Sahabat PERKIM

Tuesday, April 12, 2011

Takziah kepada keluarga nahas pemandu helikopter

Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia(UUM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan sejurus selepas mendarat di Dataran Perbandaran Sibu petang semalam.

"Kematian dan kehidupan adalah ujian besar dari Allah, semoga keluarga beliau sentiasa dirahmati Allah dan bersabar di atas musibah tersebut," kata Setiausaha Agung Kelab Perkim UUM, Sdr Muhammad Zulfarid.

Lebih mengejutkan bilamana helikopter tersebut baru selesai menurunkan tiga orang anggota rombongan yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian helikopter yang membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri yang terhempas di Sibu petang semalam, sehingga juruterbangnya, Sahimi Ghazali meninggal dunia di Hospital Sibu, malam tadi.   


Allahyarham ditimpa nasib malang apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Menurut laporan Bernama Online, Ketua Polis Daerah Sibu, Shafie Ismail dipetik berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam tadi. 

Shafie dilaporkan berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei itu merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, katanya, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu, tetapi tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh. 

"Juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya. 4 orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu. Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan hari ini," katanya.

Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan itu, Hafiz Abdul Halim pula berkata, beliau sedang berjalan kaki menuju RH Hotel, kira-kira 100 meter dari padang itu ketika kejadian berlaku.
Kelab Perkim walaupun agak terlewat untuk mengulas dalam isu ini dengan nada optimis mengharapkan semua pihak agar berhati-hati dalam menggunakan pengangkutan sendiri mahupun awam agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.


No comments:

Post a Comment