Sahabat PERKIM

Thursday, December 29, 2011

Pucuk Pimpinan Baru Bakal mantapkan Kelab PERKIM UUM

        Tahniah buat pimpinan baru yang telah dilantik baru-baru ini pada Majlis Mesyuarat Umum Tahunan Kelab PERKIM UUM (AGM PERKIM kali ke -24) yang bertempat di Kompleks Pusat Islam Universiti Utara Malaysia pada 22 Disember 2011, semoga pimpinan baru kali ini terus maju membangun mengerakkan badan organisasi seiring dengan misi dan visi yang akan dibawa. Salam takziah juga buat barisan pimpinan lama yang telah menyumbang segala jasa dalam pimpinan yang lepas. Alhamdulillah proses pemilihan calon barisan baru telah selamat dijalankan dengan jayanya walaupun mengambil masa selama 4 hari.

       Pemilihan yang dibuat berdasarkan syura ini menampakkan kehadiran muka-muka baru di samping mengekalkan beberapa ahli lama dari kalangan barisan pimpinan sesi 2010/2011. Gabungan ahli-ahli baru dan lama dalam barisan pimpinan yang baru ini bakal memikul tanggungjawab untuk memantapkan dan memperkasakan gerak kerja PERKIM UUM di masa akan datang dalam menerajui misi perjuangan yang digalas. Barisan pimpinan baru ini juga akan menyambung kesinambungan perjuangan pimpinan terdahulu mengikut corak kepimpinan yang tersendiri.

      Majlis dimulakan dengan sesi bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada penasihat Kelab PERKIM UUM, Ustaz Ridhuan Boss Bin Abdullah, ucapan daripada ustaz Yusnaidi Bin Mad Sabri selaku Timbalan Pengarah pusat Islam juga merupakan mantan penyelaras Kelab PERKIM UUM, serta ucapan oleh YDP Khalifa Omar Bin Abdullah.

     Sebelum sampai kemuncak majlis, sesi pembentangan laporan keseluruhan aktiviti kelab sepanjang tahun telah dibaca dengan rasminya oleh saudara Muhammad Zulfarid bin Badrul Munir selaku Setiausaha Agung PERKIM UUM dan pembentangan laporan kewangan kelab oleh bendahari Agung iaitu saudari Noor Azizah Binti Beddu.

     Acara kemuncaknya apabila selesai sesi pembubaran barisan lama diumumkan, dan sesi pelantikan baru dibacakan oleh YDP  baru Kelab PERKIMUUM sesi 2011/2012, saudara Mohammad Hafis Syafiq Bin Mohammad Sopian.

Majlis penyerahan watikah

Senarai pimpinan baru sesi 2011/2012



Mohammad Hafis Shafiq B. Mohammad Sopian
Yang Di-Pertua

Nurul Fasihah Bt Mohd Hanafiah
Timb.Yang Di-Pertua

Izzat B Mohd Alwi
Naib YDP -1

Ainur Quzaimah Bt Hassan
Naib YDP 2

Farid Zul B. Mohd Yusof
Setiausaha Agung

Ainamadiah Bt Harun
Timb Setiausaha

Wan Muhamad Zulfadli B Wan Mohd Zain
Bendahari Agung


Mohamad Firdaus Bin Mohamad
Ketua Exco Dakwah & Tarbiyah

Mohamad Syubhana Mufti Bin Mohamad Noordin
Timb. Exco Dakwah & Tarbiyah

Disah binti Bacho
S/U Exco Dakwah & Tarbiyah

Muhamad Firdaus B. Othmarani
Ketua Exco Akademik & Perhubungan Korporat

Siti Zulaikho Bt Rusman
Timb Exco Akademik & Perhubungan Korporat

Noorahawahida Binti Ibrahim
S/U Exco Akademik & Perhubungan Korporat

Muhammad Hafizzuddin Bin Ali-
Ketua Exco Keusahawanan

Ahmad Fakruddin Bin Ab. Kadir
Timb. Pengerusi Exco Keusahawanan

 Lisawati Binti Sabtu
S/U Exco Keusahawanan

Nursam Bin Mohammad
Ketua Exco Penerbitan & Publisiti

Mohd. Nuriman Fahmie Bin Bahasran
Timb Exco Penerbitan & Publisiti

Norzailynie Binti Rusly
S/U Exco Penerbitan & Publisiti

Liya Khaulah Asy-Syaimaa’ Binti Hussain
Ketua Exco Helwanis

Zawiyah Bte. Yahya
Timb. Exco Helwanis

Hadijah Binti Umar
S/U Exco Helwanis

Abdull Hannan Bin Abdull Rahman
Ketua Exco Sukan &Kebudayaan

Abdullah Bin Ghazali
Timb. Exco Sukan & Kebudayaan

Safiah Binti Abdul Aziz
S/U Exco Sukan & Kebudayaan

Abdullah Zawawi Bin Shuhaimi
Ketua Exco Kebajikan & Kaunseling

Nuur Azzaiha Binti Mohd Noor Azman
Timb Exco Kebajikan & Kaunseling

 Zulaika Binti Mohamad
S/U Exco Kebajikan & Kaunseling

Muhammad Syukhri Bin Shafee
Ketua Exco R & D

 Muhammad Nabil Fikri Bin Suberi
Timb Exco R & D

Rashidah Binti Hassan
S/U Exco R & D




-selamat maju jaya-







-Mantan Timb.s/u 2010/2011




No comments:

Post a Comment