim uum.....moga dpat teruskan usaha dakwahmu di muka bumi ini...

    ReplyDelete