Sahabat PERKIM

Wednesday, April 6, 2011

HAMBA AL-KHALID



             
Penciptaan manusia merupakan satu fanomena yang menakjubkan serta merupakan penghasilan yang menakjubkan.Sesungguhnya dunia diciptakan untuk manusia tetapi manusia tidak diciptakan untuk dunia semata-mata kecuali untuk beribadat serta patuh kepada suruhan-Nya.Manusia perlu melaksanakan satu peranan yang tertentu dalam dunia ini dan bagi menyempurnakan fungsi  ini,ALLAH SWT telah melengkapkan dengan sempurnanya dari aspek anatomi,fisiologi dan kerohanian.Dengan perkataan “manusia”kita tidak bermaksud fizikal luarannya sahaja malah lebih daripada itu,Gabungan tubuh badan dan roh akan memberikan kita satu gambaran yang lebih bermakna tentang kewujudan manusia.



Proses kejadian manusia menurut perspektif Islam melibat beberapa peringkat bagi menjadikan penciptaan manusia ini sangat unik dan menakjubkan.Manusia bukanlah satu kewujudan yang langsung tidak dapat difahami asalkan kita berusaha mengenali pencipta kita dengan lebih dekat agar tidak timbul perasaan syak wasangka serta menafikan segala kebenaran.Kita harus sedar bahawasanya sains tentang penciptaan manusia merupakan sains yang tidak dapat dinafikan ketakjubannya kerana proses tersebut paling seni dan rumit di antara sains yang lain.



Bila kita membicarakan tentang manusia,kita hanya dapat melihat pada zahirnya sahaja misalnya bentuk muka,warna kulit dan sebagainya tetapi tidak menggambarkan  tentang apa yang ada disebaliknya.Kita juga tidak tahu mengenai fungsi-fungsi fisiologi dalaman pada organ-organnya seryta fungsi akal budinya yang bertanggungjawab ke atas kehidupan dan kewujudannya.






Gambaran lengkap manusia hanya akan dapat diperolehi apabila badan dan rohnya disatu padukan.Tuhan,manusia dan ciptaan adalah tiga elemen yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Mustahil sekiranya kita menafikan kewujudan Pencipta dengan adanya manusia dan makhluk-makhluk lain.

 Oleh itu,kita perlu memahami serta mempelajari ilmu tauhid bagi memantapkan akidah kita bagi menjawab sebarang soalan spontan dari pihak-pihak yang menafikan kewujudan Pencipta serta menguatkan iman yang ada dalam hati agar tidak terpesong dari akidah yang sebenar.



Jom jadi hamba yg soleh ye sahabat..(",)v

No comments:

Post a Comment