Sahabat PERKIM

Monday, March 28, 2011

Simpulan yang kuat

Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang itu benar- benar bertaqwa ataupun memiliki iman yang mantap.Akidah dari segi bahas bermaksud : ikatan atau simpulan manakala menurut istilah pula  adalah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada ALLAH SWT, tidak terurai dan terputus dalam apa jua keadaan.Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Tiada paksaan dalam beragama.Kerana  sesungguhnya telah jelas kebenaran (islam) daripada kesesatan.Oleh itu sesiapa yang ingkar pada tahgut,dan beriman kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada tali ALLAH  yang teguh dan tidak akan putus.
                                                                                                                                                           (surah al- Baqarah:256)
Apabila akidah mantap, kita dapat menepis segala bisikan syaitan yang ingin menyesatkan kita umat Nabi Muhammad S.A.W.Sebagai contoh , ramai umat Islam sekarang yang terpesong dari  jalan kebenaran iaitu ISLAM. Oleh sebab itu, untuk meningkatkan keimanan dan akidah,beberapa langkah boleh kita ambil iaitu:
             








1)sentiasa menghadiri kuliah-  kuliah agama terutamaya kuliah tauhid kerana dengan belajar
                   Ilmu tauhid,kita dapat mengenal ALLAH S.W.T
                2)memahami dan mendalami rukun iman dan rukun islam
                3)sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan isu agama,rujuk kepada pakar- pakar yang
                   Betul dan bertauliah dalam bidang tersebut .
                4)membaca buku- buku berkaitan akidah seperti tauhid
                5)sentiasa berdamping dengan orang- orang soleh dll.
               
Sebenarnya banyak lagi kaedah yang boleh kita ambil bagi memantapkan serta menambahkan akidah kita.Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada ingin menggunakan kaedah yang berbeza tetapi perlu diingat bahawa apa  pun perkerjaan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan syariah.Dalam isu akidah ini, eloklah kiranya kita merujuk kepada yang pakar.Bimbang sekiranya apa yang kita faham, tidak menepati maksud  yang sebenar dan akhirnya akidah  dan pendirian kita akan terpesong.




Apabila akidah dan keyakinan kita tidak mantap, tidak mustahil iman kita juga akan tergadai.Mana tidaknya apabila unsur- unsur yang ingin menyesatkan kita contohnya apabila kita merasakan terdapat agama yang lebih yang mudah,tidak membeban dan tidak ada taklifan seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya.Sekiranya lintasan hati ini berlandaskan akal semata- mata tanpa berlandaskan iman,berkemungkinan kita akan terpesong.Tetapi,apabila lintasan hati ini muncul dan kita terus menyangkalnya dengan iman,InsyaALLAH keimanan kita tidak akan tergadai.Tiada paksaaan dalam beragama tetapi alangkah sedihnya andai seseorang yang telah merasai nikmat Iman dan Islam terpesong dari akidah sebenar.Namun,ini tidak bermaksud ALLAH SWT mencela agama- agama lain tetapi agama yang diktiraf hanya satu iaitu ISLAM. Firman ALLAH SWT                                                 
“Agama disisi ALLAH SWT adalah ISLAM”                                                                 
Sedikit masa dahulu kita dikejutkan dengan pelbagai kes murtad dalam kalangan umat ISLAM, apa yang menyedihkan sesetengah daripada mereka dari keturunan yang memiliki ilmu agama yang kuat.Tetapi,dek  terpengaruh dengan persekitaran,memilih jalan keluar dari agama ISLAM.Bagaimana penerimaan keluarga mereka.Sebab itulah ada bait- bait lagu yang berbunyi,”iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa”.Maksudnya, dengan keturunan sahaja tidak dapat menentukan tahap keimanan seseorang tetapi diri individu itu sendiri.


Sesungguhnya Allah boleh membolak- balikkan hati kita dari yang baik kepada buruk.Na’uzubillah,semoga hati kita  tidak diuji dengan ujian seperti itu dan ditetapkan iman serta mendapat naunganNya  di akhirat nanti.Amin……..

No comments:

Post a Comment