Sahabat PERKIM

Tuesday, March 22, 2011

Lawatan Korporat Bertemu TNC HEPA UUM

Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (Perkim UUM) telah menghantar delegasinya untuk bertemu dengan Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni  pada 16 Mac 2011 yang lalu di bangunan canselori. Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Di-Pertua, Saudara Khalifa Omar Abdullah dan barisan majlis tertinggi Kelab Perkim UUM.

Kunjungan hormat dilakukan untuk mengeratkan hubungan di antara Perkim UUM dengan pentadbiran universiti khususnya dengan Datuk Faiz selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Dalam pertemuan tersebut, pihak Perkim UUM telah menyerahkan satu folio berkenaan Perkim UUM yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan. Menurut Datuk, beliau amat gembira dan mengalu-alukan program yang akan dilaksanakn Perkim UUM dan berjanji akan menyokong penuh segala aktiviti yang akan dilaksanakan Perkim UUM.

Datuk berkata, adalah diharapkan Perkim UUM menjalankan kajian lapangan tentang keperluan-keperluan semasa supaya program yang dilakukan meninggalkan kesan terhadap peserta yang mengikutinya. Selain itu,beliau berkongsi antara kemahiran insaniah yang berada dalam tahap kritikal yang dihadapi mahasiswa adalah kemahiran penyelesaian masalah, kepimpinan dan keusahawanan.

Setiausaha Agung Perkim UUM, saudara Muhammad Zulfarid b. Badrulmunir telah menyatakan visi Perkim UUM untuk membudayakan biah solehah di kampus UUM dan Perkim UUM akan menyokong penuh visi dan misi UUM dalam menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka selagi mana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Beliau juga menambah semoga pertemuan ini akan memudahkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

Kunjungan kehormat ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata oleh YDP Perkim UUM sendiri dan disusuli dengan sesi bergambar. Lawatan tamat pada jam 6.30 petang.


Sdr. Khalifa Omar dan Sdr. Qayyum , Naib Yang Dipertua 1 Perkim sedang berbincang sesuatu bersama Datuk Faiz

Barisan Majlis Tertinggi Perkim UUM bergambar bersama Datuk Faiz

No comments:

Post a Comment