Sahabat PERKIM

Monday, March 28, 2011

Simpulan yang kuat

Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang itu benar- benar bertaqwa ataupun memiliki iman yang mantap.Akidah dari segi bahas bermaksud : ikatan atau simpulan manakala menurut istilah pula  adalah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada ALLAH SWT, tidak terurai dan terputus dalam apa jua keadaan.Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Tiada paksaan dalam beragama.Kerana  sesungguhnya telah jelas kebenaran (islam) daripada kesesatan.Oleh itu sesiapa yang ingkar pada tahgut,dan beriman kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada tali ALLAH  yang teguh dan tidak akan putus.
                                                                                                                                                           (surah al- Baqarah:256)
Apabila akidah mantap, kita dapat menepis segala bisikan syaitan yang ingin menyesatkan kita umat Nabi Muhammad S.A.W.Sebagai contoh , ramai umat Islam sekarang yang terpesong dari  jalan kebenaran iaitu ISLAM. Oleh sebab itu, untuk meningkatkan keimanan dan akidah,beberapa langkah boleh kita ambil iaitu:
             








1)sentiasa menghadiri kuliah-  kuliah agama terutamaya kuliah tauhid kerana dengan belajar
                   Ilmu tauhid,kita dapat mengenal ALLAH S.W.T
                2)memahami dan mendalami rukun iman dan rukun islam
                3)sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan isu agama,rujuk kepada pakar- pakar yang
                   Betul dan bertauliah dalam bidang tersebut .
                4)membaca buku- buku berkaitan akidah seperti tauhid
                5)sentiasa berdamping dengan orang- orang soleh dll.
               
Sebenarnya banyak lagi kaedah yang boleh kita ambil bagi memantapkan serta menambahkan akidah kita.Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada ingin menggunakan kaedah yang berbeza tetapi perlu diingat bahawa apa  pun perkerjaan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan syariah.Dalam isu akidah ini, eloklah kiranya kita merujuk kepada yang pakar.Bimbang sekiranya apa yang kita faham, tidak menepati maksud  yang sebenar dan akhirnya akidah  dan pendirian kita akan terpesong.




Apabila akidah dan keyakinan kita tidak mantap, tidak mustahil iman kita juga akan tergadai.Mana tidaknya apabila unsur- unsur yang ingin menyesatkan kita contohnya apabila kita merasakan terdapat agama yang lebih yang mudah,tidak membeban dan tidak ada taklifan seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya.Sekiranya lintasan hati ini berlandaskan akal semata- mata tanpa berlandaskan iman,berkemungkinan kita akan terpesong.Tetapi,apabila lintasan hati ini muncul dan kita terus menyangkalnya dengan iman,InsyaALLAH keimanan kita tidak akan tergadai.Tiada paksaaan dalam beragama tetapi alangkah sedihnya andai seseorang yang telah merasai nikmat Iman dan Islam terpesong dari akidah sebenar.Namun,ini tidak bermaksud ALLAH SWT mencela agama- agama lain tetapi agama yang diktiraf hanya satu iaitu ISLAM. Firman ALLAH SWT                                                 
“Agama disisi ALLAH SWT adalah ISLAM”                                                                 
Sedikit masa dahulu kita dikejutkan dengan pelbagai kes murtad dalam kalangan umat ISLAM, apa yang menyedihkan sesetengah daripada mereka dari keturunan yang memiliki ilmu agama yang kuat.Tetapi,dek  terpengaruh dengan persekitaran,memilih jalan keluar dari agama ISLAM.Bagaimana penerimaan keluarga mereka.Sebab itulah ada bait- bait lagu yang berbunyi,”iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa”.Maksudnya, dengan keturunan sahaja tidak dapat menentukan tahap keimanan seseorang tetapi diri individu itu sendiri.


Sesungguhnya Allah boleh membolak- balikkan hati kita dari yang baik kepada buruk.Na’uzubillah,semoga hati kita  tidak diuji dengan ujian seperti itu dan ditetapkan iman serta mendapat naunganNya  di akhirat nanti.Amin……..

Saturday, March 26, 2011

~8 kali ibu menipuku~

harapan seorang perempuan tua

Dalam doa rahsianya..



8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu [B]untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.[/B]

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA[/B] - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA[/B] - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA[/B] - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT[/B] - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA[/B] - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM[/B] - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH[/B] - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.[B]PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN[/B] - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

[HR]

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: [B]MAK, SAYA SAYANGKAN MAK![/B]

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Mak, maafkan saya. [B]SAYA SAYANGKAN MAK...!!![/B]






Exco Tarbiah PERKIM

Thursday, March 24, 2011

Membudayakan membaca di kalangan mahasiswa



''Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan."
(Al-Alaq: 1)

Statistik membaca di kalangan rakyat Malaysia pada tahun 1997 adalah sehelai muka surat setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak dua muka surat setahun. Kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Hari ini, banyak di kalangan kita khususnya mahasiswa gemar membaca blog, facebook dan bahan bacaan dalam talian. Seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sempat ditemui, berkata kesuntukan masa menyebabkan kurangnya budaya membaca buku-buku ilmiah di kalangan pelajar. Selain itu, lambakan bahan bacaan hiburan dan komik serta penganjuran aktiviti hiburan yang semakin meningkat menyebabkan minat membaca bahan-bahan bacaan yang berunsurkan ilmiah berkurangan.

Pesta Buku Utara 2011

Baru-baru ini, UUM telah menganjurkan Pesta Buku Utara 2011 dari 20-24 Mac bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah bermula jam 9 pagi hingga 7 petang. Pesta ini telah menarik banyak di kalangan orang ramai, bukan sahaja mahasiswa UUM malah masyarakat serta pelajar-pelajar dari luar. Perkim UUM khususnya menyokong penuh aktiviti yang dianjurkan ini kerana ia dapat memupuk budaya membaca di kalangan mahasiswa agar menjadi insan yang berpengetahuan. Exco Akademik dan Perhubungan Korporat Perkim UUM, sdr. Mohd Hanafi Halide menyatakan penganjuran ini selaras dengan apa yang ingin dicapai negara untuk membentuk manusia yang berilmu sekaligus melahirkan modal insan kelas pertama.

Oleh yang demikian, kepada seluruh warga UUM khususnya, marilah kita bersama-sama menerapkan budaya membaca ke dalam diri masing-masing agar kita menjadi mahasiswa yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk menempuh kehidupan di hari kemudian kelak.
Mahasiswa berkunjung ke pesta buku pada hari terakhir


Sedang memilih sebelum membeli

Muhasabah

Mutakhir ini kita dapat melihat pelbagai fonomena aneh yang berlaku di muka bumi di mana Allah swt ingin membuktikan keesaan dan kekuasaanNya. Apabila Allah swt mengkehendaki sesuatu maka akan jadilah.”KUN FAYAKUN” Buktinya,baru- baru ini terjadinya kekacauan atau rusuhan di bumi Anbia’ Mesir, pergolakan dan peperangan yang membunuh mangsa yang tidak berdosa di Libya dan kejadian Tsunami di Jepun.

               
 Jepun yang kita kenali sebagai negara yang paling maju dengan terciptanya teknologi- teknologi canggih hasil kepakaran rakyatnya juga turut merasai pengalaman tsunami.Keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun sehebat mana manusia, tidak boleh terlepas dari bala Allah swt.Kesan dari tsunami pada 11 Mac lalu  di Jepun telah menyebabkan loji jana kuasa nuklear rosak akibat gempa bumi yang kuat. Bukan setakat itu sahaja,terbaru rakyat Jepun dibimbangi dengan paras kandungan radioaktif yang tinggi daripada tahap normal yang boleh mengganggu kesihatan penduduk.
                Sebagai manusia yang diberikan nikmat iman dan islam,kita sepatutnya mengambil kejadian tsunami ini sebagai satu wadah untuk kita bermuhasabah diri serta menilai apa yang berlaku ini mungkin di sebabkan kejahilan dan keingkaran manusia kepada  Allah swt. Mungkin ini salah satu petanda bahawa kiamat sudah menghampiri kita dan orang- orang yang beriman sahaja dapat merasai ketakutan berhadapan dengan hari kiamat.
                Selain itu,kekalutan dan pergolakan di negara Arab juga semakin buruk dengan serangan dari musuh- musuh ISLAM yang ingin mejatuhkan Agama ALLAH swt ini.Pelbagai cara dan strategi digunakan  untuk menghancurkan ISLAM melalui serangan berbentuk  saraf dan juga senjata. Serangan saraflah yang semakin rancak dilancarkan oleh Barat dengan tujuan untuk memisahkan umat ISLAM terutamanya remaja daripada agama. Contohnya hiburan, sukan, pendidikan dan sebagainya.Cuba kita renung  dan kosongkam minda dengan berfikir sejenak bagaimana barat mempengaruhi kita melalui hiburan,sukan dan sebagainya.Melalui hiburan, kita disogokkan dengan hiburan yang melampau yang boleh melekakan remaja.Hiburan yang datang dengan membawa bersama pengaruh dan budaya barat telah mengahancurkan remaja Islam.
Selain daripada itu, serangan saraf melalui makanan juga tidak terkecuali. Pelbagai keluaran makanan yang dibawa masuk ke Malaysia adalah keluaran orang-  orang yahudi dengan mencampurkan pelbagai ramuan yang tidak diketahui halal haramya yang boleh merosakkan mata hati umat Islam. Kesannya, umat Islam khususnya remaja sekarang keras hati dan tidak sensitif dengan isu- isu yang melibatkan penindasan terhadap saudara seislam di negara  lain. Paling mendukacitakan adalah, terdapat  sebahagian daripada remaja  ISLAM kita tidak sensitif  apabila imej junjungan mulia kita, Nabi  Muhammad saw diperkotak- katikkan dengan gambaran berbentuk kartun yang cukup melampau. Beginilah hasilnya, bila aura yahudi sebati dalam diri umat ISLAM. Faktor inilah yang amat berbahaya dan boleh merosakkan akidah umat ISLAM.Atas dasar inilah,hikmahnya mengapa umat ISLAM dianjurkan untuk memilih makanan yang halal lagi baik.
Konklusinya adalah, sebagai seorang muslim yang sejati perlulah sentiasa bermuhasabah dan sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku itu merupakan petunjuk daripada ALLAH swt agar kita terus patuh dan taat pada perintahNya.


Tuesday, March 22, 2011

Lawatan Korporat Bertemu TNC HEPA UUM

Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (Perkim UUM) telah menghantar delegasinya untuk bertemu dengan Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni  pada 16 Mac 2011 yang lalu di bangunan canselori. Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Di-Pertua, Saudara Khalifa Omar Abdullah dan barisan majlis tertinggi Kelab Perkim UUM.

Kunjungan hormat dilakukan untuk mengeratkan hubungan di antara Perkim UUM dengan pentadbiran universiti khususnya dengan Datuk Faiz selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Dalam pertemuan tersebut, pihak Perkim UUM telah menyerahkan satu folio berkenaan Perkim UUM yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan. Menurut Datuk, beliau amat gembira dan mengalu-alukan program yang akan dilaksanakn Perkim UUM dan berjanji akan menyokong penuh segala aktiviti yang akan dilaksanakan Perkim UUM.

Datuk berkata, adalah diharapkan Perkim UUM menjalankan kajian lapangan tentang keperluan-keperluan semasa supaya program yang dilakukan meninggalkan kesan terhadap peserta yang mengikutinya. Selain itu,beliau berkongsi antara kemahiran insaniah yang berada dalam tahap kritikal yang dihadapi mahasiswa adalah kemahiran penyelesaian masalah, kepimpinan dan keusahawanan.

Setiausaha Agung Perkim UUM, saudara Muhammad Zulfarid b. Badrulmunir telah menyatakan visi Perkim UUM untuk membudayakan biah solehah di kampus UUM dan Perkim UUM akan menyokong penuh visi dan misi UUM dalam menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka selagi mana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Beliau juga menambah semoga pertemuan ini akan memudahkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

Kunjungan kehormat ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata oleh YDP Perkim UUM sendiri dan disusuli dengan sesi bergambar. Lawatan tamat pada jam 6.30 petang.


Sdr. Khalifa Omar dan Sdr. Qayyum , Naib Yang Dipertua 1 Perkim sedang berbincang sesuatu bersama Datuk Faiz

Barisan Majlis Tertinggi Perkim UUM bergambar bersama Datuk Faiz

tawakal~~~




Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;
"
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
 
Tawakal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemashlahatan serta mencegah bahaya, bersangkutan dengan urusan dunia mahupun akhirat. Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa tawakal bermakna percaya sepenuhnya kepada Allah.

daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Almarhum Syeikh Yathi Fakan, ada menyebutkan dalam bab ‘Saya Mestilah Muslim di Sudut Akidah’:
Saya mesti ber
tawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah S.W.T:
"
...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya..." Surah Ath-Talaq 65: 3


Hati ini mengajak diri untuk bertawakal, berserah diri kepada Allah. Semoga segala usaha dan doa yang telah dipanjatkan kepadaNya dimakbulkan dan dikurniakan hasil manis di pengakhiran jalan yang penuh liku dan cabaran. Amin...