Sahabat PERKIM

Saturday, May 23, 2015

Pray for DR.Mohamed Morsi

Penyabitan hukuman gantung kepada Presiden Mesir, Muhammad Mursi ialah tindakan yang menunjukkan ketidakadilan terhadap sistem keadilan undang-undang zaman kini. Mursi yang merupakan presiden pertama Mesir yang dipilih melalui jalan demokrasi telah digulingkan disebabkan kekhuatiran yang timbul dalam kalangan musuh-musuh Islam. Gelisah jika Islam kembali bangkit mencapai zaman kegemilangannya, musuh Islam mengatur strategi sehingga menggulingkan Presiden Mesir yang sah itu.

Tindakan itu juga dibantu oleh ummat Islam sendiri. Hal ini membuktikan bahawa, jika ummat Islam sendiri tidak faham dengan ajaran Islam, mereka boleh menjadi musuh kepada Islam tanpa mereka sedari. Analoginya, jika Nabi Muhammad s.a.w hidup pada zaman ini, pasti mereka juga menentang nabi. Jika nabi mengajar ummatnya untuk mengamalkan Islam secara ‘kaffaah’, maka merekalah yang akan menentang usaha itu.

Merekalah Abu Jahal dan Abu Lahab yang moden. Hati mereka sudah terkunci daripada menerima kebenaran. Tindakan Abdul Fattah as-Sisi, dan Syeikhul Azhar yang membantu usaha penggulingan ini menunjukkan bahawa kedudukan dan ilmu sahaja tidak cukup untuk menyelamatkan kita daripada godaan dunia. Kerana mahukan jawatan, keselamatan sendiri berbanding kemaslahatan ummat, mereka membutakan mata dan memekakkan telinga daripada kebenaran yang jelas nyata.

Allah berfirman dalam surah al-Maaidah, ayat 52:
“Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.”

Semoga Allah menurunkan bantuan-Nya kepada para pejuang agama-Nya. 
Sebagai pelajar, menjadi tanggungjawab kita untuk bersolidariti atas ketidakadilan ini. Kita hidup lebih lama sebagai khalifah Allah daripada sebagai pelajar. Sebagai ummat Islam, apakah yang telah kita lakukan untuk membantu Islam bangkit kembali? Jika tiada, tidaklah layak untuk kita berkongsi saat kemanisan itu kelak.

Islam akan kembali gemilang. Itu ialah janji yang pasti. Sama ada kita memilih untuk membantu atau sekadar berpeluk tubuh dan berasa selesa dengan kehidupan kita di Sintok ini. Sekurang-kurangnya, doakanlah agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan syurga Allah di akhirat kelak.
Dengan ini, Kelab Perkim UUM mengutuk keras tindakan menjatuhkan hukuman gantung ke atas Presiden Mursi dan pengikut-pengikutnya atas ketidakadilan yang jelas dan nyata.
Siru ala barokatillah.

Tan Chin Khon
Pengerusi Kelab Perkim
Universiti Utara Malaysia

*Jom bersoladiriti bersama PERKIM UUM dengan menukar profile picture facebook.
‪#‎Pray4DrMorsi_IkhwanulMuslimin‬
‪#‎Perkim_Untuk_Semua‬
‪#‎Cakna_Isu_Semasa‬
https://www.facebook.com/KelabPerkimUumOfficial


No comments:

Post a Comment